Click Click!

Wednesday 8 January 2014

Winter di Beijing China - Day 3

Pukul 8.00am memasing sudah bersiap untuk lawatan seterusnya, awal pagi ni kami akan ke Great Wall / Tembok Besar China yang menjadi kebanggaan sejarah dunia. Wahh tak sabar rasanya dengan perjalanan yang mengambil masa +- 1jam lebih. Dalam perjalanan our tour guide Petty menceritakan sejarah dan kehebatan Great Wall ini. Memang teruja dan masing2 xsabar nak tgk dgn mata kepala sendiri. Sampai di sana memang Subhnallah dan pemandangan yg memukau jiwa. Cantik dan nyaman beb!

Kami diberi masa selama 3 jam untuk menikmati pemandangan disini
Tembok Besar yang dibina bermula zaman Dinasti Ming. Pandangan yang menikam kalbu aku.
Asal Panjang Great Wall ini mengikut tinjuan arkeologi adalah +-9000km. Tetapi atas sebab kerosakan yang tidak dapat dibaik pulih, +-6400km sahaja panjangnya - boleh refer internet untuk kisah sejarahnya.
Perjalanan untuk mendaki ke Great Wall. Cuaca dan udara yang nyaman dan sejuk.
Tangga yang tinggi dan mencuram.


Sebelum nak mendaki ke tembok besar tu nampaklah kunci mangga ni bergayut2 kat sepanjang tembok tu, konon bila kunci mangga tu diikat disini oleh pasangan yang bercinta /berkahwin sebagai tanda simbolik kasih cinta kekal abadi lah gamaknya.. Haaaaa jangan nak buat pulak yea..
Cukup 3 jam lebih kami pun nak pegi lunch pulak. Alhamdulillah setakat hari ni restoran makanan chinese muslim yang dibawa oleh tour guide kami ok n boleh diterima oleh tekak aku, So xdelah rasa kelaparan sangat disamping bekalan sambal goreng ikan bilis mak dan serunding daging dan ikan yg dibawa menambahkan lagi selera makan kami. Penat memang terasa sangat, tapi lawatan di kedai2 wajib  perlu diteruskan juga.  Lawatan ke Kilang Mutiara (FRESH WATER PEARL) bagi melihat pembuatan krim penjagaan muka dan mutiara yang terbaik di China. Bukanlah kilang actually kedai dan bilik pamerannya. kat sini aku takde beli apa2 as a souvenir. Lawatan seterusnya sebagai penutup pada hari ini sebelum makan malam kami melawat dan bergambar di Stadium Olimpik Beijing 2008 dan Water Cube.

Cuaca waktu ni dah nak gelap dah.

So setakat ni sahaja, bergambar disini xbanyak sangat disebabkan cuaca semakin gelap dan suhu pula masa ni -6`C, sejuk tu mak oii..cepat-cepat balik naik bas semula dan ready untuk dinner. Pastu beristirehat di bilik hotel. 3 tempat dalam satu hari.

- To be continued on Day 4 -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...