Click Click!

Monday 14 April 2014

Aroma Ikan Bakar di Jeram, Kuala Selangor

Assalamualaikum semua, kali ni berkongsi pula JJCM di Aroma Ikan Bakar Jeram Kuala Selangor. Maaf sebenarnya aktiviti makan bersama keluarga ni dah lama dah, gambar-gambar terperap di dalam komputer sekarang ni lah ade masa nk mengupdate mana-mana yang patut untuk dikongsi bersama-sama. Makan di Aroma Ikan Bakar ini dijamin kepuasannya dari segi rasa makanan dan harganya ( tapi selalunya harga seafood ni bergantung kepada naik turun harga di pasaran yea) cz masa aku pergi makan dgn family mmg berbaloi harganya. sekali sekala makan takpelah kan? yang penting kualiti masa dengan family itu yang lebih manfaat dan utama. Ok kita tgk picture sambil bercerita sikit k.
Aroma Ikan Bakar 017-3163117 / 019-2084452  Address : Batu 19 Jln Pantai Jeram Jeram Kuala Selangor
Inilah gerbang pintu masuk ke Aroma Ikan Bakar, Time ni petang. Kalu takut tempat takde u better make a reservation dulu, tapi aku call byk kali tempat full aje, Byk kali aku pergi mmg semuanya walk in. Alhamdulillah kebanyakn dpt tempat yang best view dia.
Sementara diorang chop tempat kitorag yng lain pergi memancing mana-mana yang patut untuk djadikan santapan family hari ni. Kat situ ade senarai harga untuk ikan dll.
Hasil tangkapan, 2 bekas ye, yang ni baru 1. Jenuh pulak nak pikir masak apa.
Bile dah kaut memana yang patut dan perlu tu jenuh pulak aku dgn kaklong nak pikir masak apa. Banyak jugak seafood yang kami amik dalam bekas tu. pikir punyer pikir so ni lah menu kami.
Ikan merah masak pedas, yang ni mmg sedap, kuah sedap dan pedas
Tu dia, rasa yang ranggup n fresh - ikan merah masak pedas
Ikan Merah Masak Pedas ni disebabkan dia paling sedap so aku post sampai 3 gambar dia
Ikan siakap masak stim
Haish nampak menarik dan lazatkan? Ikan siakap stim
Ketam Goreng Cili - ni paling sedap yang ke2
Sotong celup tepung - hah ni paling laju abis beb.



Udang masak Petai - besar giler udang n puas makan dengan nasi

Close up sikit - Udang Masak Petai
Ikan Pari Bakar - kata makan kat Aroma Ikan Bakar, so mesti lah kene ade ikan bakar
Ikan Pari Bakar - cicah dengan kuah cili kicap dan kuah asam yang sedap dan membangkitkan selera kami anak beranak.
Sotong Bakar pun sedap jugak selain dibuat sotong goreng celup tepung

Pelengkap menu - kangkung goreng belacan (kangkung dulu naik sekarang dah turun...)
 Alhamdulilah sambil makan sambil berborak2 dgn family, mmg masa yng paling menyeronokkan buat kami. Kenyang sungguh.
Makan sambil menunggu matahari terbenam
Hampir2 sunset - Subhanallah. utk pertama kalinya aku dpt menyaksikannya
Keadaan di waktu malam after magrib, orang ramai beratur panjang, by tis time kami dah nak beransur pulang ke rumah
 Alhamdulillah, puas hati kami dgn menu n rasa makanannya. Dekat sini kemudahan seperti surau dan bilik air disediakan, Jadi jangan makan sampai tak solat pulak. Dari segi customer service nya agak so n so mungkin disebabkan ramai orang jadi agak lmbat sikit masa preparation for our dish itu. so kena sabar sikit menunggu, Nasib baik ade pantai kt depan tu, so bolelah menenangkan perut yang sdg berkeroncong sambil sabar menunggu. Hihiihi.. Terbaek!!!

p/s otw nak ke Jeram ni jangan lupa singgah ke Cendol Bakar, boleh drive through jer, jimat masa.
Adoiaiii aku tgk gambar yang aku upload ni terliur n terbayang-bayang rasanya..hahaha

16 comments:

  1. penah gak mkn kat sini...sedapkan! tp kalo weekend mmg org ramai giler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betulkan iman, ramai sgt org kalu weekendnya

      Delete
  2. aduh aduh sedapnyeeeeee.......

    ReplyDelete
  3. Kali ni mkn. ..mahal daa

    ReplyDelete
  4. Salam..hye puan..arap maaf dan sy nk mnx tolng supya perbetulkan no yg puan tertera kan diatas kerana no tersebut adalah no medan ikan bakar bukan aroma..harap maklum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke, maaf. sudah dibetulkan. tapi nur hidayu tak letak dekat comment no yg sebenarmya..

      Delete
  5. Baru2 ni nk mkn aroma ikan bakar ingtkn buka hari isnin sekali dtg tutup sum datang dah kol dulu upanya kol medan ikan bakar so xde pilihan cuba la medan ikan bakar secara jujurnya aroma ikan bakar mmg tebaikkkkk mmg nk mkn ketam msk cili so order la xsama ketam n ikan pon x berapa masak huhu frust.... so mggu ni nk g lagi aroma nak lpskn geram huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi selagi xdapat memang akan teringat2..selamat melepaskan geram kt ketam masak cili ye sarah nadia.

      Delete
  6. Baru cadang nk gi aroma sok...walk in...hrp2 dapatla tmpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah kalau dah rezeki mmg ade untuk kamu.

      Delete
  7. Sorry la. Dah makan 2x, memang masakannya tak sedap. Kerang dari plastik, tak fresh, ikan pun tak fresh. Udang dan sotong ok. Yang menarik sebab dekat dengan pantai. Angin pantai rasa nyaman.

    ReplyDelete
  8. Memang.... banyak kurang segarnya.... segar lg di gerai selekoh pantai remis.... cuma semua lauknya bakar je...

    ReplyDelete
  9. Sedap tak sedap itu tekak masing-
    masing...he he...

    ReplyDelete
  10. salam nak tanya. restoran ni buka pukul brapa ye? tq reply

    ReplyDelete
  11. Sy sbagai org pertama kali mkn dekat sini. Sy kurang berpuas hati dgn masakan yg sediakan. Tempat memang A...,makan tidak boleh lawan di tanjung dawai,kuala kedah di kedah..kuala perlis di perlis..kuala gula,kuala sepetang di taiping perak..kukup di johor..ini tempat yg pernah sy merantau dan menikmati hidangan yg lebih sedap dan enak dimakan...������������

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...