Click Click!

Tuesday, 16 August 2011

Tinggal Kenangan

Innalillahiwainna ilaihi rojiun.. Akhirnya nenek telah menghembuskan nafasnye yang terakhir di rumah emak di Sentul..Setelah lebih kurang 2 bulan abah dan emak menjaga nenek di rumah kami yang asalnya sakit akibat jatuh di bilik air rumahnya di Melaka akhirnya telah meninggal dunia pada usia 83 tahun pada 11 Ogos 2011, Khamis, jam 2.30 petang bersamaan 11 Ramadan 1432H..Arwah meninggal akibat sakit tua.. Jenazah nenek telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah Gombak..Check punyer check tarikh lahir nenek adalah pada 18 Ogos 2011 ini..tarikh ni satu kebetulan secara tidak sengaja..takdir Allah SWT..
Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada  ahli keluarga terdekat, saudara mara, sahabat handai dan jiran-jiran yang hadir di majlis tersebut..Dengan harapan dan doa yang ikhlas semoga roh nya dicucuri rahmat dan segala amalannya diberkati Allah SWT..Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...