Click Click!

Tuesday 23 August 2011

Here Again @ Vogue Cafe

21 Ogos 2011 / 21 Ramadan 1432H
Memang bestlah makan buffet kat Vogue Cafe @  Renaissance Kuala Lumpur.. Ni masing-masing punyer menu..malas nak citer panjang tengok jer lah masing-masing berbuka makan apa..Emm emm emm...

Errkk!!! Alhamdulillah..Syukur atas nikmat makanan yang Allah SWT berikan kepada kami sekeluarga.


Wednesday 17 August 2011

Lau Kana Bainana Habib - لو كان بيننا الحبيب


لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

meanings:
If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist

Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)

Tuesday 16 August 2011

Happy 3rd Anniversary - FirLiss

Selamat Ulang tahun perkahwinan yang ketiga - 15 Ogos 2011
Alhamdulillah..sudah masuk tahun ketiga usia perkahwinan kami.. semoga rumah tangga kami diberkati Allah SWT, dimurah kan rezeki, dikurnikan kebahagiaan dan kesejahteraan buat kami sekeluarga..Amin
Selamat Ulang tahun perkahwinan yang kedua - 15 Ogos 2010

Tinggal Kenangan

Innalillahiwainna ilaihi rojiun.. Akhirnya nenek telah menghembuskan nafasnye yang terakhir di rumah emak di Sentul..Setelah lebih kurang 2 bulan abah dan emak menjaga nenek di rumah kami yang asalnya sakit akibat jatuh di bilik air rumahnya di Melaka akhirnya telah meninggal dunia pada usia 83 tahun pada 11 Ogos 2011, Khamis, jam 2.30 petang bersamaan 11 Ramadan 1432H..Arwah meninggal akibat sakit tua.. Jenazah nenek telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah Gombak..Check punyer check tarikh lahir nenek adalah pada 18 Ogos 2011 ini..tarikh ni satu kebetulan secara tidak sengaja..takdir Allah SWT..
Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada  ahli keluarga terdekat, saudara mara, sahabat handai dan jiran-jiran yang hadir di majlis tersebut..Dengan harapan dan doa yang ikhlas semoga roh nya dicucuri rahmat dan segala amalannya diberkati Allah SWT..Amin...

Tuesday 9 August 2011

Kek Batik 3 Resepi

Kek Batik 3 Resepi
Hai hai hai.. KEK BATIK 3 RESEPI.. sebenarnya ni adalah gabungan resepi yang aku amik daripada kawan2 di office. - Nadia+Iman+Aku. Kata dorang Kek Biskut Batik ni  adalah kek yang paling mudah n ringkas sangat nak disediakan..memang betul, mudah dan cepat sangat nak disediakan..kek ekspres..Cubalah
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A
i) Serbuk koko 1 cawan
ii) Milo 1 cawan
iii) Nescafe 2 sudu besar
iv) Telur 1 biji
v) Mentega 250g
vi) Susu pekat 1/2 cawan
vii) Esen Vanila 
Bahan B
- Biskut (plain) : Patah-patahkan
- Kismis +Kacang Gajus + Kacang Badam (mesin/tumbuk kasar)
- Hiasan - Coklat Cip ( tabur atas kek bile dah siap)
Cara :
- Cairkan mentega n masukkan ke semua bahan A kecuali telur, bile semua bahan tadi dah larut, baru masukkan telur n esen vanila..pastu bile dah sebati masukkan bahan B n kacau bagi rata n lastly masukkan kacang.Kacau-kacau lagi..opps lupa..masak atas api yang perlahan yea..kang hangus pulak.
- Pastu masukkan bahan tadi terus ke dalam loyang dan padat-padatkan..kat atas dia baru lah taburkan coklat cip..pastu sejukan dalam peti ais - jgn masukkan dalam frezer pulak kak oii....

Inilah rupanya bile dah dipadatkan dalam loyang, biarkan sejuk sekejap sebelum masuk dalam peti ais. Jangan lupa tutup permukaan loyang dengan aluminium foil atau plastik lutsinar tu..
Tekan-tekan kan jugak coklat cip tuu..
Kek Batik 3 Resepi : Nyam-nyam!!!
Sekadar berkongsi pengalaman dan seronoknyer bile kek yang kita buat tu menjadi..Alhamdulillah

Buka @ Tarbush Sunway Pyramid

Untuk minggu pertama di dalam bulan Ramadhan ni.. mesti punyer terasa selera nak makan kat luar..so weekend aritu, my hubby dah booking kan makan kat Tarbush..ini kali kedua kitorg mkn kat Sunway Pyramid ni..Bagi mereka yang suka makan makanan Arab so this the best place u should try...apa yang best n nak dishare kan dengan u all kat sini adalah tempat ni menarik sangat..especially menu n  rasa makanan arab nyer disamping pemandangan yang cool kat luar n view kat dalam pun amat tertarik hati untuk makan kat sini dengan hati yang tenang..best wooo!!Kalu bulan Ramadhan ni for sure lah BUFFET..so buffet kat Tarbush ni RM55net per person..sekali sekala xpelah kann..ok lets share the Matt'am Tarbush.
Tarbush Restaurant - View outside the building
Ok ni meja yang di booking.
View dari luar - boleh namapak Sunway Lagoon yang meluas ini.Tapi xde orang nak mandi time ni.
Menu Berbuka Puasa (View overall) - Penuh pinggan meja ni...xcukup amik lagi...
Appertizer lah konon...
Sedap..n puas makan nasi Arab ni..dalam pinggan ni macam2 ader..
amik sikit-skit cz nak rasa semua menu..kalu laratlah..
Bagi mereka yang gemar makan daging kambing, daging lembu & ayam

Tuesday 2 August 2011

Colmar Tropicale @ Bukit Tinggi

Sehari sebelum umat islam menunaikan rukun islam yang ketiga- puasa di bulan Ramadhan..aku dan family bercuti di Colmar Tropicale di Bukit Tinggi..perjalanan dari rumah ke sana hanya mengambil masa 45 minit sahaja..dekat jer..tapi kali ni my hubby tak dapat bersama cz dia outstation di Pahang..uhuk uhuk uhuk.so nak wat camner..rest kat sini memang ok..selain udaranyer yg nyaman dan sejuk kita berpeluang merasai keindahan alam semulajd disamping tempatnye - Colmar Tropicale...umpama kita bercuti kat ala ala Paris gittu..kat sini ader yg gi bercuti n ader jugak yg berkursus..aku pun kenal tempat ni melalui kursus yang dianjurkan oleh office dulu..dunia ni kecik..jumpe jugak office mate aku kat sini..adoi!Pemandangan yang cantik dan ade jugak tempat2 yg menarik untuk dikunjungi..spt Japanese Village..memang seronok tempat ni..jom lihat gambar-gambar kat bawah ni..boleh jugak layari website ni untuk tahu lebih lanjut lagi tempat nyer... http://www.berjayahotel.com   
Apapun bercuti disini teramatlah berbaloi-baloi...

Colmar Tropicale - ni hotelnyer 
Yang ni pula - Convention hall dia - tempat berkursus etc
Nak masuk ke dalam hotel 
Ni kat dalamnyer..cantik kan..cam ala-ala Kota Paris
Patung Knights ni ade kat dalam lobi hotel - salah satu hiasan n ciri-cirinyer
Salah satu kedai (guna token) yang ader kat setiap blok hotel ni..kalu ade anak2/budak2 emmmm terpaksa layan kan lahh..
takpe yang penting kita enjoy.
JAPANESE VILLAGE - Japanese Tea House
Tempat-tempat yg terdapat di JAPANESE VILLAGE
Pekerja di rumah Jepun tu - nak sewa costume jepun  kena charge RM20, pastu bolehlah
bergambar-gambar..kat taman yang cantik ni..
Antara pemandangan di taman tersebut..Sejuk mata memandang
Turun kat sini pulak..gi kat taman ni rasa cam merentas desa lah pulak..
so janganler ngada-ngada nak pakai high heel kat sini walaupun 1.5"..haha cam adik aku kena!!!
Ryo Zan Tei - Japanese Restaurant : Rehat jap bole minum tea jepun yang ade kat botanical garden ni
Persembahan malam - Orang makan api..shian dia, takde benda lain nak makan da..
Pastu ade show dancing-dancing pulak, abis kul 11pm, balik bilik titun ler..
Thats all..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...