Click Click!

Thursday, 8 September 2011

Serunding oh serunding


Serunding Daging
Serunding Ayam
Serunding Ikan

Lawan serunding - Ketupat Palas
Lawan serunding - Ketupat Nasi
dan juga lemang... yummy yummy yummy

Serba sedikit info tentang serunding ni..
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpitketupat nasiketupat daun palaslemang dll.Di Kelantan, serunding daging lebih dikenali sebagai 'sambal daging'. Ini kerana serunding yang masih di dalam kuali kelihatan seperti masakan sambal, lalu ianya dipanggil 'sambal daging' oleh masyarakat Melayu Kelantan.

Kak wan @ Pasar Siti Khadijah
Aku n mak mertua selalu beli serunding dekat kakak ni.Gerenti puas hati serunding yang dia jual.Kalu pegi kat pasar ni naik jer tangga level 1 kat area bhn mknan kering, akan nampaklah sorang kakak yang cun bergaya itulah tempatnyer.


Nama kedai nyer adalah MARINA @ PASAR SITI KAHDIJAH
Pasar Siti Khadijah - top view from level 1
Cantiklah view dalam kamera..cuba gi tengok baru tau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...