Click Click!

Wednesday 8 January 2014

Winter di Beijing China - Day 4 and Day 5 (last day)

Aktiviti untuk hari ke 4 pulak, pagi tu kami di bawa ke SILK Showroom yang terkenal dengan kain sutera China. Kedatangan kami disambut mesra oleh pegawai lawatan disitu dan diberi penerangan yang jelas dengan produk sutera mereka.

Ha tu ha tgh khusyuk bagi penerangan tentang ulat sutera.
Inilah rupanya kepumpung ulat sutera yang menghasilkan kain sutera. Ade ulat dalam tu.
Setelah sesi penerangan, kami di bawa ke tingkat 1 untuk produk sutera bedsheet,cushion. Tingkat 2 pulak adalah untuk pakaian - kain meter. Belilah jugak as a souvenir.
Selepas lawatan ke Silk Show room itu terus ke destinasi berikutnya iaitu Istana Musim Panas Maharaja China aka Summer Palace, sebuah empayar terbesar di China yang dibina pada waktu Maharaja Qianlong Qi. Istana ini dibina adalah sebagai hadiah harijadi kepada bonda Maharaja China tersebut. Kaya sungguh. Pemandangan tersebut dikelilingi dengan tasik yang luas saujana mata memandang.


Entrance masuk ke Summer Palace
Jambatan yang menuju ke Istana Maharaja.
Kami berpeluang untuk memijak air yang beku. Pengalaman pijak tasik air beku tu memang sungguh menyeronokkan dan merisaukan. Buatlah tasik ni cracked time aku pijak tu,memanglah..
Sejuk + Beku

Antara pemandangan di seberang tasik.

Check lantai
Taraa...
Lepas ni kami ke Tea House pula untuk merasa sedapnya teh China.

Tgh mendemonstrasi kan teh
Tengah menunjukkan cara untuk minum air teh yang betul. Disini kami diberi penerangan dengan 3 jenis produk teh mereka iaitu Tea Laici, Oolong Tea dan Pu Er Tea. Lepas dah habis taklimat dan uji rasa air teh ni, apalagi promosi produk teh diorang, disebabkan kami mmg minum teh china ni,apalagi beli lagi.
Pameran lobi di showroom tea house
Dan selepas itu kami singgah solat di salah satu lagi masjid yang terletak di Beijing ini. Masjid Nan Dou Ya memang sungguh cantik senibinanya. Singgah solat sebelum kami makan malam dan balik beristirehat di hotel. 

Welcome to Nan Dou Ya Mosque
Haiyakkk!!! Eh Eh ade pulak aksi tu!!
 To be continued on Day 5 (last day)


Last day ni pulak kami dah siap-siap disuruh check-out drp hotel bagi memudahkan perjalanan pulang kami. Our flight adalah pada pukul 1.30am,pagi esoknya. Aktiviti untuk hari ini adalah di bawa ke kawasan untuk membeli-belah di Sunny Gold Market dan Yueshow Market – tempat membeli belah yang paling popular di Beijing. Disini kehebatan anda di dalam tawar-menawar memang diperlukan. dari setinggi harga yang diletakkan oleh peniaga China ini u all boleh dapat dengan serendah-rendah harga. Dan disini memang murah dan banyak produk-produk Made in China yang u all boleh dapat. Daripada alas meja, cadar katil, baju-baju, bags, souvenir dan macam-macam yang u all boleh cari. Barang imitation dari gred yang berkualiti jugak pun ade. Yang penting kena pandai cari dan kena pandai tawar menawar. Shopping sape tak seronok u all, dan inilah masa untuk menghabiskan mana-mana duit yang tinggal tu.
Di sana penjual-penjual seperti ini sentiasa akan mengekori u all. ok jugak barang-barang kraf yang diorang jual dan harganya pun okay.
Ok ini adalah bangunan Yueshow Market
Banyak juga barang-barang yang kami beli untuk last day di sini dan kami terpaksa re-packing bagasi kami semula utk memuatkan barangan tersebut. Jadi inilah sahaja pengalaman yang dapat dikongsi bersama di dalam blog ini. Pastinya percutian di Beijing, China kali ini merupakan percutian yang amat menggembirakan dan sangat teruja buat kami. banyak pengalaman dan pemandangan yang sememangnya akan menjadi kenangan buat kami. Beijing sebuah bandaraya yang pesat membangun dan maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.

So next percutian ke mana ya???

- THE ENDS -

4 comments:

  1. Assalam.

    Amboi tuu dia, seronok tu. Tgk istana yang ada tasik beku.

    Senyap senyap rupanya dah empat hari dah.

    Memang awesome lah.

    Gi tempat orang memang best sebab boleh tengok pengalaman dan budaya orang.

    Hahah, sure borang banyak kainnnnnnnnn kan, lepas tu. Opssss. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,
      Hihiihii memang best, betul peribahasa "jauh perjalanan luas pemandangan"
      Borong banyak kainnnn lepas tu shhhh!!!!

      Delete
  2. wow pijak lantai tu mmg sgt sgt interesting cant wait! hahah tq 4 sharing yar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman yang mengujakan sizzling suzai.. seronok n jakun pun ado..
      Bile tu planning kesana? :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...