Click Click!

Friday 29 March 2013

Kari kepala Ikan di Taman Wahyu

Kari oh Kari..
Mungkin musim makan kari pada bulan ini dan bulan lepas, my hubby bawak gi makan kat restoran Kari Kepala Ikan di Taman Wahyu Kepong. Nama Restoran ni RESTORAN E & O. Sekali pandang cam restoran cina kan, betullah ni memang  restoran cina - taukehnya yang cina.. kat sini tak tau kenapa jadi famous cz pelbagai bangsa yang makan..dan yang pastinya kari kepala ikan dan pelbagai menu makanan lain yang sememangnya sedap. So bagi sape penggemar kari, terutamanya kari kepala ikan, meh lah try dtg kat sini. pertama kali datang n try makan kat sini..pergghhh memang lah yang terbaek!!selain daripada kari kepala ikan anuar kat bangsar tu..

Ni lah restorannya RESTORAN E & O KARI KEPALA IKAN
 Yang n i alamatnye untuk memudahkan u all mencarinya.
40, 42 Jalan Sibu 8, 68100, Taman Wahyu, Batu 6, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Telephone: 03- 6257 2932 , 6257 8615
GPS : 3.21336,101.670353
Ok sememangnya kari tu pedas. Menu kami semuanya kari, dari ikan ke sotong dan ke ke ketam..sebab tu ler kari oh kariii.Jom layan, maaf atas kualiti gambar yang kurang memuaskan.
Kari Kepala Ikan, dalam ni ade tauhu dan sayur bendi. Lengkaplah. Kalu order ni n makan dgn nasi putih je dah ngam!
Kasi close up sikit gambar ikan tu. Sedap!!
dan lagi, aku transfer ikan ni dalam piring senang sikit nak makan.
Yang ni pulak Ketam kari, masa order tu ketam ni xde kuah, aku ingat kering camtu le, sekali tu datang dgn kuahnye. tapi kuah kari ketam xsama rasanya dengan kuah kari ikan yea..
Yang ni pun sama, Sotong kari masa order ingat goreng kering camtu jer, tp datang camni. All kari. Susah jugak nak bagi tumpuan pada rasa kari. so bile nak order tu tanye betul2 kat waiter tu..huhuu
Lauk yang terhidang untuk di makan - kari oh kari
Jemput makan
Jadi kesimpulan yang dapat kuberikan 4**** untuk rasa kari kepala ikan yang terbaek.. tapi ni mengikut selera aku..so kalu u alls dah try baru tau! Cuma syor aku before u all nak datang makan kat sini, seeloknya call lah dulu, especially masa ari sabtu ahad, coz pengalaman aku sebelum nk sampai tempat ni kali ketiga baru sampai cz tutup... 
Lastly tagline aku Emm SEDAP!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...