Click Click!

Wednesday 8 January 2014

Winter di Beijing, China - Day 1

Assalamualaikum, firstly i wish u all dengan HAPPY NEW YEAR 2014, dengan harapan dan semangat tahun ni akan dimurahkan rezeki, sihat walafiat dalam mengerjakan ibadah dan dipermudahkan segala perancangan. ok entry kali ni dan untuk tahun ni adalah untuk kongsi dengan u all tentang CUTI-CUTI aku dan En Hubby serta my sister n family dekat Beijing China yang kitorag pergi masa krismas tahun lalu 2013. Alhamdulillah tercapai hasrat aku nak pergi bercuti di Beijing, mak aiii waktu yang aku pilih lak tu WINTER! amik kaw. Takpe memang aku yang nak merasa winter di negara orang. Sekali dengan en hubby dan kaklong aku heret sama. Winter kali ni mmg lah first time yg aku rasa, yelah i menetap di Malaysia dengan iklim khatulistiwa - hujan dan panas sepanjang tahun.
Pada 20 - 25  Disember 2013 (6H 5M) yg lalu, kami bercuti  mengikut travel agent yang kami anggap macam family kami juga cz masa bercuti di Bandung juga kami guna travel agent yang sama - Syifaa Holiday and Leisure Sdn Bhd. Sebelum ke China ni kami research sikit tempat2 yang bakal dikunjungi mengikut jadual yang disediakan, baik untuk persediaan dan kelengkapan serta mengetahui pengalaman2 blogger yang dah pernah pergi ke tempat2 ni.
so kita bercerita menerusi gambar ok.
Possing sikit,aku + En Hubby. Berkumpul di LCCT  menaiki Air Asia-X, perjalanan mengambil masa selama 6 jam.
Inilah hotel tempat kami menginap yang terletak di Happy Village. Hotel quite okay n selesa.
Pemandangan di luar hotel, masa ni pukul 9.00am, masa China dan Malaysia adalah sama, cuma siang sini singkat - 4.30pm dah maghrib, Suhu masa ni mencecah -4`c. so memang dah kena lah pakai winter coat. Sejuk! Grrr grrr..semakin lama suhu semakin menurun dan sepanjang kami berada suhu pernah mencecah hingga ke -8`C.

Hari pertama lawatan kami berkunjung ke Tian`Anmen Square atau Dataran Tian`Anmen
Dataran Tian`Anmen yang merupakan sebuah dataran yang terbesar di dunia ianya bersempadan dengan Bangunan ‘Chairman Mao’s Mausoleum’ & Great Hall of People.
Kami sekeluarga. Selepas our tour guide - Petty bercerita sedikit tentang sejarah tempat ni kamipun berposing bagai.
Jeneral Mao Zedong pemerintah yang menjadi kebanggaan rakyat China

Entrance untuk masuk ke Forbidden City aka Kota Larangan
Pernah tengok citer Karate Kid tak? yang Jaden Smith berlakon tu dia ade sentuh tombol emas kat pintu gerbang ni, menurut kepercayaan diorang sentuh bende ni bole bagi luck. dengar bole percaya tak mau haa
Lawatan kat sini memang memerlukan stamina yang kuat cz kawasan yg luas dan kena berjalan tanpa henti - tapi sambil jalan tengok pemandangan indah memang menarik. ni dah kat luar dari Kota Larangan. tasik tu mula dah nak membeku. Pokok2 pun ala2 winter gitu.
Singgah solat Jamak di Masjid Niujie, sebuah masjid tertua di Bandaraya Beijing yang berusia lebih 1000 tahun.
Pandangan di dalam masjid.
Antara pemandangan di sepanjang perjalanan
Gunakan basikal dan motor elektrik untuk kurangkan pencemaran
Yang baju pink itu - Emmy our tour guide from Msia
Org Uzbek jual kacang di luar restoran China Muslim, tempat kami lunch. Sedap u kacang ni. Baju biru tulah Petty our tour guide from Beijing. Org Uzbek ni akan ikut je kat mana u all singgah makan, shopping n solat kat situ lah dia ade jugak. Loyalty will follow u all.
Ke pusat urut kaki tradisional China iaitu ke Pusat Perubatan Herba China yang menyediakan urutan kaki percuma (Foot Massage). Takde maknanya percuma cz dalam percuma diorang akan tekan jugak u all untuk beli produk/ ubatan diorang. Mahal beb. Org China mmg tahu rakyat Malaysia ni suka berbelanja so pandai-pandai u all lah.Tapikan diorang urut memang best n sedap sangat, lega kakiku. Siap buat pedicure lagi tapi kenelah bayar 100yuen means RM50, habis dia buang n kikis kulit2 keras kat tapak kaki. Bersih kakiku.Tu lah yang aku ckp tadi dlm pada free mengena jugak beb..
Lepas ke Pusat Perubatan Herba China di Sport Centre kami dibawa tengok Pertunjukkan Akrobatik China. memang superb dan seronok menyaksikan show diorang ni melentik badan sana sini. Hebat!! Tapi i tunjuk gambar pentas dia jer, cz masa show xdan nk snap cz tgh khusyuk. Paling best masa 4 biji motorsikal masuk dalam globe n diorang berpusing2 dgn lajunya.
 So untuk u all kalu pergi pun wajib baca kisah2 blogger yang pernah pergi, cz pengalaman yang diorang rasa aku pun dapat merasakan serba sikit lebih kurang sama. And dah boleh agak dah kalau diorang nak tiow korang, Thanks pada blogger yang share pengalaman mereka yang menjadikan panduan kami disana. Dan bacalah sikit sejarah Negara China ni untuk pengetahuan kita agar kita lebih memahami kebudayaan, ekonomi dan sosial masyarakat cina disana. Bagi aku Bandaraya Beijing ni memang teramat bersih dan tiada amalan vandalisme disana jika dibandingkan dengan kita. Kemudahan dan keindahan alam dijaga walaupun dengan kepadatan penduduk yg sama dengan rakyat Malaysia ( +- 24juta penduduk Beijing = jumlah penduduk Malaysia ) Cuma tetap juga ade kekurangan dan kelemahan diorang - masalah tandas yang kotor (tandas kita???)
Wah itulah seharian perjalanan kami dari pagi sampai ke malam, esok kena kua awal sikit, pukul 8.00am dah kena berkumpul di lobi. Wah tak sabarnya nak tunggu acara esok..

- To be continued in Day 2 -

4 comments:

  1. as salam dik...happy new year...wahhhhhh seronoknyaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak ima, happy new year too..
      time aza winter kak ima pun winter jugak kannnn...hihi

      Delete
  2. as salam dik....happy new year...wahhhh sonoknyerrr makan angin & jamu mata...:)

    ReplyDelete
  3. cntik sgt forbiden city tu especially kat area tasik huhuhu xsabo nyer tq 4 sharing ye :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...