Click Click!

Monday 14 April 2014

Aroma Ikan Bakar di Jeram, Kuala Selangor

Assalamualaikum semua, kali ni berkongsi pula JJCM di Aroma Ikan Bakar Jeram Kuala Selangor. Maaf sebenarnya aktiviti makan bersama keluarga ni dah lama dah, gambar-gambar terperap di dalam komputer sekarang ni lah ade masa nk mengupdate mana-mana yang patut untuk dikongsi bersama-sama. Makan di Aroma Ikan Bakar ini dijamin kepuasannya dari segi rasa makanan dan harganya ( tapi selalunya harga seafood ni bergantung kepada naik turun harga di pasaran yea) cz masa aku pergi makan dgn family mmg berbaloi harganya. sekali sekala makan takpelah kan? yang penting kualiti masa dengan family itu yang lebih manfaat dan utama. Ok kita tgk picture sambil bercerita sikit k.
Aroma Ikan Bakar 017-3163117 / 019-2084452  Address : Batu 19 Jln Pantai Jeram Jeram Kuala Selangor
Inilah gerbang pintu masuk ke Aroma Ikan Bakar, Time ni petang. Kalu takut tempat takde u better make a reservation dulu, tapi aku call byk kali tempat full aje, Byk kali aku pergi mmg semuanya walk in. Alhamdulillah kebanyakn dpt tempat yang best view dia.
Sementara diorang chop tempat kitorag yng lain pergi memancing mana-mana yang patut untuk djadikan santapan family hari ni. Kat situ ade senarai harga untuk ikan dll.
Hasil tangkapan, 2 bekas ye, yang ni baru 1. Jenuh pulak nak pikir masak apa.
Bile dah kaut memana yang patut dan perlu tu jenuh pulak aku dgn kaklong nak pikir masak apa. Banyak jugak seafood yang kami amik dalam bekas tu. pikir punyer pikir so ni lah menu kami.
Ikan merah masak pedas, yang ni mmg sedap, kuah sedap dan pedas
Tu dia, rasa yang ranggup n fresh - ikan merah masak pedas
Ikan Merah Masak Pedas ni disebabkan dia paling sedap so aku post sampai 3 gambar dia
Ikan siakap masak stim
Haish nampak menarik dan lazatkan? Ikan siakap stim
Ketam Goreng Cili - ni paling sedap yang ke2
Sotong celup tepung - hah ni paling laju abis beb.



Udang masak Petai - besar giler udang n puas makan dengan nasi

Close up sikit - Udang Masak Petai
Ikan Pari Bakar - kata makan kat Aroma Ikan Bakar, so mesti lah kene ade ikan bakar
Ikan Pari Bakar - cicah dengan kuah cili kicap dan kuah asam yang sedap dan membangkitkan selera kami anak beranak.
Sotong Bakar pun sedap jugak selain dibuat sotong goreng celup tepung

Pelengkap menu - kangkung goreng belacan (kangkung dulu naik sekarang dah turun...)
 Alhamdulilah sambil makan sambil berborak2 dgn family, mmg masa yng paling menyeronokkan buat kami. Kenyang sungguh.
Makan sambil menunggu matahari terbenam
Hampir2 sunset - Subhanallah. utk pertama kalinya aku dpt menyaksikannya
Keadaan di waktu malam after magrib, orang ramai beratur panjang, by tis time kami dah nak beransur pulang ke rumah
 Alhamdulillah, puas hati kami dgn menu n rasa makanannya. Dekat sini kemudahan seperti surau dan bilik air disediakan, Jadi jangan makan sampai tak solat pulak. Dari segi customer service nya agak so n so mungkin disebabkan ramai orang jadi agak lmbat sikit masa preparation for our dish itu. so kena sabar sikit menunggu, Nasib baik ade pantai kt depan tu, so bolelah menenangkan perut yang sdg berkeroncong sambil sabar menunggu. Hihiihi.. Terbaek!!!

p/s otw nak ke Jeram ni jangan lupa singgah ke Cendol Bakar, boleh drive through jer, jimat masa.
Adoiaiii aku tgk gambar yang aku upload ni terliur n terbayang-bayang rasanya..hahaha

Beyond Vegies by Secret Recipes

Assalamualaikum.. haiwah saje nak update menu becoz before this dah pernah upload citer pasal BEYOND VEGIES @ PUBLIKA MONT KIARA ni, so sekadar memenuhi entry pada bulan ini. Check it out!

Taraaa...
Passion Fruit (hot) - mmg sedap dah jadi my fav.
Blueberry Cheese Cake, actualy nak oder Macadamia Cheese tapi dah abis, yg tu sedap, tapi yang ni pun sedap jugak
Assam Laksa - masam sgt cz terasa nanas dia tapi sedap
Yang 2 keping tu vegies tauhu
Superlicious Soup Noodle - full of vegie n delicious lah
Rasa soup dia pun mild saje
So thats all. Cuma bagi u all yang dah selalu ke Secret Recipe tapi nak try menu yang lain, u should try becoz kebanyakan menu ni xsama dan xade di Secret Recipe yg lain. Ok SEDAP!!
- the ends -

Happy Birthday For Us - saje nak tayang kek jer

asparaguswhite.blogspot.com
Happy Birthday En Hubby - 11/04/14
asparaguswhite.blogspot.com
Cinamon Apple Cheese Cake

asparaguswhite.blogspot.com
Happy Birthday To Me - 13/4/14
asparaguswhite.blogspot.com
Tiramisu Chocolate Cake
 Alhamdulillah di atas segala nikmat dan rahmat serta rezeki yang Allah SWT kurniakan buat kami. Semoga hidup kami diberkati Allah SWT di dunia dan di akhirat. Amin




Monday 7 April 2014

Mee Tarik Warisan Asli @ Jln Dang Wangi

Assalamualaikum wbt.. adui lamanya dah tak singgah berkongsi di blog asparaguswhite ni..huh dah gap berbulan lamanya, maafla yea kepada sesape yg mengikuti blog yg dah lama tak update ni. ade urusan yang dan agak kesibukkan sikit. 
Ok straight to the point, ritu kami singgah makan di Mee Tarik Warisan Asli - Restoran makan Chinesse Muslim ni menyajikan hidangan mee yang di sediakan fresh dan siap dibuat demo secara life lagi. Kebanyakan menu yang dihidangkan adalah berasal dari negara China sana. Terletak di Jalan Dang Wangi memang sibuk especially bile office hour. Mee Tarik ni ditarik tarik dan memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat secara dekat lagi. Jom tarik...

Lokasi Kedai Mee Tarik Warisan Asli
Sedikit interior hiasan dindingnya



Scallion Noodle, untuk makluman mee ni teramat lah banyak, kalu beli u all patut share. Rasa mee ni pulak kan tetiba aku teringat masa gi Beijing dulu. Rasa makanan ni sama sebijik yang pernah aku try kat sana. Simple kandungannya tapi sedap. Dan nak bagitahu u all juge menu dia lebih kurang sama dan ade yang sebijik masa aku bercuti di Beijing tahun lalu. Teringat u all..
Lamen Slice Beef Noodle ni pun sedap, supnya yang plained je tapi rasanya ok dan sedap. Kuantiti mee mmg banyak giler, kalu suka makan mee mungkin u all boleh habiskan, tapi pada yang biasa-biasa aje, suggestion dari aku,huh kena kongsi.
Toothpick Lamb - yang ni menu tambahan,ok n sedap jugak. macam sate mini. Tapi kalu yang makan kambing lah..

Air minuman pulak - China Green Tea dan Kopi
 Kesimpulannya u all patut try, selain di Jalan Dang Wangi ni, Restoren ni akan bukak cawangannya di Jalan Genting Klang PV8, hah boleh lah berkunjung di sana nanti bila dah opening.

MEE TARIK WARISAN ASLI SDN BHD
NO 14,16,18,20G JLN DANG WANGI, 50100 KL
03-26021978

P/S : ntah bile makan kat sini aku tringat lah rasa makan makanan kat Beijing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...