Click Click!

Monday 31 December 2012

Cuti-cuti JAKARTA-BANDUNG, Indonesia- Day 4

Aktiviti last day, selepas breakfast kami checkout dan bertolak ke Jakarta. Perjalanan melalui lebuhraya Cipularang selama +- 3jam dlm bas mmg memenatkan ditambah lagi dengan macet (jam). Sebelum ke lapangan terbang kami di bawa ke Mangga 2 untuk menghabiskan lagi baki duit rupiah yang ade, kat Mangga 2 ni mmg lah banyak benda yang dijual disini, beg-beg kulit dan macam-macam lagi semuanya ade kat sini, cuma ade duit je msti jalan...habis je kami dibawa ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.

Kedai kek dan brownies di Kartikasari, sebenarnya tempat ni kami pergi semalam di Bandung.
Dalam Kartikasari, pelbagai jenis kek roti coklat, semuanya nampak sedap, wajib singgah untuk ole-ole dari Bandung
Akhirnya..muka puas hati
 Baru cite aktiviti arini.
Sampai ke Jakarta terus makan di sini.
Salah satu Hiasan dalaman - Selero Jumbo
Pastu terus gi Mangga2 last tempat shopping before chek-in flight
Dah kat airport, nak check-in masuk ke dalam
Cam biasa menunggu lagi group 35 org kan
Lepas check-in n lepas cop imigresen Indon nak masuk ke balai menunggu flight.
Alhamdulillah, selamat berada dlm flight KLM, ni menu mkn malam - Nasi Briyani
Yang ni menu masa dtg ke Indon - Pastry Puff utk tea time
Ok setakat ni saja perkongsian pengalaman melancong di Jakarta-Bandung, Indonesia. Insyallah mungkin akan berkunjung ke sini lagi kalau diizinkan Allah swt.
-The end-

Cuti-cuti JAKARTA-BANDUNG, Indonesia- Day 3

Selesai breakfast kami bersiap untuk ke Tangkuban Perahu di daerah Lembang. Melawat kawah Gunung berapi yang masih aktif sehingga kini dan menjadi salah satu kawasan pelancongan di Bandung. best dan sejuk tempat ni. rasa macam berada di Genting Highlands. Selesai di Tangkuban Perahu kami singgah sekejap di Kebun Strawberi, tapi malang bagi kami cz bile tiba di kebunnya, buah strwberi tu habis dituai untuk dijual. xde strawberi pun, hampeh! Selesai makan tengahari  sebelah petangnya kami di bawa membeli-belah lagi di kawasan Factory Outlet di sekitar Jalan Cihamples dan Jalan Cibaduyut. Shopping lagi :) hehehe..

Perjalanan menuju ke Tangkuban Perahu
Inilah Tangkuban Perahu - Kawah Gunung berapi
Pemandangan di waktu pagi, time ni pukul 10.30 pagi
Taman Wisata Alam, Tangkuban Perahu
Gerai-gerai jualan di bawah sana
Shuttle van yang mengangkut penumpang naik dan turun ke stesen shuttle
Selepas ini kami bernagkat ke kebun strawberi, tapi strawberi nye xde. so we continued aour journey untuk makan tengahari dan ke toko 3 dan seterusnya ke factory outlets.

Toko 3 ni kedai yg jual all jeans material yang branded mcm levi's, lois,edwin n etc, dpt jugak aku beli jeans levi's kat sini.
Yang ni terminal tas thats mean kami berada di Factory Outlets, yg ni kedai jual pelbagai jenis beg.
Dalam butik ForMen - pakaian branded utk lelaki
Cik Abg tgh khusyuk membeli.
Butik ForMen dan pemandangan sepanjang jalan, banyak kedai satu hari mana cukupni nak explore!
Makan Malam di sini
Pemandangan di sekitar dpalm rest ni

Tapi kami makan hidang kat dalam jew..
 -Thats all untuk hari ni-

Cuti-cuti JAKARTA-BANDUNG, Indonesia- Day 2

Awal pagi checkout dari hotel kami menginap iaitu Hotel Gren Alia Cikini, Jakarta untuk menuju ke Bandung yg mengambil masa +-2jam melalui Lebuhraya Cipularang. Sepanjang perjalanan kami asyik memerhatikan keindahan panorama di sepanjang jalan sampai terlena jugak lah di dalam bas.
Tiba di kota Bandung, kami singgah dulu di Rumah Mode - tempat shoping yg sering diperkatakan itu.Wah bestnyer kami shoping kat sini. Kami menikmati makan tengahari di Restoren tempatan iaitu di Restoren..... Cuaca di ni berbeza dengan cuaca di Jakarta, cuaca disini lebih nyaman dan dingin. bile tiba waktu malam mmg sejuk.Selesai makan tghari kami terus check-in hotel. Kami menginap di Hotel Sunny Rosa, Bandung. Letak jer beg kami di bawa membeli-belah di Pasar Baru, tempat shopping yang menjadi tumpuan ramai; telekung, kain cotton, baju-baju n lain-lain rupa-rupanya kat sini lah syurganya. Ade 13 tingkat semuanya..Bile ikut agensi timing tu agak rushing le kan so kena cepat dan punctual.
Menung jap, tgh pikir nak beli apa yea..
First tempat yang kitorag pergi Fashion World pas tu menyusuri jalan.memg banyak kedai2 di kiri kanan jalan.
Rumah Mode yang sering diperkatakan.
Water Feature dekat Rumah Mode
Lepas makan tengahri kami check in pulak dekat Hotel Sunny Rosa

View dlm bilik, bile tgk bilik terasa nak baring jer tapi xleh cz pasni gi ke Pasar Baru - tempat shoping lagi
View dari kaki lima bilik kami
View kat lua
Di Pasar Baru kami tidak digalakkan membawa beg / banyak barang so kamera xbawak, cz risaukan pick pocket kat sana. iyelah tempat orang ramai, mcm mcm perkara boleh berlaku,so kami just bawak diri n duit jer. Untuk shoping disana. Dah terbayang dah telekung, kain cotton, bla bla bla...
Makan malam di Sindang Reret Hotel & Restaurant
Pemandangan kat luar Sindang Reret
Pelayan Sindang Reret
Menu masakan Sundar
Selepas makan
Kedai kat dalam SR
Sempat berposing sebelum keluar untuk balik ke hotel.
 -The ends for the second day-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...