Click Click!

Monday 18 July 2011

MALAYSIA - KOREA DESIGN SHARING 2011

Creating New Opportunities Through Brand & Package Design
13 - 14 July 2011
Berpeluang untuk attend, seminar dan workshop yang dianjurkan oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) adalah satu peluang yang amat bermanfaat kepada aku dan rakan-rakan lain yang menyertainya..National Korean Image dan Korean Design Image yamg merangkumi bidang Branding, Packging dan Graphic Design adalah topik yang dibincangkan telah membukakan mata dan mindaku betapa seorang pereka hendaklah mempunyai kemahiran yang lebih (multiskills) kerana 
GOOD DESIGN IS GOOD BUSINESS..
Pendapat dan pertukaran idea di antara Pereka Malaysia dan Pereka Korea di dalam bidang rekaan telah dikongsi bersama dalam meningkatkan mutu dan kualiti rekaan..rata-rata yang mengikuti kursus ni semuanya berpuas hati dengan seminar tersebut...I like it..
Panel Jemputan ( Malaysia-Korea)

Souvenir - Buku Nota







Friday 15 July 2011

Na na na na.. T'ganu kite...

Minggu lalu akucuti cz ade urusan di kampung @ Kelantan. Bertolak malam Khamis selepas abis saje kerja di office.Lama tak driving pergi balik ke Kelantan (mcm aku pulak yg drive hihi)..tapi walapun penat dapat juga merehatkan otak dengan melihat keindahan alam di sepanjang jalan walaupun malam..hahaha. Tido semalam di kampung n keesokannya aku n hubby bertolak ke Terengganu.. actually banyak kali jugak kami ke Terengganu last kami pergi pada tahun 2009 - Hari Keluarga Office..Perjalanan lebih kurang 2jam lebih sampai lah kami ke destinasi yang dituju..Tapi sayangnyer..kami tak berapa nak menikmati percutian tersebut cz kami demam..cuaca di Terengganu panas terik menyebabkan kami berehat saje di bilik hotel  n just round2 dalam kereta saje..huhuhu Pasar Payang pun tak singgah walaupun sebelum tu da buat senarai brg2  yg hendak dibeli..mungkin lain kali. So ni antara yang sempat dirakam... huhuhu balik dari Terengganu jugak camera aku pun rosak - dibuat oleh aku yang cuai...

Signboard nama jalan yang menarik perhatian aku dalam perjalanan.
Nama tempat tu Mangkuk lah..
Primula Beach Resort - xke mana mana berehat aje..

View dari bilik hotel

xsah kalau tak turun kepantai..
Tapi kitorang ader jugak gi jalan-jalan ke tempat menarik..Rugi lah pulak kalu dok saje je kat bilik..

Perkhidmatan Bas Cas Ligas
BAS CAS LIGAS - tau tak makna cas ligas ni?hehehe
Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam
Hajat tempat yang utama untuk melihat keindahan senibina Masjid Kristal.
*Refer jalan-jalan melihat alam - info Masjid Kristal
Thats all..

Thursday 7 July 2011

Buah Berangan @ Chestnut

Buah berangan adalah salah satu favourite buah jenis kekacang yang paling aku gemari..Kalau nampak jer mesti beli. Sedap dimakan kalau tengah panas-panas tu..tapi yang paling nikmat makan buah berangan ni time dalam kereta n nak pergi jalan jauh atau bercuti ke balik kampung ke...memang aku  feel makan time tu..
Tapi masih ramai yang tak tahu kandungan khasiat yang ader pada buah tersebutkan..so ni info serba sedikit buah favourite aku ni..
Buah Berangan
Khasiat Buah Berangan
Buah berangan segar mempunyai lebih kurang 180 kalori (800kJ) setiap 100gram bahagian yang boleh dimakan..yang mana lebih rendah dari kacang 'walnut', 'almonds', jenis kekacang yang lain dan buahan kering 
( lebih kurang 600 kcal/100g ). Buah berangan, seperti tumbuhan makanan yang lain, tidak mengandungi kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat sedikit, hampir tidak tepu dan tiada gluten.
Kandungan karbohidratnya jika dibandingkan gandum dan beras; mempunyai pelbagai asid gula kebanyakkannya sukros (socrose), glukosa (glucose), fruktosa (fructose) dan sedikit 'stachyose', dan 'raffinose'. Di sesetengah kawasan, pokok berangan manis dipanggil 'pohon roti'. Apabila berangan mulai ranum, keseluruhan buahnya hampir berkanji bila ditekan dengan jari dan mengandungi kandungan air yang tinggi. Setelah ranum, kanji tersebut perlahan-lahan bertukar kepada gula, dan kandungan lembapan juga mulai menyusut. Apabila menekan buah berangan, ada sedikit kekosongan dirasakan iaitu ruang dalaman tidak terlalu melekap diantara isi dan kulit.Buah berangan mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C, iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40 % selepas dipanaskan. Buah berangan segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan. Dalam masa satu hari, dengan kesejukan 20 celsius..beratnya akan hilang secara tetap dan kelembapannya hilang 70%. Kulit, kayu, daun dan biji sekamnya mengandungi Asid Tannin. Sekamnya mengandungi 10-13% Asid Tannin.

Buah Berangan ( mentah,berkupas )
Nilai nutrisi setiap 100g (3.5oz)
Tenaga = 820kJ (200kcal)
Karbohidrat = 44g
Gula = 11g
Lemak = 1.3g
Protein = 1.6g
Vitamin C = 40mg (67%)
Zat Besi = 0.94mg (8%)
Potassium = 484mg (10%)
Peratusan adalah berdasarkan nilai pemakanan USDA bagi orang dewasa.

Kaedah Memasak
Buah Berangan boleh dikupas dan dimakan mentah, tetapi ia boleh menjadi seperti pedar (pedas-tajam) terutamanya jika pelikel tidak diasingkan. Kaedah lain untuk makan adalah dengan membakar..ini tidak perlu dikupas. Sebelum membakarnya perlu dibelah sedikit supaya ia tidak menyebabkan 'letupan' kecil. Setelah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang. Kaedah penyediaan ini popular di utara China, di mana ia dimasak di dalam besen mengandungi batu arang panas.Buah berangan bolah dikeringkan dan diuli ke dalam tepung untuk membuat roti, kek, penkek atau untuk memekatkan didihan sup dan sos. Buah berangan juga boleh dimakan menjadikannya halwa, rebus, kukus, panggang atau bakar.
4 kaedah asas memasak:-
Membakar
Panaskan ketuhar pada 200 C. Letakkan buah Berangan pada dulang pembakar selama 10-15 minit, atau sehingga kulitnya terbuka sedikit dan isinya mudah ditekan dengan mata pisau.
Bakar / panggang / barbeku
Masak (sentiasa gaul) di dalam kuali sederhana panas, di besi gril atau berbeku selama 10-12 minit atau sehingga kulitnya terbuka sedikit. Tidak mengapa jika kulitnya kehitaman kerana setelah dikupas hanya isinya yang dimakan.
Menggunakan gelombang mikro
Letakkan buah Berangan di dalam loyang untuk melindungi plat gelombang mikro. Masak pada 850 watt / tinggi /100% selama 2-3 minit. Lebih mudah jika masak berulang kali, berhati-hati...mulai dengan masa yang singkat untuk lebih selamat.
Merebus
Letakkan buah Berangan kedalam periuk berisi air sejuk, tutup dan panaskan hingga didih selama 10-12 minit atau sehingga isinya lembut.



Buah berangan yang masih hijau lagi
Buah Berangan yang telah masak tapi mentah lagi..
Cara masak buah berangan

Rupa Buah berangan yang telah dibuang kulitnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...