Buah berangan adalah salah satu favourite buah jenis kekacang yang paling aku gemari..Kalau nampak jer mesti beli. Sedap dimakan kalau tengah panas-panas tu..tapi yang paling nikmat makan buah berangan ni time dalam kereta n nak pergi jalan jauh atau bercuti ke balik kampung ke...memang aku feel makan time tu..
Tapi masih ramai yang tak tahu kandungan khasiat yang ader pada buah tersebutkan..so ni info serba sedikit buah favourite aku ni..Buah Berangan |
Khasiat Buah Berangan
Buah berangan segar mempunyai lebih kurang 180 kalori (800kJ) setiap 100gram bahagian yang boleh dimakan..yang mana lebih rendah dari kacang 'walnut', 'almonds', jenis kekacang yang lain dan buahan kering
( lebih kurang 600 kcal/100g ). Buah berangan, seperti tumbuhan makanan yang lain, tidak mengandungi kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat sedikit, hampir tidak tepu dan tiada gluten.
Kandungan karbohidratnya jika dibandingkan gandum dan beras; mempunyai pelbagai asid gula kebanyakkannya sukros (socrose), glukosa (glucose), fruktosa (fructose) dan sedikit 'stachyose', dan 'raffinose'. Di sesetengah kawasan, pokok berangan manis dipanggil 'pohon roti'. Apabila berangan mulai ranum, keseluruhan buahnya hampir berkanji bila ditekan dengan jari dan mengandungi kandungan air yang tinggi. Setelah ranum, kanji tersebut perlahan-lahan bertukar kepada gula, dan kandungan lembapan juga mulai menyusut. Apabila menekan buah berangan, ada sedikit kekosongan dirasakan iaitu ruang dalaman tidak terlalu melekap diantara isi dan kulit.Buah berangan mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C, iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40 % selepas dipanaskan. Buah berangan segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan. Dalam masa satu hari, dengan kesejukan 20 celsius..beratnya akan hilang secara tetap dan kelembapannya hilang 70%. Kulit, kayu, daun dan biji sekamnya mengandungi Asid Tannin. Sekamnya mengandungi 10-13% Asid Tannin.
Buah Berangan ( mentah,berkupas )
Nilai nutrisi setiap 100g (3.5oz)Tenaga = 820kJ (200kcal)
Karbohidrat = 44g
Gula = 11g
Lemak = 1.3g
Protein = 1.6g
Vitamin C = 40mg (67%)
Zat Besi = 0.94mg (8%)
Potassium = 484mg (10%)
Peratusan adalah berdasarkan nilai pemakanan USDA bagi orang dewasa.
Kaedah Memasak
Buah Berangan boleh dikupas dan dimakan mentah, tetapi ia boleh menjadi seperti pedar (pedas-tajam) terutamanya jika pelikel tidak diasingkan. Kaedah lain untuk makan adalah dengan membakar..ini tidak perlu dikupas. Sebelum membakarnya perlu dibelah sedikit supaya ia tidak menyebabkan 'letupan' kecil. Setelah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang. Kaedah penyediaan ini popular di utara China, di mana ia dimasak di dalam besen mengandungi batu arang panas.Buah berangan bolah dikeringkan dan diuli ke dalam tepung untuk membuat roti, kek, penkek atau untuk memekatkan didihan sup dan sos. Buah berangan juga boleh dimakan menjadikannya halwa, rebus, kukus, panggang atau bakar.4 kaedah asas memasak:-
Membakar
Panaskan ketuhar pada 200 C. Letakkan buah Berangan pada dulang pembakar selama 10-15 minit, atau sehingga kulitnya terbuka sedikit dan isinya mudah ditekan dengan mata pisau.
Bakar / panggang / barbeku
Masak (sentiasa gaul) di dalam kuali sederhana panas, di besi gril atau berbeku selama 10-12 minit atau sehingga kulitnya terbuka sedikit. Tidak mengapa jika kulitnya kehitaman kerana setelah dikupas hanya isinya yang dimakan.
Menggunakan gelombang mikro
Letakkan buah Berangan di dalam loyang untuk melindungi plat gelombang mikro. Masak pada 850 watt / tinggi /100% selama 2-3 minit. Lebih mudah jika masak berulang kali, berhati-hati...mulai dengan masa yang singkat untuk lebih selamat.
Merebus
Letakkan buah Berangan kedalam periuk berisi air sejuk, tutup dan panaskan hingga didih selama 10-12 minit atau sehingga isinya lembut.
Buah berangan yang masih hijau lagi |
Buah Berangan yang telah masak tapi mentah lagi.. |
Cara masak buah berangan |
Rupa Buah berangan yang telah dibuang kulitnya.. |
owhh cenggini rupenyer pokok berangan..ada ditanam di mesia ker kak? selama nie tau mkn jew..alynn n famili sgt suker eh buah berangan..lebey2 lagik cik abg alynn lau mkn buah berangan tugasnyer bukak mulut jew n ngap..ngap..besanyer alynn beli jerk xpernah lagik rajin nak masak nyer eh..hihi..
ReplyDeletemlm nanti otw lek kg beli eh kak..?
hoho, x penah lak terpikir nak bali buah berangan ni.. kalau balik kuantan sesalu singgah kat rnr genting sempah n beratur jerk orang cina jual buah nie.. huhu, cam takut jerk nak beli..... tapi cam best jerk kalau dapat makan kan.. sape nak kopekkan...?
ReplyDeletehaha..buah berangan ni ade jual kat mana-mana Jusco n RNR kat genting sempah.tp memng betul banyak org cina yg jual.makan memang senang tapi tang nak kopekkan kulit tu lah susah sikit..
ReplyDeletetdi ada beli buah berangan bom masak ge d econsave..9.90sen je 1kg..kli beli kat eaon 600g 12rgt..
ReplyDelete