Click Click!

Thursday 14 May 2015

Antong Cafe - Kopi O Kaw

Salam sambung bersiaran dari JJCM di Bandar Taiping.
Pagi Ahad tu sempat lah kami merealisasikan impian anak buah untuk tgk The Avangers actually ni bukan impian diorang cz diorang ni ikut jer..ye ini impian mak n pak sedara dia ni hihihi.. 
asparaguswhite@blogspot.com
Sumaiyah n Abbas, Adif?
Lepas tu kami pi makan di Food Court Taiping Sentral dan berjalan-jalan di kawasan sekitar sini. Sebelum balik tu kami sempat mencari dan singgah di Kilang Kopi ANTONG CAFE. Pekena kopi terbaik di Taiping. Sesampai kami, nampak cam lengang jer kilang kopi ni (around 3pm) kami pun terus masuk ke show house dia. Wow diorang bagi tester rasa kopi yang dihasilkan di kilang ni. Perghh macam macam kami try kopi dari kopi O yang hitam ke white coffee, coffee durian - ni best lain dari yang lain rasanya lemak2 berkrim, mint coffee, roasted coffee, lemon tea pun ade..ale ale ramai pulak pengunjung yang datang. Dah bersesak-sesak..
asparaguswhite@blogspot.com
Pemandangan depan, bile korang sampai nilah rupa kilangnya, dah petang diorang tak panggang kopi, slalu pekerja akan buat di waktu pagi.
asparaguswhite@blogspot.com
 Kilang Kopi Antong - korang juga bole ke www.antong.my untuk mengetahui kisah dan sejarahnya dengan lebih jelas dan details.
asparaguswhite@blogspot.com
Showroom - utk tester kopi dan beli kopi yang diorang jual. Sales person ni akan terangkan dekat u all kopi yang diorang buat.
asparaguswhite@blogspot.com
Ni suasana kat dalam showroom. Tengok belakang tu kopi-kopi kat atas rak. Kopi Luwak pun ade, Tapi xdelah dia bagi tester hihi mahal beb..
asparaguswhite@blogspot.com
Pakat rasa kopi-kopi yang dia jual. Jgn risau Antong coffee  ni HALAL. Selain dia noted kat website dia HALAL, En Hubby dah check dah dgn JAKIM. Rasa kopi durian memang lain dari yang lain. Sedap dan berlemak aku try tapi aku tak beli pun..ggrrrr fikir balik nyesal xbeli.
asparaguswhite@blogspot.com
Aun Tong was founded in 1933 in Taiping, Perak. Its founder, Mr. Tiah Ee Mooi has made his coffee a popular drink among the locals; with his signature product “Antong” remains as a favorite brew among coffee lovers, both local and abroad. The taste is still the same from 1933 - www.antong.my
asparaguswhite@blogspot.com
Ni bhgn atas rumah, kita naik dari show room dia.
Korang juga boleh tengok n round-round kat rumah ni. Adalah barang peninggalan founder ni yang diwarisi oleh ahli keluarganya.Kat dalam rumah ni jugak adalah bhgn admin officenya. Lepas dah puas round turun pulak untuk shopping kopi yang dijual, sambil beli sambil minum lagi. Dah brape cup -cup dia kecik jer aku minum. Xpe janji kita adalah membeli sikit barang kat show room dia ni. Ada macam2 jenis kopi yang diorang ni buat dan jual. Siap recomend lagi yang mana sesuai untuk bagi souvenir dan yang sesuai untuk sendiri2 minum (kopi yang mahal lah harganya untuk souvenir diri sendiri)
asparaguswhite@blogspot.com
Ha tu dia.. stok setahun.. ok From L to R : Kopi O (Serbuk) RM15 / White Coffee RM18 (3in1) / Coffee (Special) RM25 / White Coffee (Roasted) RM18 / Mocha RM18 / Kopi O (Sachet) RM10. Biskut Tongkat/kering RM5. Harga2 ni seingat aku lah kalu silap +- ok. Ada beza bagi setiap kopi ni. Boleh tanya sales person dia kalu u all singgah n check website dia ok.
 Hi biler buat kat rumah memang rasa kopi O dia sama seperti yang kita rasa dekat showroom dia tempoh hari.Hitam, pekat and sedap. Especially beli yang serbuk memang kaw. Cuma letih sikit lah cz kena tapis serbuk2 kopi tu xkan nak minum dgn serbuk kopi yang kasar tu..huhuhu. White Coffee and Mocha pula kene letak susu sikit aje untuk bagi lemak-lemak.
Ok setakat ni lawatan kat kilang kopi Antong ni. Nak rasa kopi yang hitam melekat ada rasa jom datanglah singgah kat ANTONG COFFEE. Terbaik!!!

- the ends -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...