Click Click!

Wednesday 6 May 2015

Salleh Stall Mee Udang Port Weld, Kuala Sepetang

Hari kedua - paginya kami ke Zoo Taiping salah satu tarikan utama Bandar Taiping. Lagipun bawak budak-budak seronok sikit tgk tgk binatang n pendedahan ilmu tentang binatang kepada mereka.
Habis je lawatan ke Zoo hujan pun turun, dah pukul 1.00 lebih apa lagi tenaga perlu diisi kerana kami belum lagi makan tengahari. Kali ni kami try sekali lagi Nasi Vanggey tetapi kali ni di bandar Taiping, cawangan Nasi Vanggey yang berdekatan dengan homestay kami. Tak ramai pulak orang mungkin disebabkan hujan. Kedatangan kami disambut mesra selaras dengan nama kedainya Vanggey Vanggey Vanggey..hihihi. Apa lg menu mcm semalam lah kami order. Namun perbezaan tetap ada antara Vanggey Ipoh dan Vanggey Taiping. 
Setelah habis makan ke mana lagi nak pergi ni? so kami singgah membuat lawatan ke Muzium Perak walaupun hujan masih tidak reda lagi. Tujuan ke Muzium selain untuk mengetahui sejarah, kami nak meredakan perut yg kekenyangan dan mengisi masa.
Bukti : Tiket ke Zoo Taiping dan Muzium Perak
Citer Mee Udang Salleh - Hujan menunjukkan tiada tanda2 utk berhenti tetapi kami sebagai pelancong domestik tetap meneruskan perjalanan untuk misi mencari Mee Udang di Kuala Sepetang. Misi pencarian kami adalah bertumpu ke Mee Udang Mak Jah ataupun Mee Udang Mak Teh. Sampai di lokasi mak aiiiihhh ramai n penuhnya orang, siap ade bas pelancong lagi. Merasakan macam tiada harapan kami terus menuju pergi ke kedai makan yang lain sebagai backup plan. Mee Udang Salleh, yang juga telah dipromotekn oleh adik En Hubby. Katanya Salleh Stall Mee Udang Port Weld ni pun boleh tahan rasanya jika dibandingkan dengan Mee Udang Mak Jah. Tak kisahlah becoz hajat di hati mmg terasa nak makan Mee Udang Kuala sepetang dan untuk membandingkan rasa dengan Mee Udang Banjir di Kuala Selangor ( Mee Udang Banjir di Kuala Selangor - asparaguswhite ) Perghh tak sangka sungguh ramainya orang di MU Salleh. Gerai yang sederhana saje rupanya tapi penuh jugak orang yang datang. Kalu dari segi viewnya memang kurenglah. So Taukeh kedai kene take note n action lah kalu nk bisnes ni terus maju. Upgrade sikit kedai n toilet tu wajib.
Mee Udang Salleh - Gerai di bawah, bhgn bukit sikit tu hall tempat makan
Tu diaa.. Kat sini yang dijual semuanya keluarga mee n semuanya udang..
Mee Udang ni ader saiz (S)RM8.00 Udg 8 ekor medium  (M)RM15.00 Udg 7 ekor besar (L)RM20.00 Udg Galah 5 ekor.

Memang sedap mee dan kuah dia. Mee xdelah dalam kuantiti banyak, sederhana n for sure u all boleh habiskan. Percayalah Sedap Sangat!!!

Mee pulak boleh tukar, korang nak kuey teow ke, mihun ke atau mee kuning

Ade jugak jual mee goreng dan apa2 emnu yang berkaitan dgn mee. Ini Mee Goreng kosong. ade jugak yang letak udang.
Jangan lupa order air kopi dan kopi O, memang Kaw Kaw aku bagitahu korang
MEE UDANG SALLEH - 4 starlah!!! Lupa nak citer Udang memang FRESH. Tak main udang kolam yea!
 Alhamdulillah dengan menu Mee Udang untuk petang-petang begini. Makan di waktu hujan sambil minum air kopi panas.. pergghhh memang mencengkam kalbu dan memang betul betul menikmatinya. Rasanya memang berbeza dengan Mee Udang Banjir yang pernah aku review dalam entri blog aku sebelum ni Mee Udang Banjir di Kuala Selangor - asparaguswhite. Yang ni lebih power dan lebih sedap. Kuah dia tidak memuakkan.
Semoga Salleh Stall Mee Udang Port Weld ini mengekalkan rasa dan kualiti masakannya disamping harga yang berbaloi untuk pelanggan di masa akan datang. Manalah tahu nnt suatu hari aku akan datang lagi dan suasana persekitaran dan halaman kedai sudah direnovasi dan berubah seiiring dengan bisnes mee udang nya yang bertambah maju..Amin.
P/S : Mee Udang Mak Jah and Mak Teh i will come to u.. Tungguuu
- the ends -

Perjalanan balik menuju ke Taiping belum berakhir lagi kononnya malam ni nak tgk movie - THE AVENGERS di Taiping Sentral, tapi malang dan bukan rezeki tiket dah habis. Hanya ada pukul 1am dan 2am whoaa late late nite sgt movie tu cz kami perlu berehat becoz seharian perjalanan kami. Sudahnya kami beli tiket untuk tgk 11.40pagi esok sebelum perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Nak balik ke homestay rasa mcm awal lagi ni, so singgah berkopitiam di Old Town White Coffee.

Tak sabar nak tengok The Avangers, katanya
 - the end-

1 comment:

  1. Mi udang mak jah kureng sikit pada tekak akak ni. Nanti nak try mi udang salleh la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...