Click Click!

Showing posts with label My Favourite. Show all posts
Showing posts with label My Favourite. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

Salleh Stall Mee Udang Port Weld, Kuala Sepetang

Hari kedua - paginya kami ke Zoo Taiping salah satu tarikan utama Bandar Taiping. Lagipun bawak budak-budak seronok sikit tgk tgk binatang n pendedahan ilmu tentang binatang kepada mereka.
Habis je lawatan ke Zoo hujan pun turun, dah pukul 1.00 lebih apa lagi tenaga perlu diisi kerana kami belum lagi makan tengahari. Kali ni kami try sekali lagi Nasi Vanggey tetapi kali ni di bandar Taiping, cawangan Nasi Vanggey yang berdekatan dengan homestay kami. Tak ramai pulak orang mungkin disebabkan hujan. Kedatangan kami disambut mesra selaras dengan nama kedainya Vanggey Vanggey Vanggey..hihihi. Apa lg menu mcm semalam lah kami order. Namun perbezaan tetap ada antara Vanggey Ipoh dan Vanggey Taiping. 
Setelah habis makan ke mana lagi nak pergi ni? so kami singgah membuat lawatan ke Muzium Perak walaupun hujan masih tidak reda lagi. Tujuan ke Muzium selain untuk mengetahui sejarah, kami nak meredakan perut yg kekenyangan dan mengisi masa.
Bukti : Tiket ke Zoo Taiping dan Muzium Perak
Citer Mee Udang Salleh - Hujan menunjukkan tiada tanda2 utk berhenti tetapi kami sebagai pelancong domestik tetap meneruskan perjalanan untuk misi mencari Mee Udang di Kuala Sepetang. Misi pencarian kami adalah bertumpu ke Mee Udang Mak Jah ataupun Mee Udang Mak Teh. Sampai di lokasi mak aiiiihhh ramai n penuhnya orang, siap ade bas pelancong lagi. Merasakan macam tiada harapan kami terus menuju pergi ke kedai makan yang lain sebagai backup plan. Mee Udang Salleh, yang juga telah dipromotekn oleh adik En Hubby. Katanya Salleh Stall Mee Udang Port Weld ni pun boleh tahan rasanya jika dibandingkan dengan Mee Udang Mak Jah. Tak kisahlah becoz hajat di hati mmg terasa nak makan Mee Udang Kuala sepetang dan untuk membandingkan rasa dengan Mee Udang Banjir di Kuala Selangor ( Mee Udang Banjir di Kuala Selangor - asparaguswhite ) Perghh tak sangka sungguh ramainya orang di MU Salleh. Gerai yang sederhana saje rupanya tapi penuh jugak orang yang datang. Kalu dari segi viewnya memang kurenglah. So Taukeh kedai kene take note n action lah kalu nk bisnes ni terus maju. Upgrade sikit kedai n toilet tu wajib.
Mee Udang Salleh - Gerai di bawah, bhgn bukit sikit tu hall tempat makan
Tu diaa.. Kat sini yang dijual semuanya keluarga mee n semuanya udang..
Mee Udang ni ader saiz (S)RM8.00 Udg 8 ekor medium  (M)RM15.00 Udg 7 ekor besar (L)RM20.00 Udg Galah 5 ekor.

Memang sedap mee dan kuah dia. Mee xdelah dalam kuantiti banyak, sederhana n for sure u all boleh habiskan. Percayalah Sedap Sangat!!!

Mee pulak boleh tukar, korang nak kuey teow ke, mihun ke atau mee kuning

Ade jugak jual mee goreng dan apa2 emnu yang berkaitan dgn mee. Ini Mee Goreng kosong. ade jugak yang letak udang.
Jangan lupa order air kopi dan kopi O, memang Kaw Kaw aku bagitahu korang
MEE UDANG SALLEH - 4 starlah!!! Lupa nak citer Udang memang FRESH. Tak main udang kolam yea!
 Alhamdulillah dengan menu Mee Udang untuk petang-petang begini. Makan di waktu hujan sambil minum air kopi panas.. pergghhh memang mencengkam kalbu dan memang betul betul menikmatinya. Rasanya memang berbeza dengan Mee Udang Banjir yang pernah aku review dalam entri blog aku sebelum ni Mee Udang Banjir di Kuala Selangor - asparaguswhite. Yang ni lebih power dan lebih sedap. Kuah dia tidak memuakkan.
Semoga Salleh Stall Mee Udang Port Weld ini mengekalkan rasa dan kualiti masakannya disamping harga yang berbaloi untuk pelanggan di masa akan datang. Manalah tahu nnt suatu hari aku akan datang lagi dan suasana persekitaran dan halaman kedai sudah direnovasi dan berubah seiiring dengan bisnes mee udang nya yang bertambah maju..Amin.
P/S : Mee Udang Mak Jah and Mak Teh i will come to u.. Tungguuu
- the ends -

Perjalanan balik menuju ke Taiping belum berakhir lagi kononnya malam ni nak tgk movie - THE AVENGERS di Taiping Sentral, tapi malang dan bukan rezeki tiket dah habis. Hanya ada pukul 1am dan 2am whoaa late late nite sgt movie tu cz kami perlu berehat becoz seharian perjalanan kami. Sudahnya kami beli tiket untuk tgk 11.40pagi esok sebelum perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Nak balik ke homestay rasa mcm awal lagi ni, so singgah berkopitiam di Old Town White Coffee.

Tak sabar nak tengok The Avangers, katanya
 - the end-

Wednesday, 4 February 2015

Cendol Durian Borhan di Kuala Selangor

Lepas makan Mee Udang kami terus mencari Cendol Durian Borhan. Cuaca yang panas begini memang sedap pekena cendol. Nak cari Cendol Borhan ni mudah dan senang saje. Kalau dari arah KL selepas Pekan Kuala Selangor pandu straight akan nampak signboard di tepi jalan dan dari situ memang dah nampak dah. Sampai di sana dalam pukul 4, orang memang ramai ditambah dengan cuti hujung minggunya dan cuaca panas begini semuanya nak menikmati Cendol Durian Borhan ini. 
Tagline kedai "Kenangan yang terigau-igau"
asparaguswhite@blogspot.com
Ni lah rupa dalaman kedai. Maaf ye gambar ni diambil kebetulan ketika kunjungan En. Hubby survey seorang diri. Time ni mmg xde orang diwaktu office hour hari Jumaat. Time kunjungan kami memang ramai sgt orangnya.
Salah satu hiasan di dalam kedai.
Tempat yang sama dengan gambar atas tadi tu. Kami - Jom Cendol!! (baru permulaan, bile dah last penuh dengan mangkuk kat meja kami)
Cendol yang menjadi taruhan - Cendol Jagung Durian + Cendol Jagung Pulut + Cendol Jagung + Cendol Durian = SEDAP rasa santan dan gula + aksesori cendol yang sedap dan sekata.
Kita boleh pilih jugak kalau nak atau tak nak aksesori dalam cendol itu. Macam ni Cendol Durian tapi XNAK cendol hijau tu..Sedap juga rasa macam susu durian (gabungan santan dan durian)
Cendol Jagung Pulut - memang terbaek!! Harga cendol kat sini murah dan berbaloi.
Selain cendol, ade juga dijual Laksa, Mee Kari, Rojak, Waffle, Keropok Lekor dan Western foods (chicken chop, fish n chips, dll) Jadi tak bosan lah dgn menu yg pelbagai kalu nak minum petang di sini..oleh kerana kenyang pekena mee udang tadi, kami xla oder makann lain selain waffle n keropok lekor.
Cendol Durian Borhan ni memang terbaik yang pernah kami rasa. Sebelum ni pernah rasa Cendol Bakar yang sedap juga, tapi yang ni lebih sedap dan terasa, betul dengan taglinenya - kenangan yang terigau-igau
Perghh..rasanya setiap orang dari kami pekena sorang 2 mangkuk dan ade yang share lagi...hihi Enjoy menikmatinya.. total habis RM45.00

Ha itulah dia penangan hebat Cendol Durian Borhan, kalu tak kat Tv tak keluar pasal citer abang borhan ni memang tak tahu pulak kami ade cendol yang lebih sedap. Keep maintain on quality n customer services Cendol Durian Borhan!! Terkejut jugak bile baca artikel keratan akhbar yang diframekan - RM120k pendapatan dijana dlm sebulan, Hebat dan respect dengan perniagaan Cendol Durian Borhan ni.. Rating kami ****4 bintang untuk cendolnya yang manis lemak berkrim.. Try lah tak rugi datang jauh-jauh.

"KENANGAN YANG TERIGAU-IGAU"

 - the ends -

Friday, 23 January 2015

Miniature CUTE

"Teringat zaman budak budak" Tapi zaman budak-budak aku dulu mana ade bende cute cute macam ni! Ni zaman budak sekarang.
 - the ends -

Saturday, 13 December 2014

Sengkuang Kacang aka Sengkuang Calit Sos Dolu-dolu

Salam bersiaran asparaguswhite ucapkan..hihihi..kali ni just nak share dengan cite pasal sengkuang kacang (i panggil ni) aka sengkuang calit. Teringat zaman kanak-kanak sekolah dolu.. Aku + adik beradik n emak suka sangat makan sengkuang kacang ni..sampai ke hari ni pun memang kami suka n kalu makan tu sekali hadap jer.. Dulu sengkuang ni jual RM0.20 je sekeping, tapi sekarang ni sekeping RM1.50 - RM2.00 ikut saiz sengkuang lak tu. Terpaksa akur cz peredaran masa kan.Sengkuang yang sedap sangat kami makan adalh sengkuang yang dijual oleh Arwah Cik Enon jiran n kawan emak dekat area uma emak. Sedap sangat dia buat n sos dan kacang yang ditabur atas sengkuang tu mmg banyak..beli RM2.00 puas kami makn anak beranak. Arwah Cik Enon tak kedekut hihihi  (alfatihah buatnya..Amin)
Minat makan sengkuang pastu terus terhenti disebabkan ntah peredaran zaman, sengkuang ni dilupakan suatu ketika...ale ale sengkuang calit ni ade je kat mana-mana n senang pulak nak mendapatkannya. Samada u all beli yg dah siap ade atau beli sos + sengkuang + kacang buat sendiri kat umah n makan lah sepuasnya.. Sekarang ni sos sengkuang ni banyak dan mudah dicari, nak nak lagi ramai bumiputera yang menjualnya.
Diantara Sos yang aku nak kongsikan bersama ini adalah SOS SENGKUANG DOLU-DOLU keluaran LEGACY PREMIUM FOOD INDUSTRY. Apa yang bagusnya adalah ia HALAL n keluaran bumiputera. so kali ni dah kena dengan selera aku sekaligus minat makan sengkuang kacang ni pun bermulalah...hihihi. Selain rasa sos yang ok dan sedap, Entahlah mungkin sebab namanya  SOS SENGKUANG DOLU-DOLU mengimbas kenangan nostalgia aku di zaman kanak-kanak..

Sengkuang Kacang #sossengkuangdoludolu
Aku beli ni masa kat MAHA2014, kalu nak dapat stok ni u all just taip saje lah kat CIK GOOGLE for sure ramai pengedarnya. Selamat Merasa yea.. 4**** dari aku peminat sengkuang kacang.

Selamat menikmati
Beli sos ni n buat makan sendiri dirumah sambil tengok TV, nak nak lagi sengkuang tu sejuk baru kua dari peti ais. Sambil calit sambil makan dan tengok TV, perghh heaven rasanya.. Alhamdulillah.
- the ends -

Friday, 12 September 2014

Garrett Popcorn -Bertih Jagung jerr

Hi selamat berentri.. lama sungguh blog ni menyepi dari alam maya ni.. ok kali ni pun tak banyak jugak nak di kongsi hanya setakat citer pasal bertih jagung aka popcorn. Sape suka popcorn? masa kecik kecik dulu popcorn ni famous n slalu ade kat pasar malam..beli RM1 memang dapat bayk..fuhh jenuh nk abiskan. selagi mulut tak lenguh n gigi xsakit dok kunyah lah ngadap bende ni sambil tgk Tv or buat homework sekolah. Tak habis ikat dgn getah n bawak kat sekolah esoknya.. pantang kalu g pasar malam popcorn mesti suruh arwah abah belikan 1 utk aku..huhuhu by tht time popcorn ni xde byk perisa mcm zaman sekarang ni..perisa yang ade pun tu la marjerin n gula..tapi aku suka kalu popcorn tu garing-garing sikit / crispy2 gitu..bile dah meningkat  dewasa (sekolah Menengah) popcorn pasar malam ni aku dah kurangkan..hihihi cz dah jumpa yg lebih sedap dari popcorn ni time tu ler... So mcm mana zaman korang dan popcorn dulu-dulu? 
Citer popcorn zaman sekarang la ni fuhh byk nya flavor..kalu tgk wayang tu popcorn ni wajib beli..baunya yang sedap dan harum sure mesti nak beli wpun xbrape nk mkn..haha hrga jgnle cakap..sekarang ni dah mahal + flavor n color yang pelbagai..n dah boleh dapat kat memana da,bersepah la ni..
ok stret to d point.. nikmat makan popcorn aku terbit semula setelah aku makan popcorn ni..
Garrett Popcorn Shops - details info http://www.garrettpopcorn.com
Thanks for my sis Asyura yang kenalkan aku n slalu kirim kat dia untuk beli. Cz aku jarang nak turun gi bersesak kat sana..unless kalu ade tujuan ke sana.So far tis shop ade kt KLCC , One Utama n Midvalley. Hmm thanks jugak cz menaikkan berat badan aku ni.. org ade diabetis adalah dilarang sama sekali untuk mkn bende manis-manis ni yea. Harga agak mahal ler jugak tapi disebabkan sedap huhuhuhu jalan beb..Adik aku cakap slalu kene que pjg lak nak beli...hanya popcorn saje..yippiee..
So ni ler rupanya. Flavor favourite aku : Cheesecorn, caramelcrisp n Chicago mix (cheese+caramel)

Flavor yang sekata pada setiap popcorn

Caramel crisp

garret Chicago mix (cheese+caramel)
Time bile best makan, of coz ler masa tgk TV kat uma. Nak lagi sedap simpan popcorn ni kat peti es, pastu nk makan kuakan n mkn masa sejuk.. hihihi itu cara aku menikmati,korang?
So u all, setakat ni jer yg dapat aku sharing kan kt korang, ok kat Garrett Popcorn Shop ni juga ade lain flavor nye k...hmm u all should try apa salahnya kan. terpulang. Tapi aku + popcorn hihi dah jadi salah satu junkfood favourite aku..ENJOY!!

Wednesday, 24 July 2013

Aku Yang Dulu by TEGAR SEPTIAN

 Mula-mula dgr tis Indon song, rasa cam pelik jer, tapi bile dah dengar banyak kali cz selalu kat radio mainkan, jadi best pulak, bile tengok lirik n amik tahu sikit pasal history artis budak kecil ni memang mantap.  boleh jadikan motivasi untuk memajukan diri..hahaha.. Semangat TEGAR dalam meneruskan kehidupan.
aku jadi suka ini lagu. JOM LAYANZZ..
Image by Mr. Googles - TEGAR
Aku Yang Dulu – Tegar

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Sekolah dulu aku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua


 sory yea kalu tak boleh nak bukak ini file, cz dah banyak kali aku try upload kan..kdg bole kdg xbole bukak, if cant open u all bukak la kat link ni ye. direct boleh dgr MP3 dari tuan punyer web ni.
 Thanx and credit for sharing pada ritz.my

Monday, 17 June 2013

My Home Sweet Home

Kejap jer masa 2 tahun berlalu. Rumah yang ku beli kini dah 70% siap. Insyallah kata developer dalam awal bulan 12 tahun ni rumah ni da boleh amik kunci n dah boleh duduk da. Minggu lepas saje jalan n buat pemantauan progress rumah sikit dgn En Hubby. sampai jer tgk mmg dah 70%, xde no rumah lagi ye.. Alhamdulillah. Hmm tapi dalam dilema pulak, nak ke tidak duduk kat sini. Cam xready jer. Hihihi.. Xpelah kita tgk le dulu.
My Home My Property - 4R + 4B
Jiran-jiran baru nanti - tak tau le Cina / Melayu / India ?
2nd end lot - my house

 


www.asparaguswhite.blogspot.com
Jiran depan rumah
Bhgn belakang rumah
Dulu masa tgk rumah contoh - xde grill ni, kosong camtu jer, ni, Ok lah!
- The Ends -

Thursday, 13 June 2013

Peminat Setia Clarks - Jom Shoping!

Jom buang masa n duit kat sini..


Dapat tau jer ade sale on CLARK'S brand emm terus diisi utk aktiviti ujung minggu aritu. Sampai jer que punyela ramai,adoi..kalu tau cenggini mmg tak pergi, tapi xpelah nak tengok n beli punye pasal..Memang murah, tapi emm nak beli tu cam beli ikan kat pasar, kena jerit-jerit nak tanya kasut n saiz, sayang bagi aku cz saiz aku mmg saiz favourite asia - size 6. Jadi ramai org asia ni kaki dorang size 6. Tapi kalu Clarks kena amik size 5,hmm kebanyakkan xde.  Untung utk org pompuan yg size kaki dorang 7 dan 8. ade jer stok..huhuhu,Untuk kasut pompuan banyak jugakla cam biasa. Yang kau aim n target utk beli kebanyakan xde saiz dah, hampeh!.kasut lelaki jer kurang lak tahun ni. Sebab tu lah cik Hubby tak beli. elok juga dia tak beli cz kasut yang lepas2 pun lagi 3-4 pasang tak pakai lagi, dok sebek jer dalam kotak tu. masa kat sana tu tak byk sgt nak amik gambar cz, 1 handbag kita ni diikat dengan beg plastik - hp dalam beg camne nak petik. 2 emm tgh ramai org tu payah nak amik gambar cz tgn penuh pegang kotak.haaaahaaa. Sekarang ni kalau buka website www.clarks.co.uk tengah sale gile2. Dulu adik ipar buat phd kt London selalu jugak kirim kat dia, sekarang dah habis study dah,huhu tu yg xdpt kirimtu.

Ni kasut pompuan tau - kasut aku bukan kasut En Hubby. cz kali ni mmg nak cari kasut yg ala2 but sikit, tapi utk jenis kasut camni saiz 4 utk aku xle saiz 5.Nova Jewel sesuai utk aktiviti lasak. Nak masuk hutan ke, nak panjat bukit ke, hihihi
Yarra Vic Clarks design Original, xde lagi clarks yg original camni maksud original Clarks ni kalu nak tau u all bole click kat sini http://www.clarks.co.uk/originals/story
Haa color brown gitu collection utk tahun ni. ala-ala lasak n class gitu.Ok thats all utk kali ni ye. abis duit shopping kasut, off dulu utk shopping kasut,bole caye ke huhuhu kalu dah suka kan.. Untungnyer bile beli time warehouse sale camni, cz Clarks Butik kat sini mmg xpernah buat sale. tak pernah lah rasanye,wpun stock clearance. Unless u all pegi ke JPO - Johor Premium Outlet. Murah sikit. Ok the ends

Friday, 16 September 2011

Carrot Cheese Cake

Tetiba rasa nak makan pulak Carrot Cheese Cake "Handmade" punyerlah.Tapi sebelum dapat makan tengok jer lah gambar kek ni dulu...huhuhu
Carrot Cheese Cake + walnut
Tak sabarnyer nak makannn.....


Nak order tak harga dia cuma RM45.00 - lebih 1kg

Besar dan tinggi kek ni..double layer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...