Click Click!

Wednesday, 16 October 2013

Mamak oh Mamak - Restoran Mahbub Bangsar

Mamak oh Mamak! kat mana2 restoran mamak ni mudah jer nak cari. Kalu satu kawasan baru nak buka,restoran mamak lah yang mula-mula akan beroperasi...slalu lot kedai kat corner lot..haishh yelah rakyat Malaysia ni kebanyakannya suka melepak kat kedai mamak or jumpa kat kedai mamak untuk buat hal2 masing-masing..
huhu samalah dgn aku ini.. suka makan n lepak2 jugak kat sini bile FREE time ok.. tapi xsemua mamak aku suka pegi..hanya yang tertentu sahaja dan u alls mesti pastikan yang restoran itu benar2 mamak MUSLIM yang HALAL dan bersih..emmm bukan Hindu yea..berhati hati dengan penyamarannya..kulit sama hitam hati je lain-lain yea..hahaha.Jgn percaya sgt kalu depa dok gantung frame ayatul Quran ni yeh..slalu-slalu lah check kat restoran mamak itu ade tak menu daging lembu, kalu ade emm yakinlah mamaklah itu..kalu diorang kata dah habis or xde..hmmm pikir2lah coz yang itu restoran Hindu katanya..mamak mana semua xade, mesti ade je lah.. atau cer kome test diorang dengan ucapan as salam..hihihihi

Entry kali ni aku just nak share dgn u oll, tak pasti aku dah pernah masukkan dlm entry or not.. xpelah. Tempat yg slalu aku gi adalah di Restoran Mahbub Bangsar betul2 berdepanan dgn Bangsar Village, nasib u oll baik adelah parking, kalau tak berpusing-pusing lah u mencari parking. kat sini mmg slalu ramai. n boleh lah rasa makanannya itu..ok jom nak share dgn u olls..

Menu kami..Nasi Briyani. Caption atas tu baru rajin nak letak, selama ini malasnya. Atas nasihat beb.
Close-up - suka minum lassi tak? hai my favourite ni, mangga lassi n strawberi lassi
kuah dalca ngam utk mkn dgn nasi bryani

acar timun

Nasi Briyani ayam madu bala

Nasi Briyani + ayam kicap
ok tu jer.. so pada sape yang tak try lagi, n nak cuba dipersilakan lah ye..
RESTORAN MAHBUB SDN BHD, BANGSAR
p/s : aku bukan anak mamak or anak mami yea..uhuk uhuk

Salam Aidiladha 1434h

Selamat Hari Raya Haji
Semoga segala pengorbanan kita di jalan Allah SWT, diberkati olehNya dan dirahmatiNya.
Insyallah.


Majlis Korban di Surau Baitul Rahman - Aman Perdana, Setia Alam, Klang

Wednesday, 4 September 2013

RESTORAN QASAR SABA - Nasi Arab lahh!

Sape lagi yang tak habis puasa 6 syawal dia tahun ni..saya saya saya.. punyerlah banyak dugaan bile nak habiskan puasa 6 bile dah late late ni. tu lah menyesal tak nak buat awal2 lagi. Tapi xpe Insyallah akhirnya habis jugak, Alhamdulillah. So masa 3rd las day puasa tu plan lah kami nak berbuka di mana. Tekak n perut ni macam2 nak makan : nak makan nasi beriani pun ade, nasi arab pun ade, nasi kandar pun ade. aleh aleh makan nasi arab..huwaaaa mmg my favourite u ols. Masa bulan puasa ritu ade entri aku masukkan berbuka dekat Resoran Arab Khan Baba tau, so kali ni aku makan kat area tu jugak, tapi next dengan Khan Baba.. RESTORAN QASAR SABA. Huhuhu xdelah tempat lain selain dekat naw dengan area rumah. Kat area ni dah banyak sangat foreigner arab ni bermastautin kat sini. Dah jadi cam port dorang pulak. Banyak dan bersepah-sepah dorang ni, so utk memenuhi keperluan asas dorang ni, maka banyak lah kedai2 runcit/shopmart dan kedai2 mkn arab ni dibuka. Kerajaan mmg wajib pantau foreigner arab ni,bukan apa nak kurangkan kadar jenayah yang berlaku dan semakin meningkat ni. foreigner ni pun kekadang jadi samseng pulak kat sesetengah tempat. Na'uzubillah.. ok la panjang naw citernyer pulak..ok jom i share dengan u ols.
asparaguswhite.blogspot.com
RESTORAN QASAR SABA, mmg nampak simple n biasa jer, tapi ade jer org dtg, kami berpendapat org luar yg dtg ni mungkin surf kt blog or internet dulu kot, baru dtg kat sini..selain tu orang asing kat sini la n penduduk yg dok sekitar sini.
asparaguswhite.blogspot.com
Jadikan amalan selalu untuk minum tea arab yang ade daun pudina,bunga cengkih n buah pelaga.
asparaguswhite.blogspot.com
Nasi Arab - Chicken Madghout yang color merah tu dan Lamb Kabsa yang color kuning itu. Baguslah dia hidangkan camni, cz kita bole merasa nasi arab yang lain, bawah timbunan nasi itu adlah ayam dan danging kambing ye.

asparaguswhite.blogspot.com
Nasi dengan kuantiti yang amat banyak.
asparaguswhite.blogspot.com
Nasi yang sedap dan daging ayam dan daging kambing nye memang lembut
asparaguswhite.blogspot.com
Kuah kari dia n Sos Harah
asparaguswhite.blogspot.com
Di makan bersama salad arab.
asparaguswhite.blogspot.com
ok total untuk makan 2 orang, kat resit tu ade address n contact no.
So memang puas hati lah makan kat sini walaupun tempatnya nampak cambiasa setanding ler dengan harganya agak ok dan berbaloi, kalu makan kat tarbush ke or kat tempat yang hadrmawt tu mestilah lebey sikit regenya. Takpe yang penting kat sini sedap n berbaloi. 3 1/2 star lah ok.

RESTORAN QASAR SABA
No.2 Jalan Jernai Medan Idaman, Setapak 53100 Kuala Lumpur
(Belakang Ong Tai Kim Gombak)
Tel : 018-2405541

- the ends -

Tuesday, 3 September 2013

E & O, Apalagi Kari Kepala Ikan Laa

Assalamualaikum. Lama rasanya tak makan kari kepala ikan, mengidam nak makan sejak bulan puasa aritu. Akhirnya dapat jugak cz terlintas nak makan kepala ikan, Almaklum lah sekarang ni musim ujan. Tiap2 ari ujan tu yang banyak planning tergendala dan di sambung dengan open house yang tak berhenti-henti setiap minggu, jalan bagi jem lagi. Tapi HUJAN ITU RAHMAT.Kedai makan yang jadi pilihan kami adalah RESTORAN E&O di Taman Wahyu. Dah banyak kali jugak makan kat sinikan. Walaupun kedai ni nampak cam restoran makan cina, tapi tukang masak dia melayu,n pekerja hemm campur2 la..entri sebelum ni pun aku ade cerita n snap gambar kedai makannya.
ok kita terus menikmati hidangan yang cukup menyelerakan di bawah ni.
asparaguswhite.blogspot.com
Mana2 pun air minum mesti sampai dulu : ais kosong,tea o limau suam dan epal.
Keropok n sambal cili @ sambal belacan
asparaguswhite.blogspot.com
Ayam goreng rempah yang garing dan sedap
asparaguswhite.blogspot.com
Sayur Kubis salad sos tiram
tinggal tunggu kari ikan lagi ni, perut dah xsabau dah ni..
asparaguswhite.blogspot.com
Akhirnya, yang dinantikan - kari kepala ikan
asparaguswhite.blogspot.com
Berasap tuu... Amat menyelerakan dan penuh dengan sayur kacang dan bendi.
ok menu yang diorder semua dah sampai, Jom Bismillah..
asparaguswhite.blogspot.com
Last sekali ha cam biasa mesti nak tunjuk bil - En Hubby sila bayarkan. TQVM
  Masih maintain lagi rasanya dan kena denga harganya. hehe ni kami makan berdua je ye.. so memng 4star bole kasi ni. Terbaek ye!!
- the ends -

Thursday, 22 August 2013

Adam Lai Restaurant

Sempena anniversary pada 15/8 aritu, aktiviti kami hanya keluar makan sahaja. Dekat jer kali ni kat Prima Sri Gombak, memang dekat sangat dengan rumahla. kat Prima SG ni mmg dah familiar sgt dengan kedai2nya tapi xsemua kedai makan kat situ yang kami pernah singgah. Adam Lai Restaurant? Hmm asyik lalu lalang jer kat kedai ni so sekarang dah singgah. Jom nengok apa yang kami order untuk makan.
Apa yg sedap ye dalam  ni..
Nampak cam kedai makan cina kan?
Hot Chinese Tea (RM4) minuman wajib bile aku makan Chinese food, + sirap bandung (RM3.50) cik suami
Adam's lai Chicken (S)RM19.00 - katanye recomended by Chef, tapi aku makan ayam ni keras lah,HUHU
Baby kailan Sos Tiram (S)RM12.00 - sebab aku suka makan sayur,nasib abik sayur dia sedap n ok!
Shark's Fin Soup (S)RM21.00, lama dah tak makan yang ni,emmm
Kerapu Stim Halia RM38.00, selalu makan siakap jer, kali ni tukar kerapu pulak - YG NI SEDAP
Hidangan makan kat sini especially chinese food, walaupun order size small tapi mmg banyak giler beb, bole makan 3-4 orang. kenyang tok sah nak ckpler, buntal lah perut aku jap,hihihi.. kami bagi 3 1/2 bintang untuk Adam Lai, lai lai lai :
ADAM LAI RESTAURANT
No. 93A Jln Prima SG 3/2 
Prima Sri Gombak, Batu Caves, 68100 Selangor
Tel : 03-61811137
 - the end -

Ayam Penyet @ Wong Solo, Kg Baru

Salam Aidilfitri. dan kita masih lagi berada di pertengahan bulan Syawal 1434H. Sekejap jer masa berlalu.
Entry bulan ni tak banyak sangat nak cerita cz .... huhuuuu
Tapi tak pelah untuk mengupdate aku just nak share with u alls dgn Restaurant Wong Solo at Kampung Baru, kedai makan yang terletak selepas masuk dari pintu gerbang Kg Baru. Kami anak-beranak makan di sini sementara menunggu waktu lawatan ICU di HKL. Apabila masuk je kat dalam kedai makan ni, terus aku teringat cam suasana makan kat Bandung jer.. hmm memang xde bezanya pun..cam tu ler kedai makan dorang kat sana.
Buku Menu Wong Solo - kedai ni dibuka setiap hari
Aku snap sikit kasi tunjuk gambar dalam kedai makan ni. Ade artikel akhbar pasal kedai makan ni, so bile u all dtg baca lah jgn x baca. JJCM TV3 pernah masukkan kedai ni dlm TV.
Dalam menu ni ade ala carte n pakej keluarga dan juga set- jimat dan ringkas

so kami semua amik set yang jimat n ringkas - set ayam penyet / ayam goreng / ayam bakar
Set ayam penyet RM10.90 - tauhu,terong berlado,timun dan salad,sambal + air mineral
lauk tambahan - Balado Petai RM8.90, fuhhh penuh dengan petai.
Hah semuanye order set ayam penyet, sambal dia pedas giler, terangkek rasa, kalu xcukup tu ha dalam botol tu ado laie.
Huh memang kenyang dan menyelerakan makan ayam penyet Wong Solo ni, puas hati le, actually aku xbape suka makan ayam penyet ni, tapi bile try kat sini, okey bole makan. 
So bintang leh kasi 3 1/2 bintang yea.

AYAM BAKAR WONG SOLO KAMPUNG BARU
No.57 Jln Raja Alang Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Tel : 03-26911680



 - the end -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...