Click Click!

Wednesday 4 February 2015

Cendol Durian Borhan di Kuala Selangor

Lepas makan Mee Udang kami terus mencari Cendol Durian Borhan. Cuaca yang panas begini memang sedap pekena cendol. Nak cari Cendol Borhan ni mudah dan senang saje. Kalau dari arah KL selepas Pekan Kuala Selangor pandu straight akan nampak signboard di tepi jalan dan dari situ memang dah nampak dah. Sampai di sana dalam pukul 4, orang memang ramai ditambah dengan cuti hujung minggunya dan cuaca panas begini semuanya nak menikmati Cendol Durian Borhan ini. 
Tagline kedai "Kenangan yang terigau-igau"
asparaguswhite@blogspot.com
Ni lah rupa dalaman kedai. Maaf ye gambar ni diambil kebetulan ketika kunjungan En. Hubby survey seorang diri. Time ni mmg xde orang diwaktu office hour hari Jumaat. Time kunjungan kami memang ramai sgt orangnya.
Salah satu hiasan di dalam kedai.
Tempat yang sama dengan gambar atas tadi tu. Kami - Jom Cendol!! (baru permulaan, bile dah last penuh dengan mangkuk kat meja kami)
Cendol yang menjadi taruhan - Cendol Jagung Durian + Cendol Jagung Pulut + Cendol Jagung + Cendol Durian = SEDAP rasa santan dan gula + aksesori cendol yang sedap dan sekata.
Kita boleh pilih jugak kalau nak atau tak nak aksesori dalam cendol itu. Macam ni Cendol Durian tapi XNAK cendol hijau tu..Sedap juga rasa macam susu durian (gabungan santan dan durian)
Cendol Jagung Pulut - memang terbaek!! Harga cendol kat sini murah dan berbaloi.
Selain cendol, ade juga dijual Laksa, Mee Kari, Rojak, Waffle, Keropok Lekor dan Western foods (chicken chop, fish n chips, dll) Jadi tak bosan lah dgn menu yg pelbagai kalu nak minum petang di sini..oleh kerana kenyang pekena mee udang tadi, kami xla oder makann lain selain waffle n keropok lekor.
Cendol Durian Borhan ni memang terbaik yang pernah kami rasa. Sebelum ni pernah rasa Cendol Bakar yang sedap juga, tapi yang ni lebih sedap dan terasa, betul dengan taglinenya - kenangan yang terigau-igau
Perghh..rasanya setiap orang dari kami pekena sorang 2 mangkuk dan ade yang share lagi...hihi Enjoy menikmatinya.. total habis RM45.00

Ha itulah dia penangan hebat Cendol Durian Borhan, kalu tak kat Tv tak keluar pasal citer abang borhan ni memang tak tahu pulak kami ade cendol yang lebih sedap. Keep maintain on quality n customer services Cendol Durian Borhan!! Terkejut jugak bile baca artikel keratan akhbar yang diframekan - RM120k pendapatan dijana dlm sebulan, Hebat dan respect dengan perniagaan Cendol Durian Borhan ni.. Rating kami ****4 bintang untuk cendolnya yang manis lemak berkrim.. Try lah tak rugi datang jauh-jauh.

"KENANGAN YANG TERIGAU-IGAU"

 - the ends -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...