Click Click!

Monday 6 April 2015

Khairie Pizza at Pantai Cenang Langkawi

Assalamualaikum wbt untuk pembaca dan pengikut setia asparaguswhite. Lama tak bersiaran, bulan Mac xde story masuk. So kebanyakan akan masuk untuk entry bulan 4 hihi..  Entry kali ni nak cerita n promosi sikit Pizza Local di Pulau Langkawi - "KHAIRIE PIZZA".
Sempena cuti-cuti family ke LIMA2015 hari tu, aktiviti biasa kami JJCM telah singgah ke kedai Pizza yang sememangnya pizza keluaran tempatan kat situ. Dengar Khairie Pizza ni kedai makan western yang baru kat Pantai Cenang. Whuuiiii la ni Pantai Cenang dah banyak sangat kedai makan. Deretan kedai memang banyak sepanjang jalan di Pantai Cenang. Siap ade Mall lagi kau..Hebat Langkawi. Suasana  Pantai Cenang pun setiap malam memang happening, banyak pelancong suka mai n dok kat sini. Suka lak aku tengok gelagat diorang ni hihi..
Ok balik semula cite pasal pizza Khairie ni, aku pun dapat tahu daripada sedara aku yang kat sini. depa suh pegi try lah makan kat Pizza Khairie ni, so memang rezeki kami, lepas makan malam kami late supper dengan mencuba pizza Khairie ni..ok scroll down. 
Kaunter untuk oder Pizza. Simple.
Ni kat dalam kedai, sambil makan kita bole tengok orang yang lalu lalang kat tepi ni. Orang yang kat luar tu pun tengok kita makan pizza hihihi..
Makan sebelum balik ke homestay untuk tidur
Close up sikit - for local Pizza di Langkawi, memang sedap. Tourist pun ramai oder kat sini.
Pizza yang lembut dan sedap diminum bersama dengan hot latte sambil borak-borak sekeluarga
 Menu pizza ade banyak jugak, kami pilih pizza alahai lupalah pulak namanya,xsimpan resit dia. Rasa roti pizza yang lembut dan toppingnya yang xkedekut sememangnya menepati citarasa aku yang first time berkunjung makan di Khairie Pizza, maybe next time datang lagi kesini..Nyummy So sebagai sokongan dan galakkan kepada industri makanan yang diusahakan oleh bumiputera, Khairie Pizza bole maju lagi dengan sokongan kita rakyat Malaysia. Jom Khairie Pizza!! Rate kami 3***..
- the ends -

2 comments:

  1. Sedap ke? Rasa agak2 macam dominos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap! Rasa bezalah dengan Dominos.. Local Domestik Pizza beb.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...