Click Click!

Tuesday, 17 April 2012

Pelancong di Kampung Sendiri

13 April hari tu kami balik kampung mak abah kat Melaka, di Melaka memang banyak tempat-tempat yang menarik dan sedang giat diusahakan oleh kerajaan negeri untuk menarik pelancong datang, nak lagi banyak tempat-tempat yg bersejarah (World UNESCO Heritage la katakan). So kat sini kami menjadi pelancong di kampung sendiri.
 MENARA TAMING SARI
Menara Taming Sari - 7 minit tempoh berada di dalam Menara tersebut, kejap je
Pelancong tempatan - itu adalah kami
Pemandangan dari atas menara
MELAKA RIVER CRUISE
Antara tempat-tempat lain yang patut you all kunjungi dan cuba rasai pengalaman adalah degan menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot -  River Cruise, paling syok kalu naik pada waktu malam cz dapat melihat lampu-lampu yang berwarna-warni dan juga keindahan di sepanjang Sungai Melaka yang telah dinaik taraf oleh kerajaan negeri. Perjalanan adalah selama 45 minit.
Kaunter Tiket kat Banda Hilir - Dewasa RM10 dan Kanak-kanak RM5
Bot-bot yang boleh memuatkan seramai 40 penumpang.
Antara pemandangan yang sempat dirakam, yang lain tengah khusyuk menikmati panorama.
-THE END-

3 comments: