Click Click!

Thursday 5 February 2015

Ikan Bakar Jalan Bellamy, belakang Istana Negara

Sebut jer ikan bakar untuk makan tengahari, for sure Jalan Bellamy mesti menjadi salah satu sebutan. Lama dah aku xmai ke sini.. mungkin sebab jauh dan traffic yang sukar untuk sampai ke sana. Hmm nak dijadikan cerita, after berkunjung ke Muzium TUDM di Jln Sg Besi, dah seperjalanan tu yang membuatkan kami singgah untuk makan di sana pada cuti Isnin (Hari KL) yang lalu..Huh merasa jugak makan ikan bakar, dah lah panas fuhh berasap lagi dengan ikan bakar, harap mood tak terbakar lah kalau customer servicenya xok. Sampai saje kat atas bukit Jln Bellamy tu, perghh ramai jugak orang. So kami pergi lah kedai yang last sekali, konon ramai blogger yang kata kt kedai yg last (gerai no.3) tu ok n sedap..so try lah kami..
Penuh meja dengan pelbagai jenis ikan yang kami order, xingat.. makanan simple jer nasi putih + ikan bakar + sayur taugeh + kuah asam pedas (kuah saje) + air limau masing-masing
Sotong bakar (2pcs) ni memang SEDAP, tapi harganya jer yang xsedap...entahlah kali ni makan mahal sangat. Mungkin aku dah lama xpegi sini, tapi rasa harga memang mahal sangatlah kalu dibandingkan makan ikan bakar kat Jalan Kuching tu..
Ikan pari bakar (2pcs) lama betul xmakan ikan bakar, memang puas n sedap jugak..
Ikan Kembung bakar (1pc) + Ikan Terubuk bakar (1pc) + dicicah bersama dengan sambal kicap dan air asam memang menyelerakan makan tengahari kami. Kerang bakar terasa jugak nak amik, tapi melihatkan akan saiz kerang itu - cancel.
Lepas makan dah tentu kenyang. Alhamdulillah. Biler time bayar tu je lah yang kami tak berpuas hati dengan harganya. Terasa mcm peniaga ni nak amik kesempatan pada kami, nak nak lagi hari cuti am. Tapi xbolelah kalau melampau sangat kan..Perlu boikot ke? Huhuhu mentang-mentang sekarang ni musim boikot memboikot (isu naik turun harga barang). Ha lupa lagi satu biler oder air minuman, better lah korang order air kosong saja. Cz air limau n air teh o ais limau amatlah xsedap..rasa air gula jer.. Ingat yea kedai hujung last sekali yang kami makan - mahal lah jugak terasa, bukan berkira tapi kena cerdiklah sikit dengan harga makanan ni, nak kena jadi pengguna yang bijak. nasib baik ok rasa ikan bakar tu bile dicicah dgn kuah kicap dan air asamnya.
Kesimpulan : kalu amik ikan tanya siap satu ekor ni brape harganya..biarlah org lain pandang kita, janji kita puas makan n puashati membayarnya..cz yang keluar duit adalah kita, bukannya orang yang melihat kita tu..hihihi... Jangan Malu Bertanya. Rate kami ***3 bintang saje.

Sotong Bakar (2) + Ikan Kembung (1) + Ikan Pari (2) + Ikan Terubuk (1) + Nasi Putih + Sayur Taugeh semangkuk + kuah asam pedas saje + air = RM???.00 cer teka
- the ends -

Muzium TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur

Salam bersiaran, Pernah berkunjung ke Muzium TUDM? Selama ni nampak dari kejauhan aje bile tiap kali melalui Jalan Sg Besi tu. Nak singgah tak tersinggah..di pandang sepi jer.. So amik jugak peluang cuti yang ado, pergi je lah berkunjung ke Muzium TUDM. Masuk muzium ni FREE xkena bayar. 
Welcome - Entrance
Perjalanan masuk ke dalam muzium, time ni panas lah sangat..

Dalam hangar - sejarah penerbangan TUDM di Malaysia - info dan maklumat

Adif yang excited duduk bersama dengan En Hubby dalam kapal terbang tu.. amik mood nak terjun kononnya.
Muzium TUDM ni amat bermanfaat untuk dikunjungi sebagai pendedahan kepada teknologi pengangkutan di udara. Memang best, nak nak lagi LIMA di Langkawi yang bakal berlangsung tak lama lagi 19-21 Mac 2015 di Pulau Langkawi. Kira ni kami pergi untuk preview kepada LIMA2015 lah. Tapi sayangnya Muzium TUDM ni kalau di jaga kualiti dan diupgrade kawasan dan barang pameran nya di jaga  dapat menarik lagi ramai pengunjung ke sini. Kawasan yang tidak berapa nak dijaga ini teramatlah sayang sekali. Kerana kapal terbang yang dipamerkan di sini merupakan sejarah penerbangan bagi TUDM. Oleh itu ia perlulah dijaga dan promosi terhadap Muzium TUDM ini perlulah dihebatkan lagi bagi menarik minat ramai pengunjung dalam dan luar negara.

Bole baca sejarah penubuhan dan perkembangan muzium ini disini :

- the ends -

Wednesday 4 February 2015

Cendol Durian Borhan di Kuala Selangor

Lepas makan Mee Udang kami terus mencari Cendol Durian Borhan. Cuaca yang panas begini memang sedap pekena cendol. Nak cari Cendol Borhan ni mudah dan senang saje. Kalau dari arah KL selepas Pekan Kuala Selangor pandu straight akan nampak signboard di tepi jalan dan dari situ memang dah nampak dah. Sampai di sana dalam pukul 4, orang memang ramai ditambah dengan cuti hujung minggunya dan cuaca panas begini semuanya nak menikmati Cendol Durian Borhan ini. 
Tagline kedai "Kenangan yang terigau-igau"
asparaguswhite@blogspot.com
Ni lah rupa dalaman kedai. Maaf ye gambar ni diambil kebetulan ketika kunjungan En. Hubby survey seorang diri. Time ni mmg xde orang diwaktu office hour hari Jumaat. Time kunjungan kami memang ramai sgt orangnya.
Salah satu hiasan di dalam kedai.
Tempat yang sama dengan gambar atas tadi tu. Kami - Jom Cendol!! (baru permulaan, bile dah last penuh dengan mangkuk kat meja kami)
Cendol yang menjadi taruhan - Cendol Jagung Durian + Cendol Jagung Pulut + Cendol Jagung + Cendol Durian = SEDAP rasa santan dan gula + aksesori cendol yang sedap dan sekata.
Kita boleh pilih jugak kalau nak atau tak nak aksesori dalam cendol itu. Macam ni Cendol Durian tapi XNAK cendol hijau tu..Sedap juga rasa macam susu durian (gabungan santan dan durian)
Cendol Jagung Pulut - memang terbaek!! Harga cendol kat sini murah dan berbaloi.
Selain cendol, ade juga dijual Laksa, Mee Kari, Rojak, Waffle, Keropok Lekor dan Western foods (chicken chop, fish n chips, dll) Jadi tak bosan lah dgn menu yg pelbagai kalu nak minum petang di sini..oleh kerana kenyang pekena mee udang tadi, kami xla oder makann lain selain waffle n keropok lekor.
Cendol Durian Borhan ni memang terbaik yang pernah kami rasa. Sebelum ni pernah rasa Cendol Bakar yang sedap juga, tapi yang ni lebih sedap dan terasa, betul dengan taglinenya - kenangan yang terigau-igau
Perghh..rasanya setiap orang dari kami pekena sorang 2 mangkuk dan ade yang share lagi...hihi Enjoy menikmatinya.. total habis RM45.00

Ha itulah dia penangan hebat Cendol Durian Borhan, kalu tak kat Tv tak keluar pasal citer abang borhan ni memang tak tahu pulak kami ade cendol yang lebih sedap. Keep maintain on quality n customer services Cendol Durian Borhan!! Terkejut jugak bile baca artikel keratan akhbar yang diframekan - RM120k pendapatan dijana dlm sebulan, Hebat dan respect dengan perniagaan Cendol Durian Borhan ni.. Rating kami ****4 bintang untuk cendolnya yang manis lemak berkrim.. Try lah tak rugi datang jauh-jauh.

"KENANGAN YANG TERIGAU-IGAU"

 - the ends -

Mee Udang Banjir di Kuala Selangor

Hai hai..nak masuk cerita MEE UDANG BANJIR di Kuala Selangor. Cuti 4 hari yang lalu sempena (cuti KL dan Thaipusam) hari Ahad kami JJCM ke Kuala Selangor untuk menikmati Mee Udang Banjir yang hangat diperkatakan di blog blog. Kami sampai di Kuala Selangor dalam pukul 1.00 tengahari. Emm dekat saje Kuala Selangor ni lebih kurang 50minit  - ke 1jam perjalanan dari Kuala Lumpur kalu ikut Highway LATAR yang amat memudahkan perjalanan. Alhamdulillah cuaca panas dan xujan mudah sikit untuk bergerak. Setiba di kedai mee udang ni orang xramai lagi. Tapi meja makan silih berganti dengan pelanggan yang tak tahu dari mana mereka mai ni..hihi.ok lets scroll down the pictures..
asparaguswhite.blogspot.com
Snap pic dari dalam kereta memandangkan parking kereta di tepi jalan yang sibuk.Parking ade juga disediakan di kawasan tersebut.So beginilah rupa kedai itu. Lokasinya berdekatan dengan Shell dan Mcdonalds serta berhadapan dengan Masjid Daerah Kuala Selangor - MEE UDANG BANJIR
asparaguswhite.blogspot.com
Kedai makan yang biasa sahaja. Selain mee udang ade juga disediakan menu makanan yang lain. so tak perlu risau kalau teringin nak mkan benda yang lain. Walaupun panas demi mee udang kami mengharunginya juga. Hihihi
asparaguswhite.blogspot.com
Inilah dia Mee Udang (RM8 semangkuk dengan 5ekor udang) ade saiz SML ok..
asparaguswhite.blogspot.com
Yang ni pulah perghhhh.... Mee Udang Galah (RM13 semangkuk- 5 ekor udang) Murah nampak. Puas aku makan udang galah ni daripada mee, cz dah lama tak makan, kalu kt KL ni makan nasi campur udang ni seekor RM3 adoiiaaiii..mahal.
asparaguswhite.blogspot.com
Deretan Mee Udang dan Mee Udang Galah
asparaguswhite.blogspot.com
Close Up sikit bagi u all terliur tgk n terasa nak berkunjung di sini..Mee Udang....Mee Udang... Mee Udang...
Air - air hmmm agak kurang sikit airnya..biasa biasa aje..boleh lah..
My Komen :  
Mee Udang ni dari segi presentationnya ok, tapi bagi aku n family yang memang suka makan,rasa kuah mee udang ni agak pekat sikit n lebih kurang nak sama dengan rasa kuah mee rebus. So mana rasa kuah mee udangnya?? tapi Kami enjoy makan mee ni disebabkan udang galahnya dan udang nya yang besar dan puas hati. Dari segi kuahnya pula agak kurang sikit. So rate kami **2 setengah bintang.. Tapi xsalah untuk u all singgah mencuba dan merasa MEE UDANG BANJIR di sini. 
Mungkin bagi u all lain,cz selera u all kan?
Lepas makan mee udang ni, kami straight JJCM ke Cendol Durian Borhan pula..hihihih
- the ends -
p/s eager to try n find out MEE UDANG KUALA SEPETANG di TAIPING, ahaks!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...