Click Click!

Friday 22 February 2013

Cuti-cuti LANGKAWI - part 1

Salam semua, cuti-cuti kali ni bercuti di Pulau Langkawi Kedah DA sempena dengan cuti Hari Wilayah Persekutuan 2013. Planing cuti ke sini kami menaiki flight cz ticket Air-Asia siap dibeli dari tahun lepas lagi. beli awal-awal of course le murah n berbaloi. Pulau Langkawi walaupun dah banyak kali kami datang tetap tidak menjemukan cz ade saje aktiviti n tempat-tempat yang baru untuk dikunjungi. Tiba di Langkawi pada malam hari tak banyak aktiviti yang dpt dilakukan selain makan malam n terus check in bilik di Pantai Cenang. Kami menginap di budget motel Mali Perdana, Pantai Cenang. Banyak mat2 n minah2 salleh yang dok menginap kat sini, dorang ni pun macam kami jugak cari yang budget2 n nak dekat dengan pantai.
Pantai pun dekat jer n bersih..Huhuu keluar bilik jalan terus ke belakang dah nampak Pantai Tengah katanya walaupun kami dok kt pantai Cenang.
Address:
(Next to Tanjung Malie Beach Resort n berdekatan dengan Waterworld)

Lot 972, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Langkawi Kedah 07000 Malaysia
Tel: +604-9533 882/ 888 Fax: +604-9533 883
Pantai Cenang sekarang ni dah maju and happening, dulu kami pergi xde Mcdonalds, Starbucks, OldTown Kopitiam, KFC etc..sekarang ni mak aiii semua dah ade..sepanjang Pantai Cenang tu penuh dengan kedai-kedai yang macam-macam depa jual. Dari restoran n gerai makan hingga ke kedai2 baju, peralatan renang n macam2 lagi lah..memang best n happening. Boleh rehatkan minda dan badan sekali boleh cuci mata hihihi..Hari 1 kami terus buat Langkawi Kilim Mangroove Tour yang ni benda baru buat kami cz island hopping kami dah pergi 2 tahun yang lepas. Ok jom tgk gambar sambil citer.
Lokasi:Jeti / sesi briefing dgn package tour yang kami pilih - 2jam tour RM250 (1bot) bil kami cukup utk 1boat (Mali Perdana yang uruskan tempahan)
Memulakan destinasi 1 : tempat Sangkar ikan
View sepanjang perjalanan - tempat parking kapal
Destinasi 1 : Petugas yg bagus - menceritakan kpd kami apa yang ade dlm setiap sangkar ikan yg dipelihara
Semua dapat sentuh n pegang belangkas dan siput. Belangkas tu, ingat tak citer Predator?belangkas tu samalah cam predator.
Yang menjadi tarikan utama adalah ikan sumpit "Archer" cz ikan ni boleh menyumpit air utk jatuhkan makanan yg dicarinya.
Ikan pari yang datang bile dipanggil, besar tau, ni ikan pari yang kita mkan tu.
Next ; menyusuri masuk ke dalam Gua Buaya
Pintu gua keluar dari Gua Buaya
Pemandangan sepanjang perjalanan

Next : berhenti untuk tengok Helang menyambar makanan, lama jugak kami berhenti kat sini cz rezeki kami time ni dapt tgk DOPLHIN berenang kat sini, seronok! Dolphin tu sesat, kesian.
Hot Spot View : tempat yang ramai stop untuk amik gambar

Next : Pulau kasut - laut Andaman
Mangroove / paya bakau
Next ; Gua Kelawar, dapat tgk batu stalaktik dan stalagmit, cantik giler.
beware of monkey!! pantang tgk beg plastik n beg yang terayun2 mesti dia attack korang punyer. pengalaman ngeri. xsuka monyet, xphm nape org kata monyet ni kiutttt!!
Brother yang bawak kitorang, memang sporting n sempoi brother ni cz cara pengendalian bot dia memang superb, siap ade corner baring lagi. Enjoy n fun kitorg dibuatnye. Boleh contact untuk tempahan.
Habis sudah 2jam touring di KILIM GEOFOREST PARK, tapi kami rasa masa kami terlebih cz excited tgk Doplhin yang tersesat tadi. Memang enjoy. Ok ni baru activity setengah hari, jap ni kami plan nak pergi ke tempat yg wajib kami singgah kalau bukan....
Telaga Air Hangat, tapi sayangle, tempat ni cantik tapi terbiar jer
Cantik tapi sayang..???
Makan Mahsuri - xsah kalu tak pergi, we all beli minyak,bam etc berasaskan gamat kat gerai jualan sini.
 Huh penat seharian kamipun beransur untuk pergi makan, dan pulang ke MaliPerdana, tapi petang tu ni aktiviti kitorag di Pantai yang indah.
Berpeluang menyaksikan dorang ni memukat/menjala ikan di pantai, time ni air laut nak pasang.
Tengah menyelamatkan anak ikan ke laut, kesian tgk anak2 ikan ni mati, dorang hanya amik ikan yang besar je. Penat usaha aku n org lain  utk menyelamatkan anak2 ikn ni.
Mati jugak anak2 ikan yg tak sempat dibuang ke laut..kejam!! tak sampai hati tgk cz aku ni Pencinta Alam.


Adif seronok mandi kat pantai ni.


Sun Set

So itu aje aktiviti untuk arini, malam keluar untuk makan dan berehat untuk kumpulkan tenaga di hari esok pulak.  
To be Continued.

6 comments:

  1. akak pantai cenang mmg antara tempat yg paling happening waktu mlm kt langkawi..pastu bnyk mat n minah salleh..hihi..

    alin kalau g langkawi suke dok rumah persekutuan hanya rm65 jew semalam..puas hati pun dekat dgn pantai cenang..alin mmg niat nak g langkawi lagi sbb last 2 year pegi bwk mak..mak tak dpt naik cable carr..sedey..cuaca tak mengizinkan..

    akak amik pakej g gua..laut..pakej g pulau dayang bunting tak amik ker kak..? akak tak sempat nak snap dolphin tu ker..ruginyerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dok umah persekutuan yea, kaza tak pernah lagi dok uma kerajaan ni, camner yea nk apply??

      island hopping dah 2x kak aza naik dah, so yang ni mangrove tour mmg seronok, aktiviti ni baru jer ade.

      xsempat nk snap gambar doplhin tu, tp sempatla amik video tapi xleh nak download cz file video beratla.camner nak ringan kan video file 300mb?

      Delete
  2. alamak kak itu ke ghupenyer pari yg slalu kite mkn tu..apasai gelap sgt? belangkap ngan siput tuu ngeri jeww geliii

    ReplyDelete
  3. Salam. Bole email saya no bot tu.tq.. syafiq_toya@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. lama tak jejak langkawi..last pergi tahun bile ntah..sebelum kahwin..
    tapi time naik bot tu xdapat masuk gua buaya tu,air pasang.

    salam perkenalan sis .& jemput ke blog nana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Nana,
      Alahai ruginya tak masuk kat dlm gua buaya tu. Langkawi mmg xjemu kalu pergi berkali-kali.. Saya nak berkunjung ke Langkawi bulan Mac ni untuk amik pengalaman tgk LIMA2015 (19-21/3/15)
      - dah singgah di blog nana yang penuh informasi shaklee n already follow yours.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...