Click Click!

Friday 22 February 2013

Jai Island Cafe at Langkawi

Kalu jalan-jalan ke pekan Kuah di Langkawi tu jangan lupa singgah makan kat sini. Restoren yang semestinya membuatkan anda teruja dengan menu masakannya - dari masakan local ke western semestinya tidak menghampakan anda. Harganya boleh lah tak murah n tak mahal, tp teramat puas hati cz kuantiti yang banyak. let say if u all amik satu jenis lauk  (ade saiz S/M/L) makan dgn nasi putih, so bole share untuk 3org punyer (saiz sederhanala). so pengalaman saya ok and terbaik kat sini. (pergi 1 Feb 2013). So jom layanz.
Chicken chop and Ice Blended Mango
Lamb Chop - blackpaper sauce
Tou Fou Telur masak Swett Sour
Tom yam ayam, telur dadar n (sambal belacan complimentary)
Ayam masak cili kering
Daging Blackpaper
Sotong Goreng Kunyit
Udang masak?? xingatlah pulak
Mintak maaf banyak2, actually makanan yang diorder banyak lagi n sedap2 semua, tapi itulah tak sempat nak snap cz dah concentrate dengan makanan masaing2. Apa-apa pun Jai Island ni memang yang terbaek untuk makan bile u all berpeluang singgah di pekan Kuah Langkawi, tempatnye berdekatan dengan sungai, belah belakang sekali.  
Ok 4 stars, Thats all. Emm SEDAP!!

Cuti-cuti LANGKAWI - part 2

Sambung dari yang part 1, percutian kali ni aktiviti / tempat yang kami kunjungi buat pertama kali adalah Mangroove Langkawi Tour dan berkelah ke Telaga Tujuh. Tempat-tempat yang lain kami pergi jugak cz tempat tersebut memang tak boring, dah kata nama cuti so round sekali lagi ke tempat2 tersebut, tapi yang pasti shopping mesti lah di KUAH. Ok jom layan gambar sambil bercerita.
Pagi lagi dah bertolak,breakfast kat tepi jalan, u all patut singgah kat gerai/warung kampung kat tepi-tepi jalan ni cz harga murah n breakfast dia memang sedap, tapi lauk standard jer tau. kami berhenti mkn keluar sje dr kwsn pantai cenang, Ade gerai sepjg jaln tu, pilih saje yg u all rasa okay.
Roti Canai - garing and memang superb, org melayu yg masak. kat sini org pompuan yg dok tebar roti canai, perghh!!
Nasi Lauk Udang / Daging / Ikan - kena amik 2 bungkus, 1 xcukup cz comel.
Perdana Quay, berhenti bergambar kat sini jap sebelum sampai ke cable car
Lupa nak perkenalkan, inilah Avanza yang kami sewa utk bawa kami berlapan.
Kami meneruskan perjalanan ke cable car, actually kami terpaksa berpatah balik cz masa kami datang awal pagi tadi (+-pukul 11am) perkhidamtan ini ditutup sementara cz very windy dan akan diberitahu kelak, so kami menaiki kereta cable ni adalah pada waktu petang..masa yang ade kami pergi ke tempat lain dahulu.
Jom mendaki gunung
Cable Car Gunung Mat Chincang, actually ni kali ketiga aku naik cable ni, tapi kali ni agak gerun sikit cz waktu ni masih berangin lagi, n kete cable kami ni berayun naik atas bawah, tu yang senyap jerr.
Telaga Tujuh, pandangan dari dalam cable car, kami akan ke situ untuk program esok hari.
Berlegar-legar di pitt stop yang teratas sekali
Habis menikmati pemandangan ni disini turun untuk pergi ke tempat seterusnya.
Berehat jap untuk bergambar (Berjaya Hotel) kat sini selepas pulang dari mendaki Gunung Mat Chincang
Laman Padi, singgah ke sini untuk mengenal padi sebelum balik ke rumah kami.
Adikku orang-orangan - The scacrow
Program pada keesokkan harinya adalah berkelah di Telaga Tujuh, pemandangan memang SubhanAllah.. memang teramat cantik, tapi untuk mendaki ke atas ni..mak aiiiii..pancit n semput dibuatnya. menaiki tangga yang mengalahkan tangga di Batu Caves tu..penat dan tinggi pendakian tangga tu, tapi hasilnya berbaloi,dengan pandangan yang cantik. Mandi?so n so la..
Telaga Tujuh
Air sungai takat cetek cam tu ler..
Aktiviti petang selepas ini  pulak adalah membeli-belah di Kuah - khusus untuk beli coklat dan barang keperluan yang lain dan petang tu jugak sambung mandi di pantai. Oh ya kami juga pergi ke BERAS TERBAKAR, tempat ni kali ni dah banyak dah dengan gerai-gerai jualan produk krfa dan brgn cenderamata. Cukup setakat ini saje cerita saya. Mohon maaf sekiranya tersalah info tentang tempat-tempat menarik di Langkawi ini.Ok sekadar berkongsi pengalaman bercuti di Langkawi. Kami balik ke KL pada keesokkan paginya.
- The Ends -

Cuti-cuti LANGKAWI - part 1

Salam semua, cuti-cuti kali ni bercuti di Pulau Langkawi Kedah DA sempena dengan cuti Hari Wilayah Persekutuan 2013. Planing cuti ke sini kami menaiki flight cz ticket Air-Asia siap dibeli dari tahun lepas lagi. beli awal-awal of course le murah n berbaloi. Pulau Langkawi walaupun dah banyak kali kami datang tetap tidak menjemukan cz ade saje aktiviti n tempat-tempat yang baru untuk dikunjungi. Tiba di Langkawi pada malam hari tak banyak aktiviti yang dpt dilakukan selain makan malam n terus check in bilik di Pantai Cenang. Kami menginap di budget motel Mali Perdana, Pantai Cenang. Banyak mat2 n minah2 salleh yang dok menginap kat sini, dorang ni pun macam kami jugak cari yang budget2 n nak dekat dengan pantai.
Pantai pun dekat jer n bersih..Huhuu keluar bilik jalan terus ke belakang dah nampak Pantai Tengah katanya walaupun kami dok kt pantai Cenang.
Address:
(Next to Tanjung Malie Beach Resort n berdekatan dengan Waterworld)

Lot 972, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Langkawi Kedah 07000 Malaysia
Tel: +604-9533 882/ 888 Fax: +604-9533 883
Pantai Cenang sekarang ni dah maju and happening, dulu kami pergi xde Mcdonalds, Starbucks, OldTown Kopitiam, KFC etc..sekarang ni mak aiii semua dah ade..sepanjang Pantai Cenang tu penuh dengan kedai-kedai yang macam-macam depa jual. Dari restoran n gerai makan hingga ke kedai2 baju, peralatan renang n macam2 lagi lah..memang best n happening. Boleh rehatkan minda dan badan sekali boleh cuci mata hihihi..Hari 1 kami terus buat Langkawi Kilim Mangroove Tour yang ni benda baru buat kami cz island hopping kami dah pergi 2 tahun yang lepas. Ok jom tgk gambar sambil citer.
Lokasi:Jeti / sesi briefing dgn package tour yang kami pilih - 2jam tour RM250 (1bot) bil kami cukup utk 1boat (Mali Perdana yang uruskan tempahan)
Memulakan destinasi 1 : tempat Sangkar ikan
View sepanjang perjalanan - tempat parking kapal
Destinasi 1 : Petugas yg bagus - menceritakan kpd kami apa yang ade dlm setiap sangkar ikan yg dipelihara
Semua dapat sentuh n pegang belangkas dan siput. Belangkas tu, ingat tak citer Predator?belangkas tu samalah cam predator.
Yang menjadi tarikan utama adalah ikan sumpit "Archer" cz ikan ni boleh menyumpit air utk jatuhkan makanan yg dicarinya.
Ikan pari yang datang bile dipanggil, besar tau, ni ikan pari yang kita mkan tu.
Next ; menyusuri masuk ke dalam Gua Buaya
Pintu gua keluar dari Gua Buaya
Pemandangan sepanjang perjalanan

Next : berhenti untuk tengok Helang menyambar makanan, lama jugak kami berhenti kat sini cz rezeki kami time ni dapt tgk DOPLHIN berenang kat sini, seronok! Dolphin tu sesat, kesian.
Hot Spot View : tempat yang ramai stop untuk amik gambar

Next : Pulau kasut - laut Andaman
Mangroove / paya bakau
Next ; Gua Kelawar, dapat tgk batu stalaktik dan stalagmit, cantik giler.
beware of monkey!! pantang tgk beg plastik n beg yang terayun2 mesti dia attack korang punyer. pengalaman ngeri. xsuka monyet, xphm nape org kata monyet ni kiutttt!!
Brother yang bawak kitorang, memang sporting n sempoi brother ni cz cara pengendalian bot dia memang superb, siap ade corner baring lagi. Enjoy n fun kitorg dibuatnye. Boleh contact untuk tempahan.
Habis sudah 2jam touring di KILIM GEOFOREST PARK, tapi kami rasa masa kami terlebih cz excited tgk Doplhin yang tersesat tadi. Memang enjoy. Ok ni baru activity setengah hari, jap ni kami plan nak pergi ke tempat yg wajib kami singgah kalau bukan....
Telaga Air Hangat, tapi sayangle, tempat ni cantik tapi terbiar jer
Cantik tapi sayang..???
Makan Mahsuri - xsah kalu tak pergi, we all beli minyak,bam etc berasaskan gamat kat gerai jualan sini.
 Huh penat seharian kamipun beransur untuk pergi makan, dan pulang ke MaliPerdana, tapi petang tu ni aktiviti kitorag di Pantai yang indah.
Berpeluang menyaksikan dorang ni memukat/menjala ikan di pantai, time ni air laut nak pasang.
Tengah menyelamatkan anak ikan ke laut, kesian tgk anak2 ikan ni mati, dorang hanya amik ikan yang besar je. Penat usaha aku n org lain  utk menyelamatkan anak2 ikn ni.
Mati jugak anak2 ikan yg tak sempat dibuang ke laut..kejam!! tak sampai hati tgk cz aku ni Pencinta Alam.


Adif seronok mandi kat pantai ni.


Sun Set

So itu aje aktiviti untuk arini, malam keluar untuk makan dan berehat untuk kumpulkan tenaga di hari esok pulak.  
To be Continued.

The Cabin Taman Melawati

Salam, makan-makan kali ni kami singgah di The Cabin dekat Jalan Bandar Taman Melawati, berdekatan dengan kedai Mustafa Jones (entry makan-makan yang dulu tu) n masuk ikut laluan Restoran Sakura. Kedai makan ni jugak paling dekat dengan gelanggang futsal, sebelah jer. Try pulak makan kat sini, my hubby yang bawak cz dia dah pernah try dah,n okla. tempat makan ni asalnya berkonsepkan kabin kargo tu, tapi dua tingkat n sape yang nak tengok view tu bolehlah naik tingkat atas. Harga berpatutan dan menu yang dijual adalah dari western ke local dish. U all patut cuba makan kat sini sambil tgk org main futsal bile kena dengan waktunya. Jom layan gambar ni..
THE CABIN, Sori, kualiti gambar kurang memuaskan.
Kaunter depan The Cabin, kat sini lah tempat order,bayar,nak tgk dorg readykan makanan pun bole.
Ok tengok sikit makanannya, simple. Sambal nasi lemak sedap. They all guna brown paper untuk memudahkan keje katanya disamping presentation makanan dorang. 
Nasi Lemak Udang : simple tapi memang sedap!
Nasi lemak Ayam goreng berempah
Chicken Burito
Udang Celup Tepung, kurang menjadi sikit bagi aku.
The Cabin Beef Burger (beef/cheese/telur) + Chips.. huhu sedap
Beef Burger + chips (yang biasa)
Milo ais tabur cam kebanyakan tempat.
Kesimpulannya, taste makanan ok n sedap, bolehlah ajak kekawan lepak n makan kat sini di samping tempat yang xbising, kira amat sesuailah untuk lepak2 hujung minggu.
So bape bintang? 3 1/2 boleh la..
Emm SEDAP!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...