Click Click!

Tuesday 5 May 2015

JJCM IPOH - Breakfast @ Restoran New Hollywood & Lunch @ Restoran nasi Vanggey

Alhamdulillah cuti 4 hari sempena Hari Pekerja dan Wesak kami berJJCM kat Ipoh dan Taiping. Sayang kalu cuti 4 hari ni tak dibuat program. Jadi kami (7 adults + 3 kids = 2 cars) telah merancang awal bulan 4 lalu untuk kesana. Seperi biasa rakyat Malaysia asalkan cuti jer jalan raya mahupun highway sure jem giler..so toksah lah nak complaints jem jem jem, bukan kita sorang jer yang nak gi jalan..Jadi perjalanan yang bijak dan berhikmah perlulah dibuat.
Bertolak sepagi dalam pukul 5.00 pagi (memang dah tahu dah time ni pun JEM + berhenti RNR) dan kami tiba ke Ipoh +-8.30am terus mencari sarapan pagi di Restoran New Hollywood. Ideally kedai makan ni mmg korg tgk kedai makan Cina. Tapi kat dalamnya penuh berbilang bangsa. Sebelum ke sini pun survey memang dah dibuat, direcomendkan oleh blogger2 yang lain juga dan kata semuanya TERBAEK. So inilah peluang merealisasikan untuk aku try taste n bagi rate  JJCM  di Restoran New Hollywood.
asparaguswhite.blogspot.com
Restoran New Hollywood Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, Ipoh. Waktu Perniagaan: 7am-4pm (tutup setiap Isnin) GPS : 4.602156,101.109054
 Ha inilah restoran tu. Betul tak? memang kedai makan Cina dan yang owner pun Bangsa Cina yang menyediakan Halal Food. Masyarakat majmuk makan kat sini sejak dulu sampai la sekarang. Dan yg pastinya tempat ni mmg senantiasa ramai.Jom kita ke  menu dia yang famous n sedap.
asparaguswhite.blogspot.com
ROTI GOYANG - ini bfast Famous kat sini yg korang should try. Jgn lupa jugak korang kene try KOPI O dia yang KawKaw!! dan jugak air TEH O dia (rasa teh O bunga) SEDAP!!
asparaguswhite.blogspot.com
CHEE CHONG FUN memang terbaek dan sedap. Memula aku order untuk try taste pastu order kali kedua cz inilah Chee Chong fun yang paling sedap aku rasa. Harga RM4.00 dan ade 2 jenis CCF Ayam dan CCF Udang - aku try 2 2  sekali mmg SEDAP. Korang datang sini jangan lupa ok menu ni.
asparaguswhite.blogspot.com
Yang ni pulak KUAY TEOW GORENG - Goreng garing n sedap Harga RM4.50
asparaguswhite.blogspot.com
MEE WANTAN UDANG dia pun okla..yang ni pun aku try. Ade jugak Wantan Ayam. Harga RM4.00
asparaguswhite.blogspot.com
Bagi Close up sikit kat korang - sebab dia sedap aku letak lagi sekali gambar CCFun ni. Boleh percaya kalau aku kata SEDAP. (bagi penggemar CCFun dan seleranya mcm aku)
Selain daripada gambar menu yang diatas itu ade jugak menu yang lain kami order seperti ROTI CANAI yang lembut dan garing dan NASI LEMAK BUNGKUS RM1, AMERICAN BREAKFAST (Roti bakar + chicken slice, baked beans, Hotdog dan telur) untuk menu Western. Gambar ni xdan aku nak amik cz anak buah dah lapar terus ngap dah kocahkan dulu so xsanteklah hidangan itu utk amik gambar.
In Sha Allah sekiranya kami berkunjung lagi ke Ipoh, sure n confirm kami akan singgah disini untuk menikmatinya lagi. Rate kami 3 1/2 star. JJCM @ Restoran New Hollywood.
- Jalan-jalan kat Ipoh -
Lepas jer makan kami bersiar-siar dan berjalan ke Bandar Ipoh. Singgah bergambar di Bangunan KTM Ipoh dan melihat-lihat lukisan dinding yang dilukis oleh persatuan artis seni  yang berbakat.
asparaguswhite.blogspot.com
Sekitar lukisan dinding. Cantik tapi sayang tak terjaga. Perlu ada pemuliharaan dan pembaikan.
.
asparaguswhite.blogspot.com
7 Wonder Walls - cari benda ni macam main Tresure Hunt pulak. Dah lah panas tapi kami enjoy habis blok-blok bangunan rumah kedai lama kami redah dalam keadaan penat dan berpeluh-peluh
asparaguswhite.blogspot.com
7 Wonder Walls - tapi kami dapat cari 6saje. cz yang ke6 iaitu trishaw kami xjumpela.. Antara 7 wonder walls ni aku suka yang gambar Kopi Bungkus Ikat Tepi tu. Nampak real.
 Sedar tak sedar dah pukul 2.00pm lebih dah. Patut lah terasa lapar perut ni. So misi seterusnya jugak mencari tempat makan famous iaitu NASI VANGGEY. Konon nak pergi kat tempat origin nya iaitu terletak di tepi jalan dalam restoran makan Cina. Tapi bile tgk line que nya yg panjang wpun dah pukul 2 lebih xjadi hasrat - pergi ke branchnya yang berdekatan situ jugak.
Yang ni mmg Restoran Vanggey Baru..aka Nasi Ganja
asparaguswhite.blogspot.com

asparaguswhite.blogspot.com
Restoran Nasi Vanggey, Green Town Ipoh. Kat KL pun dah ade branch dia. Follow lah FB dia.
asparaguswhite.blogspot.com
Nasi Vanggey (Nasi mari) - aku tanya jugak kat ane tu, apa tu nasi Vanggey? Nasi putih + ayam Vanggey (ayam ni rupanya ayam Vanggey memng sedap) + kuah campur mcm kandar stail + sambal kelapa pedas masam2 + timun + extra lauk yg korang nak.
asparaguswhite.blogspot.com
NASI VANGGEY + Lauk yg menjadi pilihan korang.
asparaguswhite.blogspot.com
Kalu xnk amik ayam, amik lauk yg lain mcm sotong pun sedap.
 Berselera kami semua makan, licin beb. Restoran Vanggey memang betul terbaek!!! 
Star rate kami 3 1/2 bintang. U all should try.
Lepas nak pegi mana yea? Oleh kerana seawalnya tiba dari KL direct ke Ipoh kami memang tak check in lagi so kami memutuskan untuk balik ke Taiping (Homestay di Taman Expo Kamunting ) utk berehat dan refresh kan diri masing-masing sebelum acara berjalan malam nya pulak..
so to be continued - 2nd day Taiping
- the ends -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...