Click Click!

Friday 22 February 2013

Cuti-cuti LANGKAWI - part 2

Sambung dari yang part 1, percutian kali ni aktiviti / tempat yang kami kunjungi buat pertama kali adalah Mangroove Langkawi Tour dan berkelah ke Telaga Tujuh. Tempat-tempat yang lain kami pergi jugak cz tempat tersebut memang tak boring, dah kata nama cuti so round sekali lagi ke tempat2 tersebut, tapi yang pasti shopping mesti lah di KUAH. Ok jom layan gambar sambil bercerita.
Pagi lagi dah bertolak,breakfast kat tepi jalan, u all patut singgah kat gerai/warung kampung kat tepi-tepi jalan ni cz harga murah n breakfast dia memang sedap, tapi lauk standard jer tau. kami berhenti mkn keluar sje dr kwsn pantai cenang, Ade gerai sepjg jaln tu, pilih saje yg u all rasa okay.
Roti Canai - garing and memang superb, org melayu yg masak. kat sini org pompuan yg dok tebar roti canai, perghh!!
Nasi Lauk Udang / Daging / Ikan - kena amik 2 bungkus, 1 xcukup cz comel.
Perdana Quay, berhenti bergambar kat sini jap sebelum sampai ke cable car
Lupa nak perkenalkan, inilah Avanza yang kami sewa utk bawa kami berlapan.
Kami meneruskan perjalanan ke cable car, actually kami terpaksa berpatah balik cz masa kami datang awal pagi tadi (+-pukul 11am) perkhidamtan ini ditutup sementara cz very windy dan akan diberitahu kelak, so kami menaiki kereta cable ni adalah pada waktu petang..masa yang ade kami pergi ke tempat lain dahulu.
Jom mendaki gunung
Cable Car Gunung Mat Chincang, actually ni kali ketiga aku naik cable ni, tapi kali ni agak gerun sikit cz waktu ni masih berangin lagi, n kete cable kami ni berayun naik atas bawah, tu yang senyap jerr.
Telaga Tujuh, pandangan dari dalam cable car, kami akan ke situ untuk program esok hari.
Berlegar-legar di pitt stop yang teratas sekali
Habis menikmati pemandangan ni disini turun untuk pergi ke tempat seterusnya.
Berehat jap untuk bergambar (Berjaya Hotel) kat sini selepas pulang dari mendaki Gunung Mat Chincang
Laman Padi, singgah ke sini untuk mengenal padi sebelum balik ke rumah kami.
Adikku orang-orangan - The scacrow
Program pada keesokkan harinya adalah berkelah di Telaga Tujuh, pemandangan memang SubhanAllah.. memang teramat cantik, tapi untuk mendaki ke atas ni..mak aiiiii..pancit n semput dibuatnya. menaiki tangga yang mengalahkan tangga di Batu Caves tu..penat dan tinggi pendakian tangga tu, tapi hasilnya berbaloi,dengan pandangan yang cantik. Mandi?so n so la..
Telaga Tujuh
Air sungai takat cetek cam tu ler..
Aktiviti petang selepas ini  pulak adalah membeli-belah di Kuah - khusus untuk beli coklat dan barang keperluan yang lain dan petang tu jugak sambung mandi di pantai. Oh ya kami juga pergi ke BERAS TERBAKAR, tempat ni kali ni dah banyak dah dengan gerai-gerai jualan produk krfa dan brgn cenderamata. Cukup setakat ini saje cerita saya. Mohon maaf sekiranya tersalah info tentang tempat-tempat menarik di Langkawi ini.Ok sekadar berkongsi pengalaman bercuti di Langkawi. Kami balik ke KL pada keesokkan paginya.
- The Ends -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...