Click Click!

Wednesday 29 May 2013

China Treasure Restaurant at Sime Darby CC

Suka tak masakan cina? of coz i do. Kali ni bawak makan kat Restoran China Treasure di Sime darby Convention Centre. Restoran yang berkonsepkan elegan fine dining restaurant ini mmg selesa bagi mereka yang nak makan dalam suasana yg aman damai. Restoran ni HALAL dan jangan bimbang yea. 
Kebetulan kami pergi dengan family adik ipar sempena Hari Ibu hari tu (sori lambat now meng update kannya). Restoran ini sememangnya menjanjikan keselesaan dan menu makanan yang dihidangkan amatlah berpuas hati bagi kami sekeluarga. Waiter n waitress nya pun ok dan membantu kami dalam memilih menu supaya kami berpuas hati. Walaupun ini kali kedua aku mkn kat sini, layanan dan makanannya mmg sama n tip top tip top.. Ok kat sini sekadar nak berkongsi pengalaman dan menu yang kami nikmati.

China Treasure Restaurant at Sime Darby CC
Appertizer dulu : Deep Fried Shimeiji Mushroom With salted Egg Yolk
Soup : Braised Seafood Soup Dried Scallop
Duck : Aromatic Duck with Black Pepper Sauce, suka makan itik tak? hah itik panggang ni mmg sedap
Stir-fried H.K KailLan with White Sauce
Fish : Steamed Red Tillapia - Fuhh yang ni mmg paling sedap! 2x order.
Fish : Stir Fried Fish Fillet With Spring Onion and Ginger
Black Pepper Beef
Udang : Deep Fried Tiger Prawns "Portugues" Sauce - besar tau udang harimau itu
Stir-fried assorted spring garden vegetables with sliced almond, pernah makan buah teratai tak, yang lubang2 tu, rangup sayur tu cam lobak.
Squid : deep fried squid with salt n pepper
Fish : Baked fish fillet with salted egg yolk
braissed beancurd with assorted Mushroom
Chilled Japanese Baby Octopus with Jelly Fish
Chilled Longan With Sea Coconut - yang ni as a dessert, they serve dlm bowl yang besar, sejuk bile kena ke tekak n merupakan penutup segala acara makan.
Restoren Cina ni mme sedap, menu dia adalah ala carte dan juga ade yang per person, so u all kena rerajin survey kalu2 China Treasure ni buat promotion, mmg menguntungkan bile ade promotion n bole try semua menu n mkn sampai kenyang beb, Cz kami makan kat sini pun guna kupon my deal, hahaha RM55 per person, kalau tak seorang dia charge RM110++ kalu tak silap.
dari 5 bintang kami bagi 4 1/2, mmg terbaek!
Alhamdulillah syukur.. habis makan kami pun beredar, kebetulan ade majlis wedding pulak kat sini.
- the ends -

Burgerbyte - Grilled With Soul at Sentul

Jom kita ngapp burger pulak. Semenjak burger bakar n burger grill diperkenalkan macam-macam lah gerai burger bukak n promote lah burger bakar dorang..nama menu burger tu pulak mak aiii pelik-pelik..meletup-letup nama filem n drama tempatan mahupun nama filem kat lua tu, bak kata astro macam macam adaa..
Ok entry kali ni nak citer jugak pasal burger bakar tapi bukan ala gerai..ala cafe concept Restoran Burgerbyte siap dgn tagline lagi ko "grilled with soul". Dok kat Sentul dah banyak kali dah lalu kat depan restoren ni, lalu je tengok, kata nak try tapi xsinggah pun, so dah banyak kali lalu kenala try burger ni, Disamping interior yang agak menarik tempat ni amat sesuai untuk kita nak lepak2 dgn kengkawan n makan dgn sesape je bolehlah tu..janji org tu suka makan burger,hihi.
Burgerbyte yeahhh
Cafe Concept Interior
Bunting menu sebagai pelengkap hiasan cafe
Beef Bacon With Cheese RM12.50, yang ni direcomended kan kat aku, cz aku tanye mana yang paling byk org order n suka. Mmg sedap yang ni,sos dia lain dari yang lain.
Grilled Chicken With Cheese RM9.50 yang ni pun ok jugak walaupun biasa.
My komen
Burger kat mana2 pun mmg lain n masing-masing boleh bandingkan yang mana sedap n so n so.. Burgerbyte mmg memberi kelainan dari segi menu nya dan juga interior cafe concept yang santai. ,Oh ya lupa nak bagitau, kena order burger kat cashier n bayar terus sebelum menikmati hidangan di meja. and air minuman panas tak disediakan,adoii patutnye sediakan lah minuman panas untuk masa akan dtg ok..
Cuma apa yang aku xberapa puas hati adalah dengan layanan org yang dok kat cashier untuk amik order tu - kak cubala senyum sikit n bagi advise menu kalu dah tau customer yang first time datang kat burgerbyte ni,sure n of coz dpt agak regular customer or first time punyer customer tapi bile bagi cash pandai lak nak senyum..Huhuhu mcm mane meniaga nak maju ni..daripada 5 bintang aku bagi 3 je lahh... thats all
 Makan burger ni mmg lah mudah ringkas n sedap. Tapi ingat yea jgn makan selalu cz trans fat mmg tak elok untuk kesihatan dan menambahkan kegemukan lagi kalu tak dicontrol. so kalu peminat burger tu cubala kurangkan makan burger at lease once in a week. Jagalah kesihatan kalu nak hidup lama supaya dapat kita menikmati rezeki kurniaan Allah SWT. Alhamdulillah.
Ni ha bill kami
-the ends-

Tuesday 28 May 2013

Asam Pedas Claypot Kota Laksamana 1

Huh lamanyer menyepi, ok n3 kali ni nk bawak u all pekena ASAM PEDAS CLAYPOT KOTA LAKSAMANA 1, MELAKA. Ramai yg kata asam pedas kat sini sedap n famous.. actually banyak kali dah lalu kat depan restoren ni, tak kena hari lalu tutup pulak n ramai pulak orangnye. Akhirnya masa cuti wesak aritu kami balik kampung n try usha.. Alhamdulillah rezeki kami ade utk pekena asam pedas claypot ni.. Restoran ni bukak dari seawal 6 ptg hingga ke pagi lebih kurang dalm kul 3am dah tutup. Pelbagai jenis ikan yang disediakan dalam menu ni ni..ade asam pedas ikan kembong,parang, jenak, tenggiri, pari and daging tetel (org Melaka sebut daging tetel means daging campur ade lemak2) fuhh sedap weii daging tetel ni kalu masak gerasam...huhu.. kat restoren ni bukan saja jual asam pedas, ade jugak jual roti canai n burger, sate ayam daging dan otak2, selain tu dia ade jugak jual menu nasi or mee yang goreng2.. ok ni address kalu u all pulak teringin nak pergi :
Asam Pedas Claypot @ Restoran Kota Laksamana 1
Restoran Kota Laksamana 1 (Asam Pedas Claypot) 
86, Jalan Laksamana 3,Taman Kota Laksamana,75200 Melaka.
GPS: +2° 11' 41.10", +102° 14' 38.94"
Signboard Asam Pedas Kota Laksamana
siap ade WIFI lagi ko, manalah tak ramai orang melepak
Pembuka selera makan lah otak otak ni
kalu order asam pedas ni dtg sekali dengan set nasi putih,sayur kubis, telur masin n sambal belacan
Asam Pedas Ikan Parang (bhgn kepala ikan)seketul  RM22.00
Asam Pedas Ikan Jenak (bhgn isi) seketul je RM17.00, cer tgk ni claypot ke kuali??ni steel pot mana da claypot?
Asam Pedas Ikan Pari seketul RM17.00
Asam Pedas Daging Tetel RM15.00
Emm dah order apa lagi, makanler..sorang satu kuah asam pedas
Kenyang Alhamdulillah. So meras jugak ler Asam Pedas Claypot Kota Laksamana, sebelum balik tu order jugak le burger daging untuk makan tgh malam nnt kat uma mak di Bukit Katil.
Cuma komen aku kat sini, huh tu bukan ler claypot tapi cam kuali jer..macam ler aku tak tau tool claypot tu camner, hampeh. n rasa Asam Pedas tu bagi aku biasa jer la..cz aku ni kan org Melaka so dari kecil hingga lah sekarg ni mmg asam pedas tu masakan family aku. Sedap lagi asam pedas mak n makwe (nenek) aku buat, hehe jgn marah nak buat camner mmg kenyataan.. My Hubby yang bukan org Melaka pun cakap kurang sedap lah..tapi why yer ramai org sgt, mungkin sebab di gembar gemburkan ke popular an itu..so aku dah try,at least kalu org cakap,aku cakap lah dah pernah makan..n total kami makan untuk 4 orang adalah RM82.00 - agak mahal jugak bagi kami cz hanya order lauk itu aje,huhuuuuu kalu sedap takpe lah jugak..hehehe. so bintang yang boleh diberi daripada 5 bintang..emm 3 bintang cukup le.
"lain orang lain rasa, lain blog lain cerita ok"
-the ends -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...