Click Click!

Friday 30 December 2011

Welcome To Singapore - DAY 3

DAY 3 - 18/12/11 - SHOPPING
Hari ketiga dan hari terakhir kami berada disini, petang nanti kami akan bertolak pulang ke Malaysia. So kami menghabiskan duit membeli-belah kat sini.

MUSTAFA CENTRE - adalah tempat yang pertama kami pergi cz dia buka 24jam. Terletak kat Syed Alwi Road di Little India dan sememangnyer besar shopping complex ni. MC ni lebih kurang macam Mydin lah kalu kat Msia, mula-mula kami datang tak le ramai org tapi setengah jam lepas tu...barang dah sama banyak dengan orang dalam kedai.
Apa yang diberitahu lagi, kalu setiap hujung minggu ni, tempat ni dipenuhi dengan Mat dan Mina Bangla terutamanya. so kebanyakan Singaporean tak kan datang kat sini untuk membeli..Ooo ye ke, baru ku tahu.
Sedikit Info dari Wikipedia tentang Mustafa CentreMustafa was founded by Indian businessman Mustaq Ahmad in 1971, and at first sold mainly clothing. In 1985, Mustaq moved his business to the ground floor of Serangoon Plaza. As his business expanded, Mustaq bought over a shophouse on Syed Alwi Road. Subsequently, he also bought the neighbouring units, but decided to build a new shopping mall to house his business.[citation needed] In April 1995, Mustafa Centre was completed and Mustaq shifted his business to operate from the new six-storey building. Mustafa currently has more than 1,270 employees
BUGIS STREET - 2nd place for Shoping kat sini pulak rasa macam ade kat Petaling Street  KL atau kalu kita gi uptown or downtown. Barang kat sini pun pelbagai n harga pun murah cz boleh tawar menawar.
Ni kat bahagian dalam bangunan pulak - Bugis Street
So tempat yang terakhir dan ade banyak shopping complex adalah di Orchard Road. Memang banyak sangat dan memang tak cukup masa kalu nak masuk satu building ke satu building yang lain. Kat sini kami sempat shopping kat Takashimaya @ Ngee An City jer, Masa ni pulak tengah sale! Adooaai! Sempat jugak ler membeli 2-3 barang n makan kat sini. Sepanjang kawasan kat Orchard Road ni memang terdapat banyak building shopping complex.Sediakan duit membeli sahaja yea.

 
 

 
Thats All! InsyaAllah kalu ade peluang lagi kami sememangnyer akan pergi ke Singapore bagi memenuhi tuntutan tempat2 yg menarik yang tak dapat ditunaikan..hehehe.
Dan kami akan berkongsi pengalaman kami kepada yang sudi..
CUTI CUTI LUAR NEGARA

Thursday 29 December 2011

Welcome to SINGAPORE - DAY 2 (Pulau Sentosa)

DAY 2 : 17/12/2011 
THE MERLION TOWER PULAU SENTOSA
Kami berada di atas Merlion Tower ini (betul-betul atas kepala singa tu) bagi melihat dari seluruh Pulau Sentosa.Bila malam menara ini bercahaya dari dalam dan teramatla cantik pemandangannya. Dalam menara yang tinnginya 37m ni  menceritakan asal usul nama Singapore ni..kira sejarah nama negeri ni lah..SSelepas itu kami makan malam di Arch Restaurant dan menaiki monorel untuk ke Siloso Beach bagi melihat Song Of The Sea Show..

Sedikit info yang diambil dari internet - The Merlion Tower
When you step inside the Merlion – an enduring icon of Singapore that's half-lion and half-fish – you'll be transported to the depths of the ocean to meet legendary sea dragons and mythical mermaids. Re-live the origins of the Merlion in a captivating animated feature and visit the Mercubs to discover what fortune has in store for you.Climb to the crown and you’ll be rewarded with a spectacular 360o view of Sentosa, including Singapore's southern shores and a glimpse of the dazzling city skyline. Back on the ground, take an amble along the Merlion Walk, a 120-metre-long Gaudi-inspired mosaic walkway.

SONG OF THE SEA SHOW AT SILOSO BEACH
Persembahan ni dibuat hanya pada waktu malam sahaja dan ade 2x show, kami pergi yang show pukul 8.40pm..Melalui pak Augus, kapasiti tempat penonton yang muat untuk satu-satu show itu adalah seramai +-2000 orang,patutlah datang naik monorel tadi sesak dengan orang yang dah abis tengok show pertama.



Masa show ni tak banyak sangat amik gambar cz khusyuk menyaksikannya.
Sedikit info pasal Song Of The Sea yang diambil dari internet :
"Enjoy the colourful lights in the musical fountain show, "Magical Sentosa" hosted by the playful monkey, Kiki and his friends, the singing and dancing octopus and the beautiful Princess Pearl. They will bring you on a magical journey into a secret Sentosa unknown to the world. You will be awed by the creative choreography of the spectacular lights and lasers, as they project computerized fiery flames, powerful geysers and mist effects. This S$4 million sound, light and laser extravaganza will give visitors an unforgettable multi-sensory treat."

Selesai show dan terus pulang menuju ke bas untuk balik berehat di hotel, tapi tengah malam tu kami keluar pulak mencari sup tulang merah yang hangat diperkatakan..nasib baik restoren tu dekat dengan hotel kami, so kami berjalan kaki sambil menikmati udara tengah malam - jalan kaki lagi..hishh tak penat ker? :) balik ke bilik +- pukul 2am dan berehat untuk checkout awal pagi dan aktiviti esok adalah SHOPPING!


Inilah dia sup tulang merah
Ma Deen Biasa pte ltd - Soup Tulang Merah di Jalan Sultan - antara makanan yang famous
Soup ni warna merah n sape yang suka sum sum dalam tulang tu boleh le sedut.harga sepinggan besar $10 - ader 7 tulang. Mihun Goreng pun color merah tapi kitorag tak order just tengok kat meja sebelah jer cz dah kekenyangan. Order 2 pinggan  tuu..Rasanya memang sedap dan lain-lain dari yang lain kat restaurant mamak ni.

Welcome To Singapore - DAY 2 (USS)

DAY 2 - 17/12/2011 - UNIVERSAL STUDIO PULAU SENTOSA
Acara kemuncak yang sememang nyer ditunggu-tunggu adalah lawatan ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE. Pagi tu kami breakfast luar di Fiesta Restaurant (bukan di hotel tempat kami menginap yea) setelah breakfast kami terus ke sana.
Menu makan pagi kami
Utk makluman sepanjang perjalanan kami dari semalam dan hari ini our tour guide sering bercerita dan menerangkan kpd kami pasal sosio-ekonomi sejarah negeri Singapura dan bangunan disepanjang perjalanan kami.Itu antara faedah kalu pergi dengan agensi.Kini tibalah ke destinasi yang mengujakan kami..UNIVERSAL STUDIOS
Globe  USS yang menjadi tarikan utama
Kenangan ramai-ramai
Hemm cuma nak remind kan, bile masuk jangan lupa amik flyers USS dan juga jadual show bagi setiap tempat supaya kita dapat tengok semua show yang disediakan dan dapat merancang masa untuk kita stayed dari satu tempat ke satu tempat.Ok just roll n tengoklah gmabar2 kat bawah.. 
MADAGASCAR
King Julien's Beach Party-Go-Round - kami sempat bergambar dengan maskot King Julian dan the penguins 
SHREK HOUSE

FAR FAR AWAY
WATER WORLD - THE LOST WORLD, yang ni mesti tengok, best sangat.

ANCIENT EGYPT -setiap building ni ade game dan show serta kedai souvenir.
BATTLESTAR GALACTICA : HUMAN (red track) CYCLON (blue track)
Seram dan gerun naik ni, ada berani?
SCI FI CITY 
Bumble B
TRANSFORMERS THE RIDE, THE ULTIMATE 3D BATTLE
Ini boleh bagi 5star bile naik 3D ride ni..seronok n memg thrill, Adif naik relax jer,nasib baik ketinggian dia melepasi had yang dibenarkan.Kalau tidak melalakla budak ni tak dapat naik..Pengalaman naik ni memg best. Bukan setakat budak sahaja yang suka,org dewasa n org tua pun naik sama cz  the one and  only in the world..PALING TERBAEKK!
Antara view, kalu ikutkan banyak lagi nak letak,tapi ...
Alamak masa yang diberikan setakat pukul 5.30pm sahaja,dah nak kena berkumpul.alahai tak puas rasa berada kat sini, tu yang rasa kami akan datang ke sini sekali lgi.Selepas USS kami di bawa untuk buat kad ahli - jadi membership for Genting Resort dan selepas itu kami ke menara The Merlion Pulau Sentosa untuk melihat pula view seluruh Pulau Sentosa.Walaupun kaki terasa penat sangat, perjalanan perlu diteruskan, Malam pulak nak gi tengok Song of The Sea at Siloso Beach.... pergghh memang cantik sekali effect lampu-lampu sportlight dengan pancuran air dan effect bunyi yang power dan mengasyikkan.

Thursday 22 December 2011

Welcome to SINGAPORE - DAY 1

"WELCOME TO SINGAPORE" 
Alhamdulillah tercapai juga hasrat kami untuk bercuti ke Kota Singa pada 16,17 dan 18 Dec (3H2M) yang lalu..Teruja bile dapat menjejakkan kaki kat sana..kami pegi kat sana melalui agensi - POTO Travel Sdn Bhd..pergi sana naik bus persiaran dari KL terus ke Singapura..Pengalaman sepanjang perjalanan pun macam-macam ada..so entry kali ni  nak berkongsi pengalaman bercuti kat sana.
WELCOME TO SINGAPORE
DAY ONE (16 DEC 2011)
Selepas selesai di stesen Imigration S'pore, kami dibwa pusing-pusing di sekitar bandar dan untuk mengambil our tour guide - pak Augus.kami sampai waktu hujan jadi pemandangan dari bas terhalang dengan hujan yang turun.perjalanan kami diteruskan ke Singapore Flyer.

Singapore Flyer ni macam Eye On Malaysia lah..kita boleh tgk pemandangan seluruh Singapura dari kemuncaknye.
Yang ni lah kapsul flyer..1 pusingan ini adalah selama 30 minit dan kita tak terasa pusingannya.
suasana kat dalam kapsul ni..dan antara view yang dapat dilihat..
Antara view daripada atas S'pore Flyer - litar F1, juga jalanraya yg digunakan seharian.
Sambung lagi kami terus ke kunjungan wajib bagi pelancong seluruh dunia untuk menikmati pemandangan dan ambil gambar sebagai kenangan..The Merlion 

Rombongan Poto Travels


THE MERLION SINGAPORE

Ingat tak Clock tower ni dalam filem P.Ramlee - Labu Labi ? citer yang ade mimpi2 tu.yang mimpi jadi org kayalah, jadi tarzanlah, jadi cowboylah..
Kemudiannya makan malam di Hajah Maimunah Restaurant at Bencoolen St. untuk menikmati makan malam dan selepas itu kami terus ke SAFARI NIGHT untuk merasai pengalaman di sana.Perjalanan kami direct,masih tak check in di hotel lagi,tak sempat nak tukar baju, baju kami basah kering dengan hujan dan peluh. Sampai di Safari Night suasana kat sana teramatlah meriah, ade maskot yang pelbagai jenis ragam dan gaya yang menyambut kedatangan dengan ceria dan meriah..kami menaiki tramp sambil melihat binatang-binatang yang aktif diwaktu malam,ade yang berkeliaran dan ada yang steady jer kat tempat/kandang masing-masing..paling menakutkan bile melewati tempat singa yang kebetulannya pemandu tramp berhenti..singa tersebut memandang kami seolah-olah ade sesuatu pada kami.
 
Gambar yang sempat diambil,ade gambar yang menarik lagi kat sini tapi memory card yang satu lagi masuk virus masa transfer dilaptop, tak dapat nak diselamatkan, huhuhu
Setelah selesai di sini, perjalanan pulang terus ke hotel untuk check-in..kami sampai di hotel pukul 11 malam..huhuhu penat dan kena simpan tenaga untuk aktiviti keesokannya ke 
 UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE - 2ND DAY
Pak Augus (Singaporean) our tour guide yang sporting.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...