Click Click!

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, 21 January 2014

WW - NASI MAQLUBAH

Upload Picture jaaa - NASI MAQLUBAH
Sempena sambutan Maulidur Rasul minggu lepas, saje buat nasi Arab - Nasi Maqlubah (nasi terbalik) untuk makan-makan di rumah emak. Home made dari aku dan En Hubby - sama-sama masak.


Dalam nasi ni ade ayam, kentang dan terung. Tinggi nasi ni, cz buat dalam rice cooker saiz sederhana dan diterbalikkan dalam bekas, cukup untuk 12 orang dewasa makan.

Gadingan menu dia - Nasi Maqlubah + sos harrah + salad arab
 Sedap, n bolelah try try belajar buat kat umah.
- the ends -

Tuesday, 9 August 2011

Kek Batik 3 Resepi

Kek Batik 3 Resepi
Hai hai hai.. KEK BATIK 3 RESEPI.. sebenarnya ni adalah gabungan resepi yang aku amik daripada kawan2 di office. - Nadia+Iman+Aku. Kata dorang Kek Biskut Batik ni  adalah kek yang paling mudah n ringkas sangat nak disediakan..memang betul, mudah dan cepat sangat nak disediakan..kek ekspres..Cubalah
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A
i) Serbuk koko 1 cawan
ii) Milo 1 cawan
iii) Nescafe 2 sudu besar
iv) Telur 1 biji
v) Mentega 250g
vi) Susu pekat 1/2 cawan
vii) Esen Vanila 
Bahan B
- Biskut (plain) : Patah-patahkan
- Kismis +Kacang Gajus + Kacang Badam (mesin/tumbuk kasar)
- Hiasan - Coklat Cip ( tabur atas kek bile dah siap)
Cara :
- Cairkan mentega n masukkan ke semua bahan A kecuali telur, bile semua bahan tadi dah larut, baru masukkan telur n esen vanila..pastu bile dah sebati masukkan bahan B n kacau bagi rata n lastly masukkan kacang.Kacau-kacau lagi..opps lupa..masak atas api yang perlahan yea..kang hangus pulak.
- Pastu masukkan bahan tadi terus ke dalam loyang dan padat-padatkan..kat atas dia baru lah taburkan coklat cip..pastu sejukan dalam peti ais - jgn masukkan dalam frezer pulak kak oii....

Inilah rupanya bile dah dipadatkan dalam loyang, biarkan sejuk sekejap sebelum masuk dalam peti ais. Jangan lupa tutup permukaan loyang dengan aluminium foil atau plastik lutsinar tu..
Tekan-tekan kan jugak coklat cip tuu..
Kek Batik 3 Resepi : Nyam-nyam!!!
Sekadar berkongsi pengalaman dan seronoknyer bile kek yang kita buat tu menjadi..Alhamdulillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...