Click Click!

Monday 31 October 2011

Nyonya Colors @ Midvalley Megamall

Emm.. ingatnyer sedaplah sangat makan kat Nyonya ni, emm tak bape lah kawan-kawan..biasa saje..tapi pelik lah punyer lah ramai sgt manusia nak lepak n mkn kat sini..menu dia cam kat kedai kopi yang biasa-biasa tuu tapi reganyer mahal lah ..hmmm tak best arr makan kat sini tapi kalu dah lapar lain tau! aku hubby kaklong abgman n anaknye adif try makn kat sini sekadar nak lepak n hilangkan penat berjalan-jalan kat sini lepas tengok matex fair..padahal dah kenyang dah tapi penat punyer pasal terpaksaler cari tempat untuk merehatkan badan dan kaki.

Assam Laksa RM9.80
Bubur Cha cha RM4.20
Getuk-getuk RM0.90 satu, macam ubi ketuk la
Kecik je kuih ni, semulut jer.
Nasi Lemak Pandan Specials RM9.80
Nasi lemak ni color light hijau - letak pewarna rasanyer, aku ingat kan nasi ketumbar tu,tapi bukan!
Nasi Lemak Biasa RM2.80
Kopi satu RM2.40

Wednesday 12 October 2011

Working Mood Ooo Mood

Sejak dapat surat kena tukar tempat kerja ni tak tau nak cakap n gambarkan perasaan ni macam maner, 50% OK 50% KO.. macam-macam yang bermain pusing-pusing kat minda aku ni..Hmm terima sajelah dengan hati yang rela cz mungkin ader hikmah disebaliknyer..who knows! New place, new environment, new tasks n  new peoples around me..nak kena serasi kan jugak tu mungkin amik masa..so harap i can make it..InsyaAllah..Rupanyer camni lah perasaan mereka-mereka yang sebelum aku ni kena transfer..so sekarang aku dah tahu dan merasainya..huuuwaaaaaahhhhh!!! For those yang masih kekal berada di sini keep up the good works n ikhlas dan amanah dalam mencari rezeki  pesananku..dan jangan lupakan jugak aku yang kat sana.. aku yang dah lama jugak menabur jasa dan bakti disini..terpulang masing-masing untuk menghargai atau tidak.. yang mengenali aku thanks a lot atas segala suka duka yang pernah dikongsi dan ditempuhi bersama...Ingat2 dan kenang2kanlah.. Mohon maaf jua atas segala salah dan silap.
"MAAF SAYA TAK SENGAJA"
All the best for our future kat sini..
**************************************************************************
Makin dah dekat tarikh keramat tu hati dan perasaan aku dah mula dapat menerimanya..cam ade 1 magnet/kuasa yang mengkehendaki aku untuk amik tau pasal tempat kerja yg baru..Thanks for my hubby yg memahami dan banyak bagi support dalam kerjaya aku tak lupa juga keluarga yg banyak membantu.Yahoo..Mulakan hidup baruuuu.so aku pun dah mula kemas-kemas brg-brg yg dah lapan tahun dok ada bersama dengan aku kat sini..so kemas-kemas dan kemas..bile aku boring aku stop kejap aarr..buat benda lain...Malasnyer nak kemas barang-barang ni..huwaaaaaahhhh..

Siap-siap nak kemas barang - dalam kotak. huhuhuhu
Tempat/bilik aku bekerja pun dah mula nak bersepah-sepah..yelah feeling kat sini dah takde..
ok mulakan mengemas untuk minggu ni n last minggu depan.Last day 19/10/2011

Tuesday 11 October 2011

Congratulations Syafika !

10 Oktober 2011, Isnin, UIA Ye aku cuti cz meraikan majlis konvokesyen Syafika (a.k.a KAKAK among our family) kat UIA Gombak bersama-sama dengan hubby dan adik beradik yang lain serta anak-anak buah (yg 4 orang tuu)..Punyerlah lama tunggu kat luar dengan panasnyer akhirnya keluar jugak lah 'budak kecik' ni dari dewan tu..acara wajib bagi mereka-mereka yang pernah pakai jubah ni of coz ler bergambar...so gambar 1-2 ni buat tatapan dan untuk dikongsi bersama..nak lebey-lebey gi lah kat FB dia.. TAHNIAH KAKAK!
Bunga dari kitorg - share-share jerlah...ala lagi satu bear kecik tu xdelah pulak..
Bachelor of Human Science (Hons) : Psychology n Antropology.
Kakak betul ke aku eja ko punye degree ni?
Kebetulannya pulak 10/10/2011 adalah birthday Hubby Asyura - Azizi yang ke 28 tahun.
so apa lagi celebrate lah kitorang malam tu sekali dengan kakak secara sederhana 1 family.

Chawan @ Bangsar

Kalu terasa nak bersantai  sambil  lepak n jumpa kawan-kawan dihujung minggu, Chawan di Bangsar adalah tempat yang okay dan terbaek buat korang..selain memudahkan untuk korang jumpe (kawan-kawan area Selangor n KL) cz lokasi ditengah-tengah, menu makanan dia pun puas hati dan banyak..aku try dengan hubby based on recomendation orang jugak, so kalu korang suka suasana yang cam warung kopi plus dengan suasana hingar bingar inilah tempatnyer..tempat yang nak menjamu mata melihat ragam orang yang pelbagai cara dan gaya,boleh la korang dok kat sini..bagi aku, aku tak bape suka sangat cz tempat ni terlalu open n riuh..tapi tak salah kalau korang nak try cz makanan dia ok..

Kafe Chawan @ Bangsar Baru ,69  Jalan Telawi 3 (In front of Bangsar Village 2 ) 
Kopi Ipoh RM3.80 - ade bermacam jenis kopi yang disediakan, yang aku ingat kopi tu ikut nama-nama tempat kat Malaysia ni..tu yang buat Chawan ni unik kot..
Kopi Cap Tupai Ice RM5.00
Nasi Tomato Ayam Merah RM11.90 - menu hubby
Ayam dia 2 ketul beb.
Nasi Lemak Ayam tomato RM10.90
Tauhu Goreng RM5.00 - asalnyer aku nak makan tauhu bakar tapi aku tercakap tauhu goreng
nasib baik sedap - Alhamdulillah

Tuesday 4 October 2011

Tarbush @ Jalan Bukit Bintang

Sebelum N3 ni aku ader share dengan u all Retaurant tarbush kat Sunway Pyramid (Post August 2011). so kali ni sekali lagi nak share makan kat Tarbush Jalan Bukit Bintang. Bawak Kaklong untuk try makan kat situ..so hiasan kat dalam memang cantik dan menyenangkan..dekorasi middle-east dengan lantern arab yang bergantung-gantung dan lekat di dinding..sungguh cantik.Macam kat Sunway Pyramid jugak lah, cumanyer ruang yer kecil sikit banding kat sana..makan kat sini mesti try nasi beriani dia ok..Jom scrool kat bawah ni..

TARBUSH RESTAURANT, 138 Jln Bukit Bintang 55100 KL
Tel : 03-2142 8550  /  Faks : 2141 7357

Biryani Chicken - boleh share untuk 2 orang makan (kalu tak makan banyak)
Arayes Cheese
Arayes lamb
Arabic Mint Tea
Saje nak amik gambar tangan tu..tulah tangan kaklong.

Swedish Food Market @ IKEA Damansara

IKEA satu-satunyer tempat yang banyak memberi ilham dan panduan kepada mereka-mereka yang berminat untuk menghias dan mendeko rumah , pejabat  walhal ruang yang camner pun pasti ade yang tertimbul idea-idea yang tak pernah terlintas or difikirkan..ni secara tak langsung nyer aku nak mempromote IKEA..selain dari melihat dan mengambil ilham, membeli-belah or etc, IKEA juga ader tempat yang santai untuk makan-makan. aku suka bile nak beli makanan kat sini..rasa layan jer tolak troli tray dia sambil pilih menu makan kita..hahaha..best dan enjoy, hilang lenguh2 kaki sekejap biler rehat makan kat sini..lebih-lebih lagi menikmati menu yang telah aku pilih..favourite aku kalau kat sini mesti amik menu ni (tanda *)....tengok kat bawah ni taww...
*Swedish Meetballs + cream sauce + lingonberry jam + fries
Yummy..Yummy..simple dan KENYANG
Vegetarian pasta + Tomato Sauce
*Ini pulak desert wajib aku..Kesukaan sangat!
*Soft Bun ni pulak makan cicah dengan mushroom soup dia pulak..Fuhh
1 of the sandwiches yang ade..
Cinnamon bun
Curry puffs  IKEA - ni kalau dulu pegi mesti beli, tapi sekarang aku dah tak beli dah cz dah muak le, dah puas makan dah..
ni ade kat exit IKEA lepas kaunter bayaran - level bawah
Dan air tea n coffee yang boleh di refill sampai kembung -
kecuali cappucino jer sekali refill n guna coin insert dalam mesin tu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...