Click Click!

Wednesday 8 January 2014

Winter di Beijing China - Day 2

Selepas breakfast berkumpul di lobi untuk perjalanan yang seterusnya iaitu ke Kilang Batu Jade dan Kristal. Ha kat sini boleh lah percaya kalu kita nak beli jade, ingatkan murah mahal la jugak, tu yang aku pelik kata kilang supposed murahlah, emm tapi beli jugak as a suvenir untuk diri sendiri. Tour guide di kilang ni bagilah citer sikit pasal batu jade ni dan yang paling penting dia beritahu kita untuk kenal pasti jade tulen dgn jade palsu, dan bagitau cara untuk kenal pasti kualiti sesuatu batu jade itu bergantung kepada bunyinya, ha mcmane tu??hihi.

Ok nilah jade yang bernilai di dalam lemari kaca ni
Yang tu pillow jade - bantal jade, bantal kepala untuk sejukkan kepala khusus untuk yang ade migrain katanya akan kurangkan sakit dan membantu peredaran darah berjalan lancar.
Lepas dah habis membeli gelang jade di kilang aka gallery ni kami pun menuju ke Badaling Ski Resort. satu tempat meluncur ski yang paling terkenal di Beijing. Anda boleh melihat kehebatan peluncur ski dan boleh merasai sendiri pengalaman bermain ski dimusim salji ini. Peralatan ski adalah kos sendiri. Kos yang perlu u all sediakan adalah tiket masuk + sewa kasut n ski + baju (tak perlu membazir) + coach (tak perlu, belajarlah sendiri cz dia charge 1jam untuk RM135, memang x worth it, u all bole reti dgn sendirinya kalu tak nak membazir duit), simpan utk shopping lagi baek!
Apalagi tempat main ski n di kawasan pergunungan dan dapatlah merasa main itu salji.

Entrance nak masuk
Possing dulu sebelum nak main ski
Taraaa aku dah pakai kasut ski, macam robot pulak aku rasa. payah benor nak berjalan.
Huhu Sejuknya.. reti ke main tu? memula memang lah payah tapi pastu bolelah asal gerak je la beb. Merasa jugak jatuh tapi xsesakit kalau jatuh kat tanah.
Badaling Ski n Resort - Kawasan bukit salji atas tu untuk yang dah pro n  terror, n lagi satu kawasan bukit untuk yang baru2 nak terror.
Yang paling seronok adalah Adif, terror dia main ski ni, siap naik kat atas lagi then turun bawah bersama papanya. aku setakat luncur kat bawah ni jela..
Seterusnya perjalanan kami diteruskan lagi ke Pusat Pembuatan Koyok (Bao Shu Tang). Kat sini kami disambut oleh pegawai lawatan yang bertugas dan diberi penerangan mengenai ubat dan minyak yang diorang jual di dalam bilik penerangan. Siap ade cabutan bertuah lagi, Luck nya aku yang berjaya dalam cabutan bertuah itu, so dapatlah aku balm krim bao fo ling yg berat 30g itu dgn percuma (harga 1 ni RM55) Macambiasalah pelbagai promotion untuk bagi laku produk yang diorang jual. Harga promosi xde yang puluh-puluh yen semua main ratus yen aje. So beli jugak lagi aku balm tu dan koyok ubat herba yang diorang jual tu as a kegunaan sendiri untuk diguna pakai di rumah nanti. Selepas ni perjalanan pulang ke restoran untuk makan malam kami dan pulang ke hotel untuk berehat. Esok nak bangun awal lagi pukul 8.00am di lobi hotel.
p/s Untuk lawatan ni xsape pun antara kami yang snap the picture, mungkin penat cz memain ski itu. 
-The end-

To be continued on Day 3

3 comments:

  1. syoknyer main ski pastu dpt sentuh salji kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. merasa jugak winter di sana iman

      Delete
    2. berapa harga untuk masuk dalam ski resort tu?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...