Click Click!

Wednesday 30 January 2013

Q Thai Buffet Steamboat along Ampang Waterfront

Huhu minggu ni asyik makan steamboat jer la..kononnya dalam proses untuk DIET, hmm dietlah ni nampak gayanya,hehe..Q Thai Buffet Steamboat ni mmg plan dah lama dah nak pergi, try usha masa bulan puasa tahun lepas lagi tapi tak berkesempatan cz ade je halangan. Alhamdulillah tercapai jugak hasrat kami untuk mencubanya. Kalu pergi hujung minggu mesti ramai dan tempat tersangat padat plus dengan riuh rendahnya lagi, cuba u alls pergi tempat mkn cengini pada malam hari bekerja, hihihi tenang dan aman lah sikit.
Sebelum saya cerita lebih lanjut lagi u alls bole view blog Q Thai Buffet Steamboat ni kat http://qthaisteamboat.blogspot.com/ 
Kalau makan yang ala-ala buffet ni gerenti puas hati n kenyang sekenyang, harga buffet RM30+ utk seorang amatlah berbaloi, cz dalam pakej ni dia ade steamboat+BBQ+Dimsum=RM30+ haa , makanlah sebanyak mana yang nak makan. Tapi yang ni menu bukan untuk orang yang DIET ye,kasi ingat sekali lagi..
Q Thai Steamboat - Ampang
Dah dapat meja, terus amik lauk cambiasa
Preparation nak makan, amik letak, amik letak,sampai penuh meja
 
 nak bagitau kat Q Thai ni cendawan dia banyak jenis,ade lebih kurang 4jenis cendawan dia bubuh as a buffet
Sebelum memulakan acara makan.
Lain tempat lain perkakasnya. Memula tengok, aku pun pelik tgk periuk ni.
Cam nilah rupanya bile periuk tu dah diisikan dengan makanan.
Haaa, puas hati makan. Sebelah kuah tomyam n sebelah sup ayam
Steamboat n BBQ, ha camnilah rupanyer!

Wah puas hati kami makan kat sini n harganya berbaloi-baloi.. Tapi sos nya tetap xsama dengan Johny Steamboat.. (jgn marah yea cz suka sgt dengan sos kat Johny tu..
haha the latest info dan dah banyak comment yang aku terima, kata Q thai ni mmg tak halal.. so itulah yang pertama dan yang terakhir aku pegi makan kat situ,,nauzubillah cz aku tak tahu, thanks pada yang memesan dan berpesan-pesan ke arah kebaikan ini. maaf.

Tuesday 29 January 2013

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo at Wangsa Walk KL

Hai  salam kawan, entry kali ni nak citer sikit pasal Pak John Steamboat & Yong Tao Foo Retaurant kat Wangsa Walk KL, actually restaurant ni baru je beroperasi. So nak dijadikan citer lepas jer tgk movie Hansel n Gretel pada cuti Thaipussam yg lalu, perut ni rasa lapar,walhal dah makan dan before movie tadi, so jalanlah kami mengelilingi semua kedai makan. nampaklah kami Pak John ni, Cam menarik jer, tgk menu dulu kat luar n kami pun terus lah masuk, Interior kat dalam memang menarik, kedai mkn ni 2 tingkat yea. so naik atas tau cz view menarik.
Pak John Steamboat & Yong Tao Foo Retaurant
Sekarang ni kat mana2 dah banyak dah kedai steambot.Cuma masing-masing ade cara dan kelainannya yang tersendiri, kalu dibandingkan dengan Johnny Steamboat yang ni lain sikit lah cz ade Yong Tao Foo and BBQ, tapi bagi aku setakat ni aku masih lagi favor ke Johny Steambot tu cz sos dia yang sedap..Emm sedap..Tapi utk Pak John? jom kita review dulu pictures kat bawah ni, lastly baru aku komen n bagi bintang bape?
Ni ruang makan bhgn atas, ade view mkn kat lua  jugak, tapi aku tak nak cz nak mkn dlm aircond
ok ni meja makan, proper n kemas!
 
Pandangan dari dekat - periuk steamboat dia
Sos untuk steamboat n yong tao foo.Butter tu untuk BBQ.
yang ni untuk hidangan set, sori k cz snap pic dlm menu book dia, xdan nak amik yang realnyer
Our drinks : Epal n lime juice
Yang ni side order, tambahan kepada menu set tadi
Inilah dia steamboat n BBQ
Panas dan berasap tau!
Emm Sedap.. bile dah lapar semuanya sedapkan?
  Alhamdulilah selesai makan n perut pun dah kenyang, kami order steamboat jer tak order yong tao foo mungkin lainkali, so far rasanya oklah, selain pilihan kuah steamboat iaitu : chicken sup, tom yam n curry.. huh tak pernah try yang kuah curry punyer mungkin nex time jugak. Rasa sos dia pulak so n so, Pilihan menu untuk side dish dan menu yang lain juga variety cz Pak John ni nak tunjukkan lah jugak kelainan n perbezaan  dia. Harga pulak xmurah, cz cam tak puas hati dengan apa yg dimakan dengan apa yang dibayar..hahaha tapi bagi aku mmg prefer n favor kat Johny steambot lagi, aku leh bagi 3 STAR je lah. tapi xsalah bagi u alls kalu nak mencuba, mungkin bagi korang sedap n kena dgn citarasa u all. try lah dah cuba baru tau.. 

Wednesday 2 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013


Sekejap jer dah bertukar tahun, SELAMAT TAHUN BARU 2013 saya ucapkan kepada rakan-rakan dan sanak saudara. Semoga tahun ni merupakan lembaran baru buat saya dan juga kalian untuk memperbaiki sikap dan meningkatkan prestasi serta kemajuan dalam diri untuk amalan dan ibadah di dunia dan di akhirat.Azam saya sepanjang tahun adalah untuk menjadi insan yang dapat berbakti buat suami, keluarga dan sesama manusia, Insyallah.

Tertarik dengan kata-kata  "Berhati-hati dengan manusia, Bersangka baik biar selalu, Bersangka buruk jangan sekali" mengingatkan saya dalam menjalinkan silaturahim dengan umat manusia di sekeliling kita.. Biarlah kita selalu bersangka baik dengan orang supaya hati dan iman kita tidak dicemari dengan sikap buruk sangka dan iri hati.Perkara dan sikap positif perlu ada pada diri supaya cara pemikiran kita sentiasa dimotivasi dalam suasana kebaikan dan segala amalan dan ibadah kita diberkati Allah SWT...Tapi dalam waktu yang sama perlulah berhati-hati dengan hubungan sesama insan.Iyelah sape yang tahu hati manusia ni kalu tak, tak kan la ade peribahasa "Rambut sama hitam, Hati lain-lain" . Yang penting nawaitu kita haruslah selalu kerana Allah SWT.

Renung-renungkanlah. Selamat Menjalani Dugaan dan Cabaran di tahun 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...