Click Click!

Sunday 31 March 2013

Beyond Veggie @ PUBLIKA Solaris Dutamas

Kali ni jalan-jalan cari makan aku n Hubby tghr-ptg tadi adalah di PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS KL. Sambil tu saje-saje nak tengok apa yang ade dan menarik kat sini..Wow kat sini rasanya kalu nak bersantai n lepak memang best. tempat makan-minum best. Ikut selera masing-masing lah yea, so dah puas round n jalan-jalan perut pun rasa lapar so singgalah makan kat BEYOND VEGGIE. Kalu u all familiar dengan SECRET RECIPIES so ini adalah one of the outlet Secret Recipes yang sedang rancak meluaskan cawangannya di kwsn shopping2 complex yang bz. Setakat ni ade kat Publika, Tropicana City Mall dan TTDI Apa yang menarik menu kat Beyond Veggie ni memanglah teramat different tapi masih ade jugak persamaan dengan menu SR. So aku amat berpuas hati dan akan mencuba menu-manu yang lain kt BV, cz menu kat SR tu dah naik muak aku mengadapnye..hehehe,jgn mare! Kali ni yang lain dan semestinya best! Jom Layan. 
 
Beyond Veggie - for vegetarian foods
Cafee Latte & Macadamia Cheese - Memang sedap kek ni, rasanya kt SR xde kalu aku xsilap.
Fruit Original (serving in Hot) - Minum fruit juice ni pun sedap- yg dlm pot tu.
Red Yeast Meesua - portion mmg banyak n puas hati, kuah color merah tapi xpedas yea.
Teriyaki Soba - try lah rasa!
 Aku n hubby memang puas hati dan terbaek dari kami - 4star lah, bole? Emm Sedap!
 

Selamat Menunaikan UMRAH


Alhamdulillah. Sampai juga waktu nya buat mak dan ahli keluarga yang lain untuk menunaikan Umrah. Pemergian kali ini adalah seramai 12 orang, (29 Mac - 12 april 2013) Abah xpergi atas sebab-sebab keuzuran, tapi perancangan tu ade. Insyallah kalu diizinkan Allah SWT mungkin bulan 6 ni giliran abah pulak bersama Abangah.. Aku + Hubby? Insyallah, niat tu semestinya ade.. Sama-samalah berdoa agar apa yang dirancang dimakbulkan olehNya. Ok ni sekitar suasan masa hantar mereka-mereka ni pada 29 Mac 2013 (malam) di KLIA, sementara menantikan flight pukul 3 pagi..

L-R : Nurul, Uncle, Girl, Bibik-my aunty, Khairi,Khaliq ( Bibik 1 family). Abg Man, En Kadir, Emak, Cik Esah, Kaklong (family Kaklong - father&mother in law) dan Makwe (our grandmother)
Our Beloved Mother - Emak We Love U
Makwe
My Kaklong + Abg Man (shian Adif tak ikut)
Uncle, Bibik n Girl
My Cousins : Girl, Khairi, Nurul and Khaliq
 
Semoga urusan umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar, Semoga perjalanan mereka dalam menunaikan iabdah umrah diberkati Allah SWT, Amin
Dan juga anak-anak buahku yang sabar menunggu, tengah lapar lepas berkejaran dan berlari-larian satu KLIA.
Amru "Au laparrr"
- Amin -

Friday 29 March 2013

Kari kepala Ikan di Taman Wahyu

Kari oh Kari..
Mungkin musim makan kari pada bulan ini dan bulan lepas, my hubby bawak gi makan kat restoran Kari Kepala Ikan di Taman Wahyu Kepong. Nama Restoran ni RESTORAN E & O. Sekali pandang cam restoran cina kan, betullah ni memang  restoran cina - taukehnya yang cina.. kat sini tak tau kenapa jadi famous cz pelbagai bangsa yang makan..dan yang pastinya kari kepala ikan dan pelbagai menu makanan lain yang sememangnya sedap. So bagi sape penggemar kari, terutamanya kari kepala ikan, meh lah try dtg kat sini. pertama kali datang n try makan kat sini..pergghhh memang lah yang terbaek!!selain daripada kari kepala ikan anuar kat bangsar tu..

Ni lah restorannya RESTORAN E & O KARI KEPALA IKAN
 Yang n i alamatnye untuk memudahkan u all mencarinya.
40, 42 Jalan Sibu 8, 68100, Taman Wahyu, Batu 6, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Telephone: 03- 6257 2932 , 6257 8615
GPS : 3.21336,101.670353
Ok sememangnya kari tu pedas. Menu kami semuanya kari, dari ikan ke sotong dan ke ke ketam..sebab tu ler kari oh kariii.Jom layan, maaf atas kualiti gambar yang kurang memuaskan.
Kari Kepala Ikan, dalam ni ade tauhu dan sayur bendi. Lengkaplah. Kalu order ni n makan dgn nasi putih je dah ngam!
Kasi close up sikit gambar ikan tu. Sedap!!
dan lagi, aku transfer ikan ni dalam piring senang sikit nak makan.
Yang ni pulak Ketam kari, masa order tu ketam ni xde kuah, aku ingat kering camtu le, sekali tu datang dgn kuahnye. tapi kuah kari ketam xsama rasanya dengan kuah kari ikan yea..
Yang ni pun sama, Sotong kari masa order ingat goreng kering camtu jer, tp datang camni. All kari. Susah jugak nak bagi tumpuan pada rasa kari. so bile nak order tu tanye betul2 kat waiter tu..huhuu
Lauk yang terhidang untuk di makan - kari oh kari
Jemput makan
Jadi kesimpulan yang dapat kuberikan 4**** untuk rasa kari kepala ikan yang terbaek.. tapi ni mengikut selera aku..so kalu u alls dah try baru tau! Cuma syor aku before u all nak datang makan kat sini, seeloknya call lah dulu, especially masa ari sabtu ahad, coz pengalaman aku sebelum nk sampai tempat ni kali ketiga baru sampai cz tutup... 
Lastly tagline aku Emm SEDAP!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...