Click Click!

Wednesday 31 December 2014

Cuti di Bandung kali ke2 (20-24 Dis 2014)

Alhamdulillah sebagai penutup tirai untuk tahun 2014 kami sekeluarga dapat bercuti di Bandung buat kali ke2. Ahli keluarga yang sejumlah 9dewasa + 1kanak-kanak akhirnya memilih destinasi Bandung untuk bercuti dan beli-belah. Ketiadaan keluarga abangah untuk rombongan kali ni kerana mereka baru sahaja pulang bercuti dari Bukit Tinggi Indonesia - office trip. Memandang kan entry cuti-cuti yg terdahulu aku ade citer pasal Bandung lebih kurang details kali ni just short n simple. Bercuti kali ni diuruskan kami sendiri,kira pergi without agent. Kami direct berurusan dengan orang di sana dalam menguruskan persiapan kami. Ok just check out through picture.
Inilah rombongan kami anak beranak, kali ni syuazi, my mother n my grandma - makwe ikut sama. At KLIA flight kami MAS pukul 8.30pm dan akan mendarat di Airport Jakarta. Di sana sudah ade yg menunggu utk di bawa kami ke Bandung. Rest n relaxkan badan untuk aktiviti esok hari.
Aktiviti shopping di tempat kunjungan wajib Pasar Baru - kami ke sini 2kali. Sekitar kerenah di Pasar Baru. Makwe sampai dok di tepi tangga sementara menunggu turn yag lain utk mbeli kerepek dan snacks. Beli kain lace, telekung, baju-baju, kasut, beg kat sini murah.Jgn lupa tawar-menawar sampai puas hati.
Gerai jalanan yang menjual Pisang Keju, Fenomena pisang keju di Bandung ni mmg dah lama. Kita kat Malaysia baru tahun ni - Pisang Goreng Cheese. Tapi kat sini pisang kejunya lain,u all should try. Alhamdulillah mkan mknn di tepi jalan ni masing masing xsakit perut.
 Aktiviti ni aku share tidak mengikut turutan hari yea, just picture story telling saja yea. Lupa lawatan kami ni mengambil selama 5H4M (20 -24/12/14). Selain tempat membeli belah yang kami kunjungi seperti Pasar Baru, Rumah Mode, FOS Factory Outlet, Paris Van Java Mall dan lain-lain lagi turut juga berkunjung di kawah gunung berapi - Tangkuban Perahu dan Kawah Putih.
Sekitar aktiviti di Tangkuban Perahu. Cer try rasa teh bandrek (teh halia + lada hitam) Kawah Ratu adalah kawah yang terbesar yang boleh dilihat dekat dari arah situ. Topi merah itu adalah tour guide kami yang baik budi dan servisnya - Pak Agung, terbaek!
Singgah di Floating Market utk singgah merasa makanan di sekitar Bandung. Tempat yang cantek dan unik,di mana makanan disediakan dan dijual di dalam perahu. Nak beli kena tukar duit kita dan gunakan coins yang diberi sebagai exchange. Ikan kt kolam mak aihh gemukgemuk.Masuk ke dlam ni di sambut dengan Welcome Drinks yang menghangatkan badan sekejap.
Singgah di Kawah Putih yang kelihatan seperti tasek air panas yang besar. Di Tangkuban Perahu kita tak bole turun ke bawah tetapi di Kawah Putih boleh turun n dimestikan pakai penutup mulut bagi mereka yang tak tahan bau sulfur. Bole jugak aku celup celup kan kaki but no swimming haaa...Sepanjang perjalanan teramatlah cantik alam ciptaan Allah SWT. it looks like Cameron Highland cz pemandangan landang teh dan kebun sayur di laman rumah sahaja.
Inilah kenderaan yang akan bawak naik ke atas..hihi mcm2 pengalaman. Masa naik punyerlah sistematik pakai kad lagi mcm kita naik Star LRT, tapi bile nak turun,Hampeh! Berebut-rebut. xsangka selama ni tgk kt TV kali ni experience sendiri hahaha - insta #azahlizz

Pakai mask, nasib baik dah siap bawak dari rumah. sape yang ade asma mcm aku,huhu memang terpaksa pamlah ventolin tu. Tempat cantek tapi tak leh dok lelama cz udaranya yang xbagus utk kesihatan.

Malamnya singgah makan di Restoran Belacan, kikiki unik sikit namanya tapi deco hiasannya mmg class n best. kalu weekend sini siap ade liveband, tapi kami xsempat peluang tu cz katanya baru je semalam band nya. Makanan ok n harga pun ok ala ala harga Secet Recipes or Vivo gitu. Aku try Nasi Goreng kambing dlm gambar tu. Yg teko tu tea jasmin. Makwe kita tu depan air color-color..
Saje nak tunjuk roti bentuk buah koko ni at Bread Life. insta #azahlizz
Warung Misbar ni pak Agung bawa kami untuk lunch. Sambil makan sambil nonton katanya. Iye bile masuk dalam ni mmg suasananya lain. Disiarkan movie  cite-cite Indon yang lama untuk ditonton dan santai. Cantek. Diorang ni mmg pandai dan bersungguh kalau menghias kedai mkan diorang.

Sempat bergambar kat future wall dengan gambar retis lama. Ingat artis Suzanna - movie Sundel Bolong

last sekali - sudah sampai Malaysia tanah Airku Tercinta
 So setakat ini sebagai penutup cerita Cuti di Bandung Kali ke2 dan penutup tirai untuk tahun 2014. Tanya tiap seorang ahli semuanya kata ingin berkunjung lagi di samping seronok untuk membeli-belah dan tempatnya mudah bagi kita orang Malaysia. Makan minum pun ok cz Bandung 90% adalah beragama Islam. Terima Kasih yang tak terhingga kepada Pak Agung as our tour guide kami yang sedia melayan karenah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat kami sekeluarga. We all Miss U Pak Agung..
So emak saya cakap dia nak pergi lagi..hihihi soo kena kumpul duit lagi for next year.
sori kalu tersalah info dan maklumat.
-the ends-
 #Cuti-cuti Jakarta-Bandung day 1-4

Thursday 18 December 2014

Air Kelapa Aiskrim di Restoran Sapuroh KB

Hi Hi Hi...Just nak share dgn u oll pasal AIR KELAPA AISKRIM ni.Bile berkunjung di Kota Bharu carilah Restoran Sapuroh in front of Wisma Persekutuan Jalan Bayam, KB. Sapuroh ni menyediakan masakan  makanan melayu dan makanan Thai. Research kt blog blog lain banyak yg kata kedai makan ni okay n SEDAP! Tapi for me baru jer menTRY air kelapa ni..n of coz sedap. Cz time ni perut dah kenyang cz makan tghari tadi sebabb itu ini minum petang sahaja untuk aku..

Ni lah rupa air kelapa itu. Siap ade bunga kekwa lagi ko. Dalam kelapa ni diletak air kelapa + aiskrim + parutan isi kelapa + kacang n coklat rice + ceri + pulut hijau
Ok ni isi di dalam buah kelapa yang sudap siap diparut. Senang nak makan.
Air Kelapa Aiskrim di Restoran Sapuroh KB
 In Sha Allah kalu aku try menu yang lain aku akan mengupdate kan dalam blog ni.. 
So far 4**** utk air yang ok n SEDAP!!
-the ends-

Nasi Sup Tepi Lido KB Kelantan

As Salam semua, kali ni citer pulak makan nasi sup. Selalunya yang simple dan ringkas tu mesti sedapkan. Dah berhari di KB ni terasa muak pulak dengan nasi berlauk, pegi sana sini nasi berlauk, tiap daerah semuanya ade, nak nasi berlauk ikan, ayam, semuanya ade. Tapi bile balik KL pulak lain pulak citernya,,menggelabah lah pulak cari nasi berlauk cz bosan pulak dgn nasi lemak sini sana..kikikiki apalah aku ni..makan punyer citer..Ok pendekkan citer lagi, hari ni try nak makan nasi sup yang terletak di :
LIDO CORNER
Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

 Ni rupanya kedai itu. (Credit TQVM - Gambar dari http://kedaimakankelantan.blogspot.com bole singgah kat blog ni cz banyak citer n info pasal kedai makan yang best di negeri Kelantan)
Nasi putih + sayur taugeh + sup daging campur + daging bakar = SEDAP
Lauk tghr yang simple begini dah cukup buat korang berselera makan dan semestinya sedap dan kenyang. Ditambah lagi tempatnya yang bersesak dan panas..hmm korang rasalah. Mungkin tu yang buat tambah selera. Bile aku makan kat dalam khemah tu dah rasa cam makan kenduri kawin kat kampung cz susunan meja yang disusun street gitu..Konsep layan diri yea kalu nak try nasi sup di kedai ni. Selain daging bakar ade jugak ayam bakar dan juga kari ikan. Orang memang ramai, nak nak lagi datang time lunch hour staff yang bekerja. Aku datang dlm pukul 2.30 lbih pun masih ramai lagi staf yang dok makan tapi xbersesak la masa aku usha pukul 1.00tghri tadi perghh padat ko...

Aku tgk ayam bakar tu teringin lak..so tambah lagi satu menu Ayam Bakar
Nasi Sup Daging Bakar, makan apa apa makanan panas mesti sedap punyer..hihi tapi memang panasla.
 So U all should try, kalu singgah di KB JJCM lah dekat sini. Tak rugi dan gerenti puas hati dengan makananya. Customer servicenya..errkkkkk tak berapa nak ok. tahulah pelanggan ramai tapi..
Cubalah SENYUM..
*First timer oklah..*

Saturday 13 December 2014

Sengkuang Kacang aka Sengkuang Calit Sos Dolu-dolu

Salam bersiaran asparaguswhite ucapkan..hihihi..kali ni just nak share dengan cite pasal sengkuang kacang (i panggil ni) aka sengkuang calit. Teringat zaman kanak-kanak sekolah dolu.. Aku + adik beradik n emak suka sangat makan sengkuang kacang ni..sampai ke hari ni pun memang kami suka n kalu makan tu sekali hadap jer.. Dulu sengkuang ni jual RM0.20 je sekeping, tapi sekarang ni sekeping RM1.50 - RM2.00 ikut saiz sengkuang lak tu. Terpaksa akur cz peredaran masa kan.Sengkuang yang sedap sangat kami makan adalh sengkuang yang dijual oleh Arwah Cik Enon jiran n kawan emak dekat area uma emak. Sedap sangat dia buat n sos dan kacang yang ditabur atas sengkuang tu mmg banyak..beli RM2.00 puas kami makn anak beranak. Arwah Cik Enon tak kedekut hihihi  (alfatihah buatnya..Amin)
Minat makan sengkuang pastu terus terhenti disebabkan ntah peredaran zaman, sengkuang ni dilupakan suatu ketika...ale ale sengkuang calit ni ade je kat mana-mana n senang pulak nak mendapatkannya. Samada u all beli yg dah siap ade atau beli sos + sengkuang + kacang buat sendiri kat umah n makan lah sepuasnya.. Sekarang ni sos sengkuang ni banyak dan mudah dicari, nak nak lagi ramai bumiputera yang menjualnya.
Diantara Sos yang aku nak kongsikan bersama ini adalah SOS SENGKUANG DOLU-DOLU keluaran LEGACY PREMIUM FOOD INDUSTRY. Apa yang bagusnya adalah ia HALAL n keluaran bumiputera. so kali ni dah kena dengan selera aku sekaligus minat makan sengkuang kacang ni pun bermulalah...hihihi. Selain rasa sos yang ok dan sedap, Entahlah mungkin sebab namanya  SOS SENGKUANG DOLU-DOLU mengimbas kenangan nostalgia aku di zaman kanak-kanak..

Sengkuang Kacang #sossengkuangdoludolu
Aku beli ni masa kat MAHA2014, kalu nak dapat stok ni u all just taip saje lah kat CIK GOOGLE for sure ramai pengedarnya. Selamat Merasa yea.. 4**** dari aku peminat sengkuang kacang.

Selamat menikmati
Beli sos ni n buat makan sendiri dirumah sambil tengok TV, nak nak lagi sengkuang tu sejuk baru kua dari peti ais. Sambil calit sambil makan dan tengok TV, perghh heaven rasanya.. Alhamdulillah.
- the ends -

Popiah Stadium Sultan Muhammad IV KB

As Salam semua,.. Alhamdulillah selamat sampai di KB, Kelantan jam 11.00pagi tadi..balik ke hometown suami lah katakan.. Setelah puas berehat dan makan n buat apa apa yang patut petang tu terasa free lak, apalagi jom kuar JJCM. Kali ni minum petang di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bahru. Kita makan POPIAH STADIUM. Ramai cakap popiah kat sini best n sedap. Actually ni bukan lah kali pertama aku merasa makan popiah stadium ni, xsilap ni kali kedua. N buat pengetahuan popiah stadium ni feveret En Hubby. Memang dia menikmati makan popiah stadium ni. Jom scroll down bawah.
Pandangan jauh gerai POPIA STADIUM, orang ramai jer, meja makan tu bole dikatakan bertukar tukar pelanggannya.
asparaguswhite.blogspot.com
Bile masuk jer, terpampanglah menu yang dijual di gerai ni.Gerai ni so n so lah tapi ramai orang dtg mkn popiah stadium ni. 
Antara menu popular yang sering di order oleh pelanggan adalah 
ROJAK JAWA RM2.50 / ROJAK JAWA = 2 POPIA RM4.00 / ROJAK MEE RM2.50 / ROJAK MEE + 2 POPIA RM4.00 / EACH POPIA RM0.70
So bagi penggemar popiah goreng cenggini bolelah berkunjung ke gerai ni.

dan semestinya korang kene order air soya botol VITAMILK ni, tis one from Thailand. ala soya dia pekat rasa cam VSoy gitu. Hmm tapi air soya ni aku suka. Sedap!!
HA TU DIAAA.... ROJAK JAWA + 2POPIAH
asparaguswhite.blogspot.com
Kasi Zoom dekat sikit.
asparaguswhite.blogspot.com
Dan lagi.. kalu tengok cam nampak kembang je yea? Hahaha tapi itulah dia gabungan rojak jawa + popiah + keropok
asparaguswhite.blogspot.com
Dan untuk tatapan u all. Rojak tu adalah sayur kangkung, nenas, sengkuang dan taugeh. disirami dengan kuah sos pencicah popia dan keropok membangkitkan selera. Sory tak sempat nak selak isi dalam tu.
asparaguswhite.blogspot.com
dan buat tatapan terakhir..POPIA STADIUM
Bile dah tengok cenggini apa yang u all rasa.. sure nak try kan? so kalau singgah di Stadium Muhammad IV jangan lupa singgah makan dan merasa popiah stadium ni. En Hubby makan sampai 2 pinggan yea.. Popah stadium ni memang rasa lain bile di makan bercampur dengn rojak jawa tu. Terpulang pada selera masing-masing, bagi penggemar popiah mungkin u all ade citarasa sendiri tapi bagi aku yang so n so dengan popiah aku rasa bolehlah...3*** saja dari aku.. tapi buat En Hubby thumbs up!!!
Selamat Mencuba Popiah Stadium..
p/s : untung untung manalah tau bole terserempak n ternampak THE RED WARRIORS, ekekeke
- the ends -

Tuesday 2 December 2014

Roti Banjir Special di Selangor Mansion @ Jln Masjid India

Bangun pagi hari Ahad yang lalu tanpa dirancang, terus ke Jalan Masjid India dalam pukul 8.00pagi untuk menikmati Roti Banjir Special yang selalu En Hubby dok kata. Pagi Ahad aku tido di rumah my sis Asyura sabtu malam. Eloklah katanya kita breakfast diluar dan try pekena roti banjir ni. Actually kedai ni mmg dah lama giler bertapak kt situ. Masa arwah abah kije dulu pun dia ade gak pekene roti banjir ni, perghh lamanya kan. Jom kita try roti banjir yang sering menjadi igauan En Hubby ni.
Teh tarik n milo pelengkap utk roti banjir
www.asparaguswhite.blogspot.com
ROTI BANJIR SPECIAL ni lah rupanya, Hmmm roti canai kosong + 2 half boiled egg + kuah dal + sambal, Photoshoot gambar ni xbrape nak jadi lah. mesti korang tgk cam xbest n cam xsedap jer, tapi seriously cubalah korang rasa. Tapi bagi mereka yang suka makan telur separuh masak ler. bagi mereka yang xmkn telor cenggitu memang xsyoklah.

Alhamdulillah, nasib baik aku layan. Lazat!!!
Mansion Tea Stall ni bukan sekadar jualni saje, ade menu roti yang lain jugak ye. Cuma Roti Banjir ni signature dia. Tghari ade juga jual nasi beriani n so on..so inilah rupa kedai kopinyer..ok
Kedai ni terletak di Bangunan Selangor Mansion. Terletak dekat belakang Jalan Masjid India, dekat area jambatn sungai.
Mansion Tea Stall
(Al Amnah Restaurant)
No. 2 Ground Floor, Selangor Mansion
Jalan Masjid India, Kuala Lumpur
Coordinates: 3°9’7″N 101°41’50″E 
Thanks n credit to  www.foodpoi.com for the address n coordinates, for better/nice image to make u feel hungry ;
http://www.foodpoi.com/2011/11/mansion-tea-stall-roti-canai-special-formerly-al-amnah-restoran-masjid-india/ 

Papa Johns Pizza at IOI Mall Puchong

Salam berentri, kali ni sekadar mengisi masa lapang di office. Tak tahu nak buat apa time ni n untuk ilangkan ngatuk aku pun bukalah blog yang lama tak di update ni..asal haaa..
Ok kali ni bercerita sikit pasal pizza. Pizza Hut, Dominos, San Fransisco pizza aku dah pernah n byk kali try mkn. tu tak kira lagi restoran yg bukan menu utama dia pizza tapi ade jugak pizza dalam menu nya. So kali ni Papa John Pizza. Tip kalu nak bagi makanan xsedap jadi habis n sedap adalah makan bile tahap lapar gile. Tahap perut tu berkeroncong..perghh mesti abis nyer.hihihihi..kebetulan singgah ke Puchong nak gi lah kedai korea wallpaper itu, tapi perut kami suami isteri lapar so isi perutlah dulu..krg lapar punyer pasal ntah apa2 corak pattern wallpaper krg aku amik..nyesal xguna pulak. 
please Buka website dia utk details menu ok.

Kalu tengok mknn dalam menu ni, semuanya nampak sedap. Photoshoot punyer impak. kalu yg real punyer tak tahulah camner, cz selalu tertipu bile tgk gambar dahlah time tgh lapar tahap gaban ni.

ha tu dia.. sib baik seperti yg digambarkan di dalam catalog menu itu. CLASSIC PIZZA : SUPER PAPA Nampak crispy tak, Ni saiz small yea.Disebabkan first time mkn Papa John ni aku pilih yg best recomended jer..pilihan yang bijak supaya tak menyesal, Sedap makan n xrugi membayarnya.
Pasta : Baked Chicken Royale, ni pun kenyang dan sedap. Mkn panas-panas sedap beb pastu share share dgn En Hubby apalagi memang licin.
BEEF BITS CHEESESTICKS - nampak simple tapi crispy n sedap lah sangat, ker sedap sebab aku tgh lapar???
 Alhamdulillah, 3 menu ni dah buat kami kenyang. Sori terlupa nak snap gambar drinks yang kami oder iaitu Hot Chocolate dan Mocha. Simple. So u all should try these pizza - PAPA JOHNS PIZZA
bersepah cawangan nya so tak la susah sangat mencarinya.. Delivery Menu pun ado.
So how many stars? aku bagi 3 1/2 stars bole lah yea..Lazat!
 - the ends -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...