Click Click!

Tuesday 30 July 2013

Dermatix Gel - Ade sesape pernah cuba?

DERMATIX - SCAR REDUCTION GEL
Assalamualaikum. Ade tak sesape yang pernah cuba gel yang saya maksudkan? gel untuk hilangkan parut dan bekas luka. Iklan Dermatix ni juga sering kita tgk kat TV dan dengar di radio. Tak tahu sejauh mana keberkesanan ubat ni,cz dalam tempoh percubaan sekarg ni. Takut jugak kesan bila sapu pada kulit,takut lak ade side effectnya nanti, kalu dpt pudarkan n hilangkan Alhamdulillah, tapi kalu sebaliknya.aww menakutkan. So far alhamdulillah setakat ni aku gunakan xde lagi kesan negatif pada kulit.
Dermatix - Scar Reduction Gel
Aku beli gel ni dekat Watson, utk 7g RM49.70 (mahal jugak)
Ok inilah dia, dalam tiub kecil 7g, kecik pulak tu.
Bile u all beli tis gel  mintak phamplet ni kat pharmasist itu, baca n fahamkan, what do's and dont ok?
Ok gel ni bukan boleh sapu di muka jer ye, bhgn kulit lain yang ade parut n kesan luka pun bole, luka operation bersalin dalam ni kata lagila boleh, hah menarikkan?? Jadi sekarang ni aku tgh try n nanti kalu ok n ade hasilnya, dan ia akan memakan masa yang agak lama jugak, sabar dan sabar. Insyallah akan sharing with u all kalu ade improvement.
 - thats all -

Monday 29 July 2013

Pot Luck Berbuka Puasa di Rumah Abangah

Acara hari Sabtu kami adik beradik buat pot luck berbuka puasa yang ala kadar di rumah abangah di Saujana Utama Sungai Buluh. Seronok bila adik beradik dapat berkumpul. Kebetulan tujuan berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama ini adalah untuk menyambut birthday adik - asyura (pada 25/7/13) atau dikenali dengan Mummy cun pada anak2 buah. 
Masing-masing bawak menu masing2 walupun serba sedikit - tema menu kami adalah lebey kurang cam makanan arab, menu utama aku sediakan - Nasi Maqlubah + Salad sayur + Sambal sos, Abangah appertizer - Kebab pita daging dan ayam (tapi sayangnyer org yg bawak roti pita - syura n zz ni tersangkut dlm jem) Air Fruit Koktel,buah-buahan dan ayam pusing - kaklong, Kek Birthday - birthday girl la asyura, Mak pulak rajin buat kuih nestum 1st time yang ranggup dan sedap, syafika pulak bawak perut jer cz dari UKM.hihii.
Tapi sori lah gambar diambil tak berapa nak organize cz aku main amik je makanan yang tak berapa nak ready.. Kebab pulak tak dpt nak dihidangkan cz tunggu roti pita. Puas cari kt xde stok, aleh-aleh gantikan dengan roti tortilla (pun sedap jugak) n makan lepas solat Isyak cz masih lagi kekenyangan dgn nasi aku tu.. So aku kat sini sekadar nak kongsi betapa bestnya bile dapat berkumpul bersama2 dengan keluarga adik-beradik masing2 n Nasi aku menjadi.
Ha tu dia Nasi Maqlubah (nasi terbalik) yang kali kedua aku buat, kali pertama tak berapa nak jadi, kali ke2 ni mmg marvellous!! semua kata sedap, tinggi yea nasi ni cam puding lak. Kat bhgn atas tu ayam, pastu ade kentang n terung n nasi. Actually nasi ni dalam rice cooker, sampai rumah abangah agak2 nk berbuka baru aku terbalikkan. Masih panas!!
Nasi ni di makan bersama2 dgn Salad Arab + Sambal sos (ade nama dia lupa lak) Salad Kubis tu saje jer letak sbg tmbhn.
Pandangan dari atas, Hidangan tak bape nk ready tapi aku dah snap dulu dah, ade pic yg cantik tapi dekat syafika, nnt tgk le kalu dapat gambar yg terbaru tu aku updatekan la semula,
Ayam Panggang ni beli jerr.... sebagai tambahan.
Birthday Kek Mummy Cun, Happy birthday yang ke 29tahun.
Sori untuk Pita Kebab n air fruit koktel tu xde, mungkin ekat tab sayfika ade, so nnt kalu free aku update kan lah n mintak pada dia buat tatapan semua. sampai umah je dah kul 1am, adoi bape jam jer tido n kena bangu semula untuk sahur, sib baik esoknye Ahad, bole relax2 lagi. Ok last picture gambar Amru ni, yg xsabar2 suh kitorang balik cz nak bukak Cd ultraman dia yg sekeping tu..
Hmm budak2 kan, Amru ni main2 dgn sarung buah melon ni.
- The Ends -

IFTAR at Khan Baba Restaurant

Salam 20 Ramadhan buat semua, sekejap jer dah masuk setengah lebih bulan kita berpuasa. Setengah bulan puasa ni selain kuat beramal dan mengerjakan ibadah terawaih of coz ler u all pun kuat memikirkan apa yang hendak di sediakan / di masak / etc bile tiba waktu berbuka. Sama lah mcm aku juga. Tapi dalam bulan puasa ini lah kali pertama aku berbuka di luar bg tahun ni.Berbuka pada 15 Ramadhan aritu,baru berpeluang untuk update ebtry. Asalnya aku malas cz experience mcm tahun2 lepas yang berbuka kat hotel and mana2 restorenlah. Tapi mengenangkan En Hubby ajak sangat cz before ni banyak kali dah ajak, aku pun menemaninya. Tapi kali ni pergi berbuka di tempat alahai yang teramatlah dekatnya dengan rumah kami iaitu di Medan Idaman Gombak - Khan Baba Restaurant.
Khan Baba Restaurant - simple jer, tak lah mcm Tarbush yea.
Interior kat dalamnya,
Aku sampai awal org pun xbape nak ado.so ajak ler hubby keluar tgk2 kedai arab kat situ n belilah serba sedikit dessert arab, halawa sweets bagai. Apabile dah nk smp waktu berbuka baru kami dtg semula.



Amik kau, dah jadi cam rojak. Bercampur2, semua nak rasa.
Emm tu le kalu makan ala buffet, dlm pinggan tu dah jd pecahan kpd beberapa menu. Menu Dlm pinggan tu adelah nasi mandy, nasi briyani, ayam panggang, kari dalca,spagethi, macaroni, ade cam kuih tepung goreng, roti daging cincang dan salad buah.. hihi tu lahh semua nak, cz malas nak bangun semula untuk amik. Amik sekali n concentrate makan. sib baik air minum tak buh sekali dlm tu,jadi nasi bubur lah pulak krg. Akhirnya mmg aku xbangun2 dah cz kekenyangan walapun menu dia simple, sebab heavy sgt kan. So bile mkn buffet jgn jadi cam ni k.hihiihi
hah ni bil kami n u all bole refer address tu
 - the ends - 

Wednesday 24 July 2013

Aku Yang Dulu by TEGAR SEPTIAN

 Mula-mula dgr tis Indon song, rasa cam pelik jer, tapi bile dah dengar banyak kali cz selalu kat radio mainkan, jadi best pulak, bile tengok lirik n amik tahu sikit pasal history artis budak kecil ni memang mantap.  boleh jadikan motivasi untuk memajukan diri..hahaha.. Semangat TEGAR dalam meneruskan kehidupan.
aku jadi suka ini lagu. JOM LAYANZZ..
Image by Mr. Googles - TEGAR
Aku Yang Dulu – Tegar

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Sekolah dulu aku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua


 sory yea kalu tak boleh nak bukak ini file, cz dah banyak kali aku try upload kan..kdg bole kdg xbole bukak, if cant open u all bukak la kat link ni ye. direct boleh dgr MP3 dari tuan punyer web ni.
 Thanx and credit for sharing pada ritz.my

Tuesday 23 July 2013

Kaedah Wardina Saffiyah Didik Anak Solat 5 Waktu

Assalamualaikum,
Mungkin ni artikel yang lama n pernah keluar mana2 magazine kalau tak salah saya, cz saya pernah terbaca sekali dulu, saya tertarik dengan cara Wardina dalam mendidik anak2nya untuk menunaikan solat 5 waktu. So entry kali ni sekadar berkongsi pengetahuan yang saya ambil daripada blog http://amiro82.blogspot.com. Kebetulan saje cari-cari maklumat n terbaca lah info dari kawan kita ni. Good info n knwledge to be shared.
Gambar dan info kredit pada http://amiro82.blogspot.com
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Mudah-mudahan kita dapat mendidik anak kita menjadi seorang MUSLIM yang berkualiti dalam mengharungi dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Amin.


Tuesday 9 July 2013

Speed Bot Nasi Kerabu, Pengkalan Chepa

Kalu balik kampung tak sah kalu tak pekena nasi kerabu kan? Pulak tu makan dgn ayam or daging bakar, fulaweii memang heaven. Ok kali ni singgah makan nasi kerabu untuk breakfast di pagi hari. Lokasi adalah otw ke pengkalan Chepa nak ke airport. Sebelum  tali air / jambatan ade pokok ceri n kat situ letaknya nasi Kedai Makan Zaitun aka Speed Bot Nasi Kerabu. Huh bukannya makan dalam speed bot tau, cuma lokasi tu berdekatan dengan tempat bot-bot nelayan untuk ke sungai, tapi xlah sangat nampak kampung nelayan, cuma nampakla ade 2 buah bot parking kat jalan raya tu. Kedai makan ni nampak cam warung biasa ala kadar saje. Camtulah gamaknye cite dia. Ok balik pula pada Nasi Kerabu kat kedai ni jom kita jalan nengok..
www.asparaguswhite.blogspot.com
Sempat jugak snap menu kedai, n dari sinilah tau nama kedai ni apa.
www.asparaguswhite.blogspot.com
Mungkin bot-bot yang paking kat jalan ni n kat bawahsungai  tu ade lagi paking bot yang buat nama kedai ni Speed Bot Kerabu.
www.asparaguswhite.blogspot.com
Air milo n kopi
Nasi kerabu ayam bakar
Makan dengan gulai serati (gulai daging itik), tak pernah rasa gulai itik, kalu itik BBQ tu pernahla.
Nasi kerabu ayam bakar
Kedai Makan Zaitun atau Speed Bot Kerabu memang sedap nasi kerabunya, cer tgk gambar kat atas tu, terliur kan. Emm cuba lah rasa, walaupun kat Kelantan ni banyak sangat org jual nasi kerabu, tu yang buat kita tercari2 yang mana lebih sedap antara banyak2 kedai itu. untuk kepuasan diri.Tak salah kalu mencuba. Sedap kita boleh datang lagi kat kedai ni tapi kalu xsedap hehe first n the las time lah yee..yeehaaa!!!
3*** untuk Nasi Kerabu ni..

p/s : Aku penggemar nasi kerabu yang tegar, suka kalu banyak sayur/kerabunya. Nyummy

- The End -

Restoran Kengsom (dinner)

Salam bersiaran, kali ni JJCM aku di Kelantan becoz balik kg ritu sebelum menyambut bulan puasa. Ini kali kedua aku makan di sini dan juga entry Restoren Kengsom (mkn thari) ni pun telah di upload pada tahun lepas. Tapi entry kali ni aku makan malam bersama dengan adik ipar ku (syazrah+husband:kamarul). Kali kedua kami makan pun, restoren ni masih mengekalkan kualiti makanannya. Cuma nak bagitau yea, restoren ni di buka untuk 2 waktu 12 - 2.30pm dan 6-10pm. Ok tak nak citer banyak sgt, kita biarkan gambar yang bercerita betapa sedapnyer makan makanan Thai di sini.
www.asparaguswhite.blogspot.com
Addressn contact person, bole call utk buat tempahan
www.asparaguswhite.blogspot.com
Chinese tea, penyejuk badan dan juga detoksin badan kita
www.asparaguswhite.blogspot.com
Menu kami, nampak sedap tak?
www.asparaguswhite.blogspot.com
Kailan Sos Tiram
www.asparaguswhite.blogspot.com
Ikan Kengsom (Siakap kukus) - Special menu dari restoran ini. Sedap rasa macam kita mkn kuah asam rebus
www.asparaguswhite.blogspot.com
Ayam Mongolia - sejak rasa yg aritu punye, terngiur2 nak rasa lagi. Terbaek!
Tom Yam Campur - Kuah Putih, hari tu rasa yang kuah merah, kali ni rasa yang putih pulak
 Walaupun ini kali kedua makan di restoren ini, kualiti dan harga makanan masih maintained dan memang boleh di recommendkan pada u all utk try. 4**** masih dikekalkan lagi, ok cayalah.
Bill kami, ni untuk 4 orang makan yea.. Ok kan?
- The End -

Restoran Hj Sharin Low @ Kota Bharu

Restoran Hj Sharin Low mesti org dah kenal dengan masakan Cina Muslim n dah merata banyak cawangannya. Hihihi tapi inilah kali pertama untuk aku mencuba merasa sendiri menu masakan di restoran ini, tapi try di Kota Bharu yea..  
First impression mestilah aku tgk tempat makan - ok kemas dan teratur, cuma hiasan ID nya bolehlah..biasa sahaja pada pendapat aku. yang paling penting mesti Halal, Bersih dan good in services. Secondly aku tgk pada customer service nye, emm pun ok jugak, cz pelayan mmg polite dan banyak membantu kami dalam membuat pilihan makanan. Iyelah pertama kali datang mkn kt restoren ini, walaupun kami dah biasa makan makanan Cina, tetapi ade jugak masakan yang kurang kami ketahui. Terror pada yang tukang amik order ni cz dia tau kami pelanggan yang pertama kali makan kat sini. Ok jom tgk apa yg kami makan.

www.asparaguswhite.blogspot.com
Carrot Susu n teh Cina, mmg bagus untuk kesihatan badan dan untuk elakkan loya pas makan nnti.

www.asparaguswhite.blogspot.com
Menu  mkn tghari kami, actually ni kalu boleh untuk 3 orang makan, ini kami berdua jer.
www.asparaguswhite.blogspot.com
Sing Kong Taufu
www.asparaguswhite.blogspot.com
Hot n Sour Xi Chuan Soup - pedas2 masam rasanya
www.asparaguswhite.blogspot.com
Baby Kailan Sos Tiram


www.asparaguswhite.blogspot.com
Ayam Butter - sedap!

www.asparaguswhite.blogspot.com
Ok ni dah nak separuh kami makan tapi lauknya masih banyak lagi. Kuantiti yg banyak sama dgn harganya.
www.asparaguswhite.blogspot.com
Signboard Restoran, Gambar signboard ni aku amik keesokan paginya cz lupa nak amik, Tutup lagi cz awal pagi sangat yea.
Alhamdulillah, Sedap dan kenyang. Selalu dgr saje member bercerita, klai ni aku pulak yang bercerita, emm sedap dan teramat puas hati, Insyallah kalu teringan nak makan masakan Cina Muslim ni boleh jer dtg terus ke sini or di mana-mana cawangannya. bagi kami 3 1/2 *** untuk Restoran Hj Sharin Low
Ok ni bil kami. Puas hati lah
- The End -

Wednesday 3 July 2013

Tony Romas - Ribs, Seafood and Steaks

Hari Sabtu yang lalu kami singgah makan lunch di Tony Romas at 1Mont Kiara KL. Ingat kami nak jumpa adik beradik waktu dinner di sana tapi memandangkan bola - Piala Malaysia (KEL vs JDT) pada malamnya hasrat terpaksa dilupakan kerana my hubby n adik beradik yang lain fanatik supporter Kelantan. yahoo! akhirnya Kelantan Juara..uhuk uhuk uhuk..Semangat sukan yang tinggi.
So entry kali ni ingin berkongsi dengan u all akan menu makanan di Tony Romas ini, Kurang pasti rasanya ade entry utk TR ni di blog ini.. tapi xpelah just untuk mengupdate n mengisi masa masa bosan di offce waktu ni so entry TR mengisi. (opss kami bukan curi tulang yea, kebetulan keje ofce semua da settle,aaaa..)
asparaguswhite.blogspot.com
Sebagai appertizer roti + garlic butter tu akan diberi, roti dia rangup panas dan sedap.(free complimentry), air fruity breeze n soup of the day - mushroom soup

asparaguswhite.blogspot.com
Vanilla Shake
asparaguswhite.blogspot.com
Tony Roma's Bountiful Beef Ribs with BBQ + Chicken Tender +Potato Baked + Baked Vegetable
asparaguswhite.blogspot.com
Tony Roma's Bountiful Beef Ribs with BBQ + Chicken Tender + Fries + Baked Vegetable
asparaguswhite.blogspot.com
Tony Roma's Bountiful Beef Ribs with BBQ + 1/4 Chicken + Meshed Potato + Brocolli (sedap sangat beef ribs tu)
asparaguswhite.blogspot.com
Shrimp Scampi Pasta - banyak naw udangnyer dan teramat puas hati.
asparaguswhite.blogspot.com
Tony Roma's Bountiful Beef Ribs with BBQ + Chicken Tender + Fries + Baked Vegetable
asparaguswhite.blogspot.com
Tony Roma's Bountiful Beef Ribs with BBQ + 1/4 Chicken + Coleslaw + Fries
Tony Roma's Bountiful Beef Ribs with BBQ + 1/4 Chicken + Meshed Potato + baked vegetable
Alhamdulilah kenyang kami. Semuanya makan ribs ni.. Apa yang aku boleh cakap makan kat TR ni memang berbaloi2 dengan ribs steaknye yang lazat. so boleh kasi 4*** lah.. okey, So till then.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...