Hai hai hai.. KEK BATIK 3 RESEPI.. sebenarnya ni adalah gabungan resepi yang aku amik daripada kawan2 di office. - Nadia+Iman+Aku. Kata dorang Kek Biskut Batik ni adalah kek yang paling mudah n ringkas sangat nak disediakan..memang betul, mudah dan cepat sangat nak disediakan..kek ekspres..Cubalah
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A
i) Serbuk koko 1 cawan
ii) Milo 1 cawan
iii) Nescafe 2 sudu besar
iv) Telur 1 biji
v) Mentega 250g
vi) Susu pekat 1/2 cawan
vii) Esen Vanila
Bahan B
- Biskut (plain) : Patah-patahkan
- Kismis +Kacang Gajus + Kacang Badam (mesin/tumbuk kasar)
- Kismis +Kacang Gajus + Kacang Badam (mesin/tumbuk kasar)
- Hiasan - Coklat Cip ( tabur atas kek bile dah siap)
Cara :
- Cairkan mentega n masukkan ke semua bahan A kecuali telur, bile semua bahan tadi dah larut, baru masukkan telur n esen vanila..pastu bile dah sebati masukkan bahan B n kacau bagi rata n lastly masukkan kacang.Kacau-kacau lagi..opps lupa..masak atas api yang perlahan yea..kang hangus pulak.
- Pastu masukkan bahan tadi terus ke dalam loyang dan padat-padatkan..kat atas dia baru lah taburkan coklat cip..pastu sejukan dalam peti ais - jgn masukkan dalam frezer pulak kak oii....
- Pastu masukkan bahan tadi terus ke dalam loyang dan padat-padatkan..kat atas dia baru lah taburkan coklat cip..pastu sejukan dalam peti ais - jgn masukkan dalam frezer pulak kak oii....
Inilah rupanya bile dah dipadatkan dalam loyang, biarkan sejuk sekejap sebelum masuk dalam peti ais. Jangan lupa tutup permukaan loyang dengan aluminium foil atau plastik lutsinar tu.. |
Tekan-tekan kan jugak coklat cip tuu.. |
Kek Batik 3 Resepi : Nyam-nyam!!! |
Sekadar berkongsi pengalaman dan seronoknyer bile kek yang kita buat tu menjadi..Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment