Click Click!

Friday 23 September 2011

Kedai Kopi Din Tokyo

Aritu aku n hubby tengok citer JJCM (jala-jalan cari makan) so dorg work out kat negeri Kelantan n singgah kat KEDAI KOPI DIN TOKYO ni..kedai makan ni bersebelahan dengan Hotel Temenggung Kota Bharu.. Kedai ni macam kedai kopi lama yang simple n xde ciri-ciri cam cafe yang moden la ni..memang cam kampung style.So singgah jugakler kitorg untuk merasa makanan yg telah ditagg oleh JJCM ni.Punyer lah ramai orang, dari non gov ke governmnt semuanya datang untuk bfast kat sini..segala macam jenis nasi ade jual kat sini.dan menyenangkan lagi semuanye telah dibungkus siap-siap..just amik jer..so korang kalau dtg sini lupakan sekejap proses dan amalan diet korang tu..bukannyer ape, kat sini siang malam pagi petang menunya mesti nasi..rugi kalau tak rasa dan merasai makanan kat sini..so kat kedai ni kitorg makan paling banyak pun mesti amik 2 jenis (ni utk org pompuan ler kalu laki faham-faham sendirilah bagi suami2 yg punyer selera yg tajam)..hahaha kuat kan kitorang makan..membina badan yang sihat dan kuat.
Inilah dia, masuk jer nampak kaunter ni dulu.
Penuh kan meja kitorang
Yang tu bukan nasi tumpang tau, dia bungkus style cam nasi tumpang tapi itu adalah nasi dagang

Kuih muih dan buah pisang yang sekadar di meja
Air panas kitorang.aku minum kopi, kopi dia pekat n kaww!!!
End Results : Kami (4 orang) semuanya berpuas hati dengan makanan yang kami makan. Alhamdulillah..selepas tu kami pun memulakan destinasi kami seterusnya ke pasar.

Thursday 22 September 2011

Makan-makan @ Rantau Panjang

Just nak share lagi dengan u all, selalu kalau gi kelate mesti nak singgah beli belah kat Rantau Panjang kan.. so kalau nak makan cuba u all singgah kat kedai makanan ini..Lokasi kedai ini adalah selepas pintu masuk kastam dari rantau panjang dan berdepan dengan bangunan kedai the zon duty free..kedai ni atap color hijau..nama kedai Noor Restoran. Kedai ni jugak telah direcomended kan oleh pakcik sedara kitorang..mendengarkan citer dari mulutnya..pergghhh!! cam sedap jer..penuh expression n riak wajah dia biler menceritakan menu makanan dan rasa masakan kat kedai ni..'Bergetarrr' rasa katanye...so kitorag gi lah untuk merealisasikan cerita yang diperkatakannya itu..menu pun kitorang order mengikut citarasa pakcik sedara kitorg tu. Fuhhh!!!Jom Layan.
Ayam Masak Merah
Daging Masak Kicap
Tom Yam Campur - yang "Bergettaarrr..." 
Ulam timun kacang dan sambal belacan
Air milo panas

Zoom dari jauh.
Kesimpulannya..
memang tak menghampakan..cuma banyak MSG (biasalah sekarang ni gi makan mane2 pun akan pasti letak benda ala ni) Pesanan aku : kurang kan MSG dalam masakan anda..hahaha aku pening kepala pas tuu...

kalau nak TRY :
NOOR RESTORAN @ RANTAU PANJANG
 (after main entrance from rantau panjang and in front of the zone duty free complex)

Tinggal kenangan (2)

Genap sebulan arwah nenek kembali ke rahmatullah. Kini giliran ayah mertua ku pula pada 15 September 2011, Khamis (17 Syawal 1432H) pula meninggalkan kami..apa boleh buat, itu semua sudah suratan takdir dan marilah sama-sama berdoa agar segala amalannya diberkati dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah...Amin
Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga, dan sahabat handai yang hadir dan mengirimkan ucapan takziah kepada kami sekeluarga..
"HIDUP PERLU DITERUSKAN"

Friday 16 September 2011

Carrot Cheese Cake

Tetiba rasa nak makan pulak Carrot Cheese Cake "Handmade" punyerlah.Tapi sebelum dapat makan tengok jer lah gambar kek ni dulu...huhuhu
Carrot Cheese Cake + walnut
Tak sabarnyer nak makannn.....


Nak order tak harga dia cuma RM45.00 - lebih 1kg

Besar dan tinggi kek ni..double layer

Friday 9 September 2011

Kari Kepala Ikan - Restoran Ratha Raub Pahang DM

Ramai yang cakap n bagitau kat aku yang kari kepala ikan kat sini sedap..termasuk lah suamiku...tiap kali kalau balik kampung (KL -KB / KB - KL) akan dan pasti lalu kat restoran ini dan mulut mesti menyebut sedap sangatke makan kat sini..sampaikan semua bangsa gi kat sini..melayu,cina,india,singh etc..so aku trylah.Kali pertama aku singgah makan kat sini xsempatlah nak merasa cz dah habiss..so kali kedua dapatlah juga merasa kari kepala ikan yang famous dan yang diperkatakan..tengok kat dalam tu ade frame gambar-gambar local officials yang datang untuk merasa..termasuklah gambar Sultan Pahang dan MB Pahang..selain nak bagitau yang menu dia sedap n juga nk bagitau betapa famousnyer tempat tu sampaikan VVIP pun turun sama makan..iyelah itu semua publisiti dan promosi secara tak langsung..so hidangan yang dinantikan telah pun tiba dan berasap beb kitorang makan..makan time tengahari..dahlah panas, pedas berempah pulak tu..berpeluh-peluh aku makan sambil menahan kepanasan kari yg kaww tuu.. so far aku dah rasa - SEDAP! lastly aku pulak jenis perut yang tak boleh tahan kalau makan campur-campur (musim rayakan)..so apa lagi..ends..

Famous Fish Head Curry
Side menu (sayur kubis panjang goreng, ayam goreng 2pcs dan acar timun)
Total aku makan n family (4adults) RM69.90
Information about Ratha Restaurant:

82, Jalan Tun Razak,

27600 Raub,Pahang
(Ratha Restaurant located  beside the police station, Raub)
Open hours: 6.30am to 9.00pm (Monday to Sunday)


Thursday 8 September 2011

Serunding oh serunding


Serunding Daging
Serunding Ayam
Serunding Ikan

Lawan serunding - Ketupat Palas
Lawan serunding - Ketupat Nasi
dan juga lemang... yummy yummy yummy

Serba sedikit info tentang serunding ni..
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpitketupat nasiketupat daun palaslemang dll.Di Kelantan, serunding daging lebih dikenali sebagai 'sambal daging'. Ini kerana serunding yang masih di dalam kuali kelihatan seperti masakan sambal, lalu ianya dipanggil 'sambal daging' oleh masyarakat Melayu Kelantan.

Kak wan @ Pasar Siti Khadijah
Aku n mak mertua selalu beli serunding dekat kakak ni.Gerenti puas hati serunding yang dia jual.Kalu pegi kat pasar ni naik jer tangga level 1 kat area bhn mknan kering, akan nampaklah sorang kakak yang cun bergaya itulah tempatnyer.


Nama kedai nyer adalah MARINA @ PASAR SITI KAHDIJAH
Pasar Siti Khadijah - top view from level 1
Cantiklah view dalam kamera..cuba gi tengok baru tau.

Wednesday 7 September 2011

Noodle Station @ Jalan Sultan Ibrahim

Nama kedai Noodle Station..patutnyer makan lah mee..aku n hubby makan ni pulak cz dah rasa mee dia so nak rasa menu lain pulak.. Makan kan sini rasa nyer bagi aku so n so lah..boleh lah nak makan kalu jumpe...
Spicy Chiken Rice RM7.90 - rasanya cam nasi paprik jer.
T.C Butter & Kaya RM3.90 - Steam Bun
Soup Chicken Dumpling RM7.90
Hot Chocolate RM6.90
Au Natural RM6.90 - rasa dia cam minum ubat demam kanak-kanak

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

Yes!!Yes!!Yes!!... Selamat hari raya untuk semua umat islam di dunia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...