Click Click!

Tuesday 28 April 2015

VIVO "live with passion" at AEON Rawang

Kali ni through back balik makan-makan at VIVO Restaurant. Kali ni makan di Aeon Rawang dengan menu yang berbeza. Sebelum ni entry citer pasal Vivo ni ade kat link :
So kali ni xmo byk citer..just nak letak gambar n caption jer.

Marble Cheesecake
asparaguswhite.blogspot.com
Green Tea Latte - first time aku try memang berkrim n terasa sungguh teh hijaunya cz last last telan tu ade rasa sikit pahit, tapi ok cz aku suka. Cappucino Charm - ha meleleh coklat Hershey nya tu pun Terbaek!
asparaguswhite.blogspot.com
Cheesy Spagethy - Nyum nyum
asparaguswhite.blogspot.com
Italian Deluxe Pizza.. so far pizza kat Vivo ni yang pernah aku try memang puaskan hati aku.
asparaguswhite.blogspot.com
Sejak GST ni start awal bulan April yang lalu, setiap resit aku dah start check. Bukan apa nak alert dgn apa yang aku belanja bile dah start GST beb! Time aku pergi ni supposed yang uar-uarkan utk Service Charge dimansuhkan tak akan diinclude tapi masih lagi.. aku still not clear dgn Serv Chrge ni... pastu aku tgk some of the place hanya ade GST sahaja..??? Should pay for 6% or 16%? kat mana yang untungkan rakyat tu yea..ahaks ahaks ahaks !!!
 Oh Confused n BLURRRR...
- the end -

Pizza Hut - PIZZA SIGNATURE SERIES

Tak pernah lagi citer kat dalam blog ni pasal PIZZA HUT. Ok cite kali ni pasal promotion pizza RM12 Signature Series.. Selalu makan Pizza dia yang biasa..so kali ni kononnya lainlah ok..
Memang lain rasa n bagi aku YES OK n SEDAP - U should try!!! 
Terdapat 4 flavors n pizza ni berbentuk 4segi iaitu: Ni aku copy paste dapat dari website dia pasal nama menu, mana ingat bro!!
Italian Primo 
Barbecue bang
Chicken peperoni Perfetto
Fisherman's Catch
Seriously Sriracha
Beef Pepperoni Perfetto ( aku order yang ni )
 Menikmati pizza ni kat area AEON Anggun Rawang (dekat rumah aku jer). Restaurant Pizza Hut kat sini ok cuma adelah 2-3 kali aku terpaksa panggil waiter dia untuk nak amik order n menu pas satu-satu sampai, bukannya serentak sabar jelah aku nasib baik perut mak xlapar giler masih boleh bertahan n bersabar dengan customer servicesnya - adakah aku dok kt hujung n belakang diorang xperasan??? Heii kene amik la tahu setiap customer yang datang, dah tu susun layout meja tu begitu, Alert please - Customer is your Income n Salary huhu..Tapi nasib baik xemo siap promo kat u all lagi untuk try n get this PIZZA SIGNATURE SERIES
asparaguswhite.blogspot.com
Beef Pepperoni Perfetto - thin crust pizza RM12
asparaguswhite@blogspot.com
Zoom In bagi tengok n nampak biar jelas..Nammpak!!!
Biasalah kalu sah xoder side dish untuk bagi mantap perut ni..dengar cam kuat makan jer kan..tapi xlah..ni oder makan sharing-sharing (Sharing is loving dgn En Hubby)
asparaguswhite@blogspot.com
Spageti Meat ball + Drinks : Cappucino n ice lemon tea
asparaguswhite@blogspot.com
Cheese baked rice - Alahai terbalik pulak gambar ni sori n ade oder chicken wings tapi xsempat lak amik, dah kat dalam perut. :)
Ok tu jer. Rasa Pizza ni memang best mungkin sebab thin n crust dia aku suka.. terpulang pada u all. Dah cuba n rasa, so bagilah berapa bintang u all bole kasi.. Aku 3..Korang? Terpulanglah yea..
 - the ends -


Tuesday 7 April 2015

Medan Selera Nelayan Seafood di Bukit Malut Langkawi

JJCM sempena cuti LIMA2015 kami akan singgah makan di Medan Selera Nelayan Seafood di Bukit Malut tiap kali kami pergi bercuti di Langkawi. Oleh kerana kami di Langkawi semasa musim LIMA, kedai-kedai makan, hotel dan homestay, kereta sewa semuanya naik harga yang luar biasa. Kunjungan kami ke Bukit Malut ni pun terpaksa pergi untuk kali kedua cz masa hari pertama orang terlampaulah ramai, memandangkan kami punyer list yang ke29 kebetulan pekerjanya tak berapa ramai pulak hari tu..fikir semula kami pukul berapalah menu ikan bakar kami akan sampai sedangkan perut masing-masing lapar tahap dewa,. Jadi kunjungan kali kedua kami siap amik no contact dan terus booking tmepat dan sekali dengan menunya. menu hari pertama yang xjadi bawak ke hari kedua. Alhamdulillah sampai saja di Restoran ni kami tak tunggu lama dan terus menikmati makanan yang telah pun kami siap sedia tempah dari semalam lagi. Pukul 7.00 sampai di sana dan terus menikmati makanan laut kami. Terasa jugak yang makanan disini harganya dah naik, iyelah cam aku cakapkan tadi tgh event LIMA2015. Takut jugak nak oder banyak-banyak, hahaha takut over budget pulak. Bukan apa coklat n etc xshopping lagi..hihihihi.

asparaguswhite.blogspot.com
Ni Menu seafood kami, tengah tunggu yang lain sambil adjust2 kedudukan pinggan cz nak amik gambarlah katakan.. satu per satu menu sampai..kecur air liur tanda memang dah lapar. hihihi
asparaguswhite.blogspot.com
Satu satu menu ni sampai..nak serbu cam xbest arr cz xcukup syarat nak makannya. Untuk minuman kami xoder air manis becoz of cuaca yang panas buat kami hanya inginkan ais kosong saje.
asparaguswhite.blogspot.com
KETAM GORENG TELUR - Our main dish, fuhh yang ni sedap giler. Memang membuka selera makan kami. U all patut order yang ni taw.
asparaguswhite.blogspot.com
IKAN JENAHAK 3 RASA (+-1kilo) - 2nd Main Dish - besar tau ikan ni..tersilap angle shot view da.. Sedap makan cz masih panas2 lagi makan time ni..
asparaguswhite.blogspot.com
SOTONG CELUP TEPUNG - xsah kalau xbuat sotong dengan menu ni. Sebagai appertizer kami. Ranggup sotongnya.
asparaguswhite.blogspot.com
KANGKUNG GORENG - Pelengkap menu
asparaguswhite.blogspot.com
LALA MASAK HALIA (1kg) - kuah dah macam sup pulak. Berasa sungguh halia dia untuk kurangkan hanyir lala.
asparaguswhite.blogspot.com
SIPUT BULUH MASAK THAI yang ni pun sedap jugak dan patut di try. ade juga yang panggil siput buluh ni PEPAHAT
 Alhamdulillah dah makan sure kenyang. Lupa nak cerita suasana pemandangan kat medan selera ni adalah suasana pemandangan di jeti muara sungai. Cantik dengan keindahan paya bakau alam semulajadi dengan bunyi-bunyian serangga alam. Kami amat berpuas hati dengan makanan yang kami order. Tiba giliran untuk kami main teka-teka harga. Macam-macam harga tekaan kami. ade tekaan harga yang tinggi hingga ke RM300 dan ade tekaan harga yang rendah sehingga RM150. Jadi jumlah untuk 6orang + 1child makan adalah RM170.00 ha terkejut kami..masih murah lagi bagi kami dengan pilihan menu makan kami.  Jadi bile bercuti ke Pulau Langkawi, Medan Selera Nelayan Bukit Malut ni jangan lupa singgah ok. 
Rate kami 3 1/2 star..

Monday 6 April 2015

Khairie Pizza at Pantai Cenang Langkawi

Assalamualaikum wbt untuk pembaca dan pengikut setia asparaguswhite. Lama tak bersiaran, bulan Mac xde story masuk. So kebanyakan akan masuk untuk entry bulan 4 hihi..  Entry kali ni nak cerita n promosi sikit Pizza Local di Pulau Langkawi - "KHAIRIE PIZZA".
Sempena cuti-cuti family ke LIMA2015 hari tu, aktiviti biasa kami JJCM telah singgah ke kedai Pizza yang sememangnya pizza keluaran tempatan kat situ. Dengar Khairie Pizza ni kedai makan western yang baru kat Pantai Cenang. Whuuiiii la ni Pantai Cenang dah banyak sangat kedai makan. Deretan kedai memang banyak sepanjang jalan di Pantai Cenang. Siap ade Mall lagi kau..Hebat Langkawi. Suasana  Pantai Cenang pun setiap malam memang happening, banyak pelancong suka mai n dok kat sini. Suka lak aku tengok gelagat diorang ni hihi..
Ok balik semula cite pasal pizza Khairie ni, aku pun dapat tahu daripada sedara aku yang kat sini. depa suh pegi try lah makan kat Pizza Khairie ni, so memang rezeki kami, lepas makan malam kami late supper dengan mencuba pizza Khairie ni..ok scroll down. 
Kaunter untuk oder Pizza. Simple.
Ni kat dalam kedai, sambil makan kita bole tengok orang yang lalu lalang kat tepi ni. Orang yang kat luar tu pun tengok kita makan pizza hihihi..
Makan sebelum balik ke homestay untuk tidur
Close up sikit - for local Pizza di Langkawi, memang sedap. Tourist pun ramai oder kat sini.
Pizza yang lembut dan sedap diminum bersama dengan hot latte sambil borak-borak sekeluarga
 Menu pizza ade banyak jugak, kami pilih pizza alahai lupalah pulak namanya,xsimpan resit dia. Rasa roti pizza yang lembut dan toppingnya yang xkedekut sememangnya menepati citarasa aku yang first time berkunjung makan di Khairie Pizza, maybe next time datang lagi kesini..Nyummy So sebagai sokongan dan galakkan kepada industri makanan yang diusahakan oleh bumiputera, Khairie Pizza bole maju lagi dengan sokongan kita rakyat Malaysia. Jom Khairie Pizza!! Rate kami 3***..
- the ends -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...