Click Click!

Thursday 22 December 2011

Welcome to SINGAPORE - DAY 1

"WELCOME TO SINGAPORE" 
Alhamdulillah tercapai juga hasrat kami untuk bercuti ke Kota Singa pada 16,17 dan 18 Dec (3H2M) yang lalu..Teruja bile dapat menjejakkan kaki kat sana..kami pegi kat sana melalui agensi - POTO Travel Sdn Bhd..pergi sana naik bus persiaran dari KL terus ke Singapura..Pengalaman sepanjang perjalanan pun macam-macam ada..so entry kali ni  nak berkongsi pengalaman bercuti kat sana.
WELCOME TO SINGAPORE
DAY ONE (16 DEC 2011)
Selepas selesai di stesen Imigration S'pore, kami dibwa pusing-pusing di sekitar bandar dan untuk mengambil our tour guide - pak Augus.kami sampai waktu hujan jadi pemandangan dari bas terhalang dengan hujan yang turun.perjalanan kami diteruskan ke Singapore Flyer.

Singapore Flyer ni macam Eye On Malaysia lah..kita boleh tgk pemandangan seluruh Singapura dari kemuncaknye.
Yang ni lah kapsul flyer..1 pusingan ini adalah selama 30 minit dan kita tak terasa pusingannya.
suasana kat dalam kapsul ni..dan antara view yang dapat dilihat..
Antara view daripada atas S'pore Flyer - litar F1, juga jalanraya yg digunakan seharian.
Sambung lagi kami terus ke kunjungan wajib bagi pelancong seluruh dunia untuk menikmati pemandangan dan ambil gambar sebagai kenangan..The Merlion 

Rombongan Poto Travels


THE MERLION SINGAPORE

Ingat tak Clock tower ni dalam filem P.Ramlee - Labu Labi ? citer yang ade mimpi2 tu.yang mimpi jadi org kayalah, jadi tarzanlah, jadi cowboylah..
Kemudiannya makan malam di Hajah Maimunah Restaurant at Bencoolen St. untuk menikmati makan malam dan selepas itu kami terus ke SAFARI NIGHT untuk merasai pengalaman di sana.Perjalanan kami direct,masih tak check in di hotel lagi,tak sempat nak tukar baju, baju kami basah kering dengan hujan dan peluh. Sampai di Safari Night suasana kat sana teramatlah meriah, ade maskot yang pelbagai jenis ragam dan gaya yang menyambut kedatangan dengan ceria dan meriah..kami menaiki tramp sambil melihat binatang-binatang yang aktif diwaktu malam,ade yang berkeliaran dan ada yang steady jer kat tempat/kandang masing-masing..paling menakutkan bile melewati tempat singa yang kebetulannya pemandu tramp berhenti..singa tersebut memandang kami seolah-olah ade sesuatu pada kami.
 
Gambar yang sempat diambil,ade gambar yang menarik lagi kat sini tapi memory card yang satu lagi masuk virus masa transfer dilaptop, tak dapat nak diselamatkan, huhuhu
Setelah selesai di sini, perjalanan pulang terus ke hotel untuk check-in..kami sampai di hotel pukul 11 malam..huhuhu penat dan kena simpan tenaga untuk aktiviti keesokannya ke 
 UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE - 2ND DAY
Pak Augus (Singaporean) our tour guide yang sporting.




2 comments:

  1. alah akak nie baru nak tgk environment dlm safari singapore..xpuas lar kak..next entry please..

    ReplyDelete
  2. tulah untuk next entry pun published mana gambar yang ade jer..FRUST simcard kena virus. Sori aa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...