Click Click!

Wednesday 31 December 2014

Cuti di Bandung kali ke2 (20-24 Dis 2014)

Alhamdulillah sebagai penutup tirai untuk tahun 2014 kami sekeluarga dapat bercuti di Bandung buat kali ke2. Ahli keluarga yang sejumlah 9dewasa + 1kanak-kanak akhirnya memilih destinasi Bandung untuk bercuti dan beli-belah. Ketiadaan keluarga abangah untuk rombongan kali ni kerana mereka baru sahaja pulang bercuti dari Bukit Tinggi Indonesia - office trip. Memandang kan entry cuti-cuti yg terdahulu aku ade citer pasal Bandung lebih kurang details kali ni just short n simple. Bercuti kali ni diuruskan kami sendiri,kira pergi without agent. Kami direct berurusan dengan orang di sana dalam menguruskan persiapan kami. Ok just check out through picture.
Inilah rombongan kami anak beranak, kali ni syuazi, my mother n my grandma - makwe ikut sama. At KLIA flight kami MAS pukul 8.30pm dan akan mendarat di Airport Jakarta. Di sana sudah ade yg menunggu utk di bawa kami ke Bandung. Rest n relaxkan badan untuk aktiviti esok hari.
Aktiviti shopping di tempat kunjungan wajib Pasar Baru - kami ke sini 2kali. Sekitar kerenah di Pasar Baru. Makwe sampai dok di tepi tangga sementara menunggu turn yag lain utk mbeli kerepek dan snacks. Beli kain lace, telekung, baju-baju, kasut, beg kat sini murah.Jgn lupa tawar-menawar sampai puas hati.
Gerai jalanan yang menjual Pisang Keju, Fenomena pisang keju di Bandung ni mmg dah lama. Kita kat Malaysia baru tahun ni - Pisang Goreng Cheese. Tapi kat sini pisang kejunya lain,u all should try. Alhamdulillah mkan mknn di tepi jalan ni masing masing xsakit perut.
 Aktiviti ni aku share tidak mengikut turutan hari yea, just picture story telling saja yea. Lupa lawatan kami ni mengambil selama 5H4M (20 -24/12/14). Selain tempat membeli belah yang kami kunjungi seperti Pasar Baru, Rumah Mode, FOS Factory Outlet, Paris Van Java Mall dan lain-lain lagi turut juga berkunjung di kawah gunung berapi - Tangkuban Perahu dan Kawah Putih.
Sekitar aktiviti di Tangkuban Perahu. Cer try rasa teh bandrek (teh halia + lada hitam) Kawah Ratu adalah kawah yang terbesar yang boleh dilihat dekat dari arah situ. Topi merah itu adalah tour guide kami yang baik budi dan servisnya - Pak Agung, terbaek!
Singgah di Floating Market utk singgah merasa makanan di sekitar Bandung. Tempat yang cantek dan unik,di mana makanan disediakan dan dijual di dalam perahu. Nak beli kena tukar duit kita dan gunakan coins yang diberi sebagai exchange. Ikan kt kolam mak aihh gemukgemuk.Masuk ke dlam ni di sambut dengan Welcome Drinks yang menghangatkan badan sekejap.
Singgah di Kawah Putih yang kelihatan seperti tasek air panas yang besar. Di Tangkuban Perahu kita tak bole turun ke bawah tetapi di Kawah Putih boleh turun n dimestikan pakai penutup mulut bagi mereka yang tak tahan bau sulfur. Bole jugak aku celup celup kan kaki but no swimming haaa...Sepanjang perjalanan teramatlah cantik alam ciptaan Allah SWT. it looks like Cameron Highland cz pemandangan landang teh dan kebun sayur di laman rumah sahaja.
Inilah kenderaan yang akan bawak naik ke atas..hihi mcm2 pengalaman. Masa naik punyerlah sistematik pakai kad lagi mcm kita naik Star LRT, tapi bile nak turun,Hampeh! Berebut-rebut. xsangka selama ni tgk kt TV kali ni experience sendiri hahaha - insta #azahlizz

Pakai mask, nasib baik dah siap bawak dari rumah. sape yang ade asma mcm aku,huhu memang terpaksa pamlah ventolin tu. Tempat cantek tapi tak leh dok lelama cz udaranya yang xbagus utk kesihatan.

Malamnya singgah makan di Restoran Belacan, kikiki unik sikit namanya tapi deco hiasannya mmg class n best. kalu weekend sini siap ade liveband, tapi kami xsempat peluang tu cz katanya baru je semalam band nya. Makanan ok n harga pun ok ala ala harga Secet Recipes or Vivo gitu. Aku try Nasi Goreng kambing dlm gambar tu. Yg teko tu tea jasmin. Makwe kita tu depan air color-color..
Saje nak tunjuk roti bentuk buah koko ni at Bread Life. insta #azahlizz
Warung Misbar ni pak Agung bawa kami untuk lunch. Sambil makan sambil nonton katanya. Iye bile masuk dalam ni mmg suasananya lain. Disiarkan movie  cite-cite Indon yang lama untuk ditonton dan santai. Cantek. Diorang ni mmg pandai dan bersungguh kalau menghias kedai mkan diorang.

Sempat bergambar kat future wall dengan gambar retis lama. Ingat artis Suzanna - movie Sundel Bolong

last sekali - sudah sampai Malaysia tanah Airku Tercinta
 So setakat ini sebagai penutup cerita Cuti di Bandung Kali ke2 dan penutup tirai untuk tahun 2014. Tanya tiap seorang ahli semuanya kata ingin berkunjung lagi di samping seronok untuk membeli-belah dan tempatnya mudah bagi kita orang Malaysia. Makan minum pun ok cz Bandung 90% adalah beragama Islam. Terima Kasih yang tak terhingga kepada Pak Agung as our tour guide kami yang sedia melayan karenah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat kami sekeluarga. We all Miss U Pak Agung..
So emak saya cakap dia nak pergi lagi..hihihi soo kena kumpul duit lagi for next year.
sori kalu tersalah info dan maklumat.
-the ends-
 #Cuti-cuti Jakarta-Bandung day 1-4

1 comment:

  1. Bismillah..
    Assalam / Salam sejahtera Tuan,puan,abang dan kakak.
    Perkenalkan kami team Irdi Tour Bandung,

    Jom gi bandung!! Habiskan masa terbaik tuan/puan abang dan kakak disini Kami bisa hantarkan untuk berpusing pusing dengan harga jimat dan service bintang 5 tuan/puan bisa bersenang senang menikmati cantik nya kota bandung. Sila hubungi IRDI TOUR BANDUNG berkenaan promosi percutian di Bandung,atau melayari

    Blog : www.keretamurahpelancongan.blogspot.com
    Contact Person : +6281322167717
    Whatsapp : +6281214741600 / +6281220477335
    Email : irditourbandung@gmail.com

    Dijamin Irdi bagi harga sangat murah dan berpatutan serta layanan yang sangat baik Facebook Irdi tour Bandung amat mengalu-alukan kedatangan Tuan / Puan.
    Waalaikumussalam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...