Click Click!

Thursday 5 February 2015

Muzium TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur

Salam bersiaran, Pernah berkunjung ke Muzium TUDM? Selama ni nampak dari kejauhan aje bile tiap kali melalui Jalan Sg Besi tu. Nak singgah tak tersinggah..di pandang sepi jer.. So amik jugak peluang cuti yang ado, pergi je lah berkunjung ke Muzium TUDM. Masuk muzium ni FREE xkena bayar. 
Welcome - Entrance
Perjalanan masuk ke dalam muzium, time ni panas lah sangat..

Dalam hangar - sejarah penerbangan TUDM di Malaysia - info dan maklumat

Adif yang excited duduk bersama dengan En Hubby dalam kapal terbang tu.. amik mood nak terjun kononnya.
Muzium TUDM ni amat bermanfaat untuk dikunjungi sebagai pendedahan kepada teknologi pengangkutan di udara. Memang best, nak nak lagi LIMA di Langkawi yang bakal berlangsung tak lama lagi 19-21 Mac 2015 di Pulau Langkawi. Kira ni kami pergi untuk preview kepada LIMA2015 lah. Tapi sayangnya Muzium TUDM ni kalau di jaga kualiti dan diupgrade kawasan dan barang pameran nya di jaga  dapat menarik lagi ramai pengunjung ke sini. Kawasan yang tidak berapa nak dijaga ini teramatlah sayang sekali. Kerana kapal terbang yang dipamerkan di sini merupakan sejarah penerbangan bagi TUDM. Oleh itu ia perlulah dijaga dan promosi terhadap Muzium TUDM ini perlulah dihebatkan lagi bagi menarik minat ramai pengunjung dalam dan luar negara.

Bole baca sejarah penubuhan dan perkembangan muzium ini disini :

- the ends -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...