Click Click!

Tuesday 2 April 2013

Cuti-cuti di LEGOLAND, Johor

Here I Come ! LEGOLAND, Nusajaya, Johor DT
Entry bulan ni nak kongsi pengalaman yang menceriakan di LEGOLAND, Nusajaya Johor. Sejak Legoland ni dibuka akhirnya kami berpeluang untuk menjejakkan kaki di sana. (sebenarnya Legoland ni kami pergi masa 9Mac yang lalu,lambat nak upload atas sebab-sebab tertentu) Masa otw ke sini kami bermalam di Melaka (kampung halaman) dan esoknya pagi-pagi kami menyambung perjalanan kami ke JB. Tiap kali lalu highway PLUS ni kelajuan kereta haruslah dipatuhi cz speed track banyak sangat. Ade jer Polis yang melakukan kerjanya, tau-tau ade kat celah rimbunan pokok2, hehe nak buat camner dah tugasan merekakan.Ok kembali cerita pasal Legoland ni..Untuk ke legoland ni exit tol nye adalah Nusajaya. Agak sukar jugak untuk sampai ke sini cz signaboard ke LEGOLAND tu teramatlah kurang. Tapi sampai jugak lah kami. Jom kita bercerita sambil tgk gambar yg sempat di snap.

Bile dah masuk jangan lupa amik phamplet ni as your guideline ok.
First hiasan lego dengan Gong Xi Fa Cai - cantik dan kreatif sungguh
Project X - Naik jangan xnaik, gerun n seram jugak le naik benda ni.tapi yg ni replika utk photo shoot.
Yang ni baru real, tinggikan - Project X

AQUAZONE Waveracers
Seronok, nampak simple tapi laju.
Yang ni Technic Twister - adoi pening pala..

Lego Academy
Game ni sendiri naikkan n lepas untuk turun - manual.
Signage LEGOLAND

Remote Control Boat - ahh seronoknya bawak bot

Yang ni pulak driving class utk children sahaja - Junior Driving School
Royal Joust - Knight tunggang kuda
Merlin Challenge - pusing2 jugak
Childrens Show at Lego City Stage - kena check time show dulu.
Rehat dan makan dulu kemudian sambung balik pengembaraan.
Sempat Bergambar dengan mascot dragon ni.
Miniland - very creative and awesome! ada 17 rekaan dari negara Asia. (KLIA, Putrajaya, KL, JB, Spore, India, Myanmar, China, Laos, Pirate, Brunei, Philippines, Indon, Vietnam, Cambodia, Thai, Port Tanjung Pelepas)

Build and Test
Kesimpulannya, Legoland ni seronok untuk budak-budak cz kebanyakkan game yang disediakan mmg  bebudak, masih xbole kalahkan lagi USS - Singapore. Dan juga Legoland ni masih ade lagi pembinaan bangunan bertujuan utk memberi keselesaan kepada pengunjung.Tapi walaubagaimanapun aku bangga lah jugak cz Malaysia ade Legoland. Cayalah!
Cenderamata yang di beli - Food Container & Keychain, jangan terkejut ye dengan harga,walaupun kecil n cute harganya agak mahal lah jugak.
Sebagai kenang-kenangan.
- TamaT -

5 comments:

  1. wow seronoknya! ntah bila la dapat pegi hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegilah biler ade peluang..seronok utk bebudak.

      Delete
  2. wah bestnyer aza...cuti2 dalam malaysia...nk pergi jgk kt sana suatu hari nnti....hehhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...