Click Click!

Monday 29 April 2013

Kari Kepala Ikan kat E&O lagi..Happy Birthday

Sabtu lalu makan lagi Kari Kepala Ikan di Restoran E&O Taman Wahyu,(cite pasal kari kepala ikan E&O ni dah pernah cite details dlm entry bulan Mac 2013) pergi kali ni bawak adik beradik untuk try rasa kari ikan tersebut..Tapi yang hadir KLAM je..yang lain tu dapat joined waktu malam di kondo kaklong.. Actually lunch kt sini sekali dengan nak mencelebrate my birthday n  my hubby yang tertunda dari 11 dan 13 April yang lalu.. so inilah masanya.
Kari Kepala Ikan Famous E&O Taman Wahyu - clear sikit daripada pic aritu
With keropok
Ayam Goreng berempah
Sayur Kobis Salad yang mengiurkan, memng sedap!
Sayur Kobis Salad - kasi close up sikit
 
Just a simple celebration, Malam tu buat acara kopitiam di rumah kaklong n makan kek sempena our birthday - HAPPY BIRTHDAY TO FIRLISS
New York Cheese Cake - Secret Recipes
 -Ends-

Thursday 25 April 2013

Restoran Kengsom - Thai Foods

Minggu lepas balik kampung di Kota Bharu Kelantan.. Dugaan tuhan kt sana, cuaca sungguhlah panas. Tapi aktiviti berjalan macam biasa, 3H4M kat sana aktiviti yang kami buat adalah JJCM. tak nak nyusah mak mentua masak-masak untuk kami, so banyak makan kat luar kecuali pagi Jumaat tu je mak mentua teringan nak buat nasi kerabu sambal tumis..whoaaa my favourite..kali ni xde pantang2 nasi dah bile balik kat sini coz siang malam pagi petang semuanya nasiiii jer.. Huhu actually nak kongsi cite pasal Restoran Kengsom. Hmm makan dekat sini sungguh puas hati. Local Thai food dia  memang berasa sangat. Tak sia-sia kalu u all try and wajib singgah kalu nak makan masakan thai dalam suasana sejuk(aircond) dan nyaman (xbz) cz masa ni pergi time lunch..panehhh tuu!

Keng Som Restoran,  Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Kudapan - kacang dan ikan bilis, sebelum order tu waiter tu akan letak le ni, ingatkan free tapi kena caj RM2 sepiring, kalu kita makan, padahal kat luar sebungkus baru bape jer, banyak lak tu..huhu
Menu makan tengahari kami, Emmm
Tom Yam Ayam (Small:RM8) ade 2 jenis kuah putih /merah
Kailan Sos Tiram (Small:RM6)

Asparagus Sos Tiram (Small:RM8) bukan asparaguswhite yea..hihi

Ayam Mongolia (Small: RM8) yg ni mmg sedap kalu kita makan camtu jer.cz kalu dgn nasi agak muak sikit. SEDAP TAU
Chinesse tea - air penyejuk badan (cold/hot) RM1
Total semua kami makan adalah RM37.50. Alhamdulillah kenyang dan lazat. Terima kasih kepada En Hubby kerana membawa Pn Wifey JJCM kat tempat2 yg best..hohoho sayang En Hubby ku..
Kami sallute 4**** untuk Kengsom Thai Restaurant
 

Tuesday 2 April 2013

Cuti-cuti di LEGOLAND, Johor

Here I Come ! LEGOLAND, Nusajaya, Johor DT
Entry bulan ni nak kongsi pengalaman yang menceriakan di LEGOLAND, Nusajaya Johor. Sejak Legoland ni dibuka akhirnya kami berpeluang untuk menjejakkan kaki di sana. (sebenarnya Legoland ni kami pergi masa 9Mac yang lalu,lambat nak upload atas sebab-sebab tertentu) Masa otw ke sini kami bermalam di Melaka (kampung halaman) dan esoknya pagi-pagi kami menyambung perjalanan kami ke JB. Tiap kali lalu highway PLUS ni kelajuan kereta haruslah dipatuhi cz speed track banyak sangat. Ade jer Polis yang melakukan kerjanya, tau-tau ade kat celah rimbunan pokok2, hehe nak buat camner dah tugasan merekakan.Ok kembali cerita pasal Legoland ni..Untuk ke legoland ni exit tol nye adalah Nusajaya. Agak sukar jugak untuk sampai ke sini cz signaboard ke LEGOLAND tu teramatlah kurang. Tapi sampai jugak lah kami. Jom kita bercerita sambil tgk gambar yg sempat di snap.

Bile dah masuk jangan lupa amik phamplet ni as your guideline ok.
First hiasan lego dengan Gong Xi Fa Cai - cantik dan kreatif sungguh
Project X - Naik jangan xnaik, gerun n seram jugak le naik benda ni.tapi yg ni replika utk photo shoot.
Yang ni baru real, tinggikan - Project X

AQUAZONE Waveracers
Seronok, nampak simple tapi laju.
Yang ni Technic Twister - adoi pening pala..

Lego Academy
Game ni sendiri naikkan n lepas untuk turun - manual.
Signage LEGOLAND

Remote Control Boat - ahh seronoknya bawak bot

Yang ni pulak driving class utk children sahaja - Junior Driving School
Royal Joust - Knight tunggang kuda
Merlin Challenge - pusing2 jugak
Childrens Show at Lego City Stage - kena check time show dulu.
Rehat dan makan dulu kemudian sambung balik pengembaraan.
Sempat Bergambar dengan mascot dragon ni.
Miniland - very creative and awesome! ada 17 rekaan dari negara Asia. (KLIA, Putrajaya, KL, JB, Spore, India, Myanmar, China, Laos, Pirate, Brunei, Philippines, Indon, Vietnam, Cambodia, Thai, Port Tanjung Pelepas)

Build and Test
Kesimpulannya, Legoland ni seronok untuk budak-budak cz kebanyakkan game yang disediakan mmg  bebudak, masih xbole kalahkan lagi USS - Singapore. Dan juga Legoland ni masih ade lagi pembinaan bangunan bertujuan utk memberi keselesaan kepada pengunjung.Tapi walaubagaimanapun aku bangga lah jugak cz Malaysia ade Legoland. Cayalah!
Cenderamata yang di beli - Food Container & Keychain, jangan terkejut ye dengan harga,walaupun kecil n cute harganya agak mahal lah jugak.
Sebagai kenang-kenangan.
- TamaT -

Update Chawan at Bangsar

Tiada apa yang nak dituliskan..just nak update menu Chawan @ Bangsar, cz yang ni dah pernah masuk n3 11/10/2011,  2 tahun lalu.
Assam Laksa
Wanton Noddle Soup
Teh Tarik
 Itu je. saje nak upload, bulan ni nak bagi report n3 banyak2. Thats all.

Monday 1 April 2013

Kidzania - Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah seminggu ni, anak-anak buah beraktiviti di KIDZANIA Kuala Lumpur. Seronok bile melihat Abas, Adif dan Sumaiyah (nick name - Sum) membuat aktiviti kat sana. 
(Actually aku tak pergi pun just tgk gambar n  tolong upload kan dalam entry blog ni, tapi aku yang shore kan tempat ni untuk anak-anak buahku - baby sitter utk dorang ni of coz le mama Adif - Kaklong n makcik dia - Mama Ika) Memang bagus untuk perkembangan budak-budak cz aktiviti kat sini memberi peluang kepada anak-anak untuk mencuba realiti bidang pekerjaan dan juga menambah keyakinan dalam diri mereka untuk berinteraksi dengan dunia luar. Memang berbaloi bagi u all yang ade anak..seeloknya umur budak untuk join ni biarlah 5 tahun cz reti sikit nak main..hehe. yang paling seronok kat sini of coz le bebudak ni, baby sitter just pandu arah je n jadi penonton bile dorang2 ni beraksi. So before u alls bawak anak-anak betterlah buat survey dulu dengan melayari : www.kidzania.com.my

KIDZANIA
3 bersaudara sebelum nak masuk - booking time pukul 4pm
Duit dah kt tangan tu, apa lagi jom belanja
Perjalanan aktiviti pun bermula ...

Khusyuk mendengar taklimat dari pegawai perubatan
Giliran mereka menjadi pegawai perubatan.
Membuat Sushi
Nak buat Sushi, penat buat dapat le upah makan sushi yang dorang buat. siap pakai shower cap lagi.yg duduk tu Abas
Briefing : Casting untuk berlakon teater di pentas - excited
Sedang berlakon - Adif Abas n Sum pelakon teater
Bersiap dgn uniform utk menyediakan coklat di Kilang Cadbury Dairy Milk
Menunggu giliran untuk belajar mengisi minyak kereta - BHP Station
Isi minyak kereta
Tengah bersiap untuk briefing menjadi PILOT
Sedang mendengar taklimat untuk jadi PILOT-Air Asia, Cute bile beruniform
Dalam Fire Bridget Car - berangan nak jadi bomba abas tu
Fire Station - fire fighters
Memadamkan kebakaran di Hotel Kidzania
Nak jadi TNB workers
nak membetulkan lampu jalan
Sum tgh betulkan lampu jalan


Ye berjaya!!
Ai ai ..
 - tamat -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...